💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 5

22.4K 988 17
                                    

Kereta yang dipandu oleh Danish mula memasuki perkarangan rumah banglo 3 tingkat milik keluarganya. Beberapa orang pengawal berdiri di setiap penjuru rumah tersebut bagi mengawalnya.

Danish mula turun dari kereta setelah memakirkan keretanya dan berjalan menuju ke arah Anggun yang masih terkial-kial.

"Kau ok ke tak ni?"

Tanya Danish prihatin selepas melihat Anggun yang seperti tidak selesa. Anggun hanya tersenyum memandangnya sambil menganggukkan kepalanya.

"Dah, jom masuk."

Ajak Danish sambil menghulurkan tangannya kepada Anggun. Teragak-agak Anggun untuk mencapai tangan Danish.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Serentak yang berada di ruang tamu menjawab salam Danish. Kelihatan Ryan dan Taufiq juga turut berada di situ. Tersenyum Datin Rania memandang Anggun yang berada di belakang Danish.

"Anggun, meh sini duduk dekat mama sayang."

Ajak Datin Rania sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Terkejut Anggun apabila Datin Rania membahasakan dirinya sebagai 'mama'.

"Ehh tak apalah Datin. Saya tak nak menyusahkan Datin dan Datok. Saya pulang dulu ya."

Kata Anggun sambil bersalaman dengan Datin Rania. Belum sempat kakinya melangkah, terus tangannya dipegang oleh Datin Rania dengan erat.

"Kamu nak pergi mana? Tinggal je dekat sini. Boleh temankan mama."

Rayu Datin Rania sambil tersenyum. Hatinya berat untuk melepaskan Anggun. Dia juga bimbang akan keselamatan Anggun.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Kau tinggal je dekat sini. Lagipun nyawa kau tu masih dalam bahaya."

Belum sempat Anggun menghabiskan kata-katanya, Danish terus menjampuk. Hatinya berdolak-dalik sama ada untuk menerima pelawaan tersebut ataupun tidak.

"Dah, jom naik atas. Biar mama tunjukkan bilik Anggun."

"Terima kasih Datin."

Jawab Anggun sambil berjalan mengikuti Datin Rania. Mereka mula berjalan menuju ke arah lift yang terletak di tepi tangga.

"Apa datin-datin ni? Mulai harini, Anggun panggil mama ya sayang. Mama bosanlah sebab mama tak ada anak perempuan."

"Ba... baiklah."

Teragak-agak Anggun untuk membahasakan Datin Rania sebagai mama. Namun dalam hatinya masih rasa bersalah kerana telah menyusahkan keluarga tersebut.

👑👑👑

'Pakkk!'

Meja kayu yang bersaiz segi empat tepat dipukul dengan kuat oleh Joshua. Hatinya bengang kerana memikirkan nasib dirinya yang sudah kehilangan sejumlah wang yang banyak demi membeli Anggun.

"Bangang betul lah! Aku nak korang cari mana Danish sorok Anggun. Faham?!"

Jerkah Joshua kepada anak-anak buahnya. Terketar lutut anak buahnya apabila dijeling oleh lelaki tua tersebut.

"Wei bangang! Kau dengar tak apa yang aku cakap? Mulut korang dah tak ada ke sampai tak nak jawab apa yang aku tanya?"

Jerkah Joshua sekali lagi. Hatinya semakin bengang kerana anak buahnya langsung tidak menjawab percakapannya.

"Ba... baiklah."

Jawab salah seorang anak buahnya bagi mewakili yang lain. Manakala yang lain sudah menghembuskan nafas lega apabila salah seorang daripada mereka mula bercakap.

"Aku nak kau dapatkan perempuan tu secepat yang mungkin. Kau faham? Bla cepat!"

Mendengar sahaja arahan daripada ketua mereka, terus sahaja kaki diangkat keluar meninggalkan tauke kelab malam tersebut.

👑👑👑

Selesai sahaja menjamu selera, Anggun mula mengemaskan dapur. Puas ditegah oleh Datin Rania daripada melakukannya tetapi langsung tidak diendahkan oleh Anggun.

"Anggun, jom pergi ruang tamu. Kerja tu biar Mak Munah yang uruskan."

Datin Rania mengajak Anggun ke ruang tamu. Kesian dia melihat Anggun yang keletihan menolong mengemas.

"Betul tu cik Anggun, kerja ni biar Mak Munah yang selesaikan. Kamu pergilah berehat. Mak Munah tengok kamu ni dah penat semacam dah."

Mak Munah menjampuk perbualan mereka. Dia juga kesian melihat Anggun yang keletihan. Lagipun, kerja mengemas ni memang tugas dia.

"Tapi kesian..."

"Dah jom,"

Belum sempat Anggun menyudahkan percakapannya, terus dipotong oleh Datin Rania. Dia terus menarik tangan Anggun menuju ke ruang tamu.

***

Suasana di ruang tamu hanya sunyi dan masing-masing melakukan kerja sendiri termasuklah Danish yang sedang bermain dengan telefonnya.

Anggun mula meramas tangannya bagi mencari semangat untuk memulakan percakapan. Dia menggigit bibir bawahnya dan memandang Danish yang kusyuk bermain telefon.

"Erm, Danish?"

Panggil Anggun dengan perlahan-lahan. Semua yang berada di ruang tamu mula memandang Anggun termasuklah Danish.

"Kau nak apa?"

Tanya Danish dengan nada yang mendatar. Secalit senyuman pun tidak menyinggah di mukanya. Berkerut dahi dia memandang Anggun yang seperti cacing kepanasan.

"Saya nak bagitahu awak yang saya nak kerja balik dekat kafe saya. Kesian dekat kawan-kawan saya yang menguruskannya tanpa saya."

Habis sahaja bercakap, Anggun mula menghelakan nafasnya tanda lega. Hanya dalam satu nafas dia melontarkan percakapan tersebut.

"No, kau tak payah kerja. Duduk je dekat rumah ni."

Jawab Danish sambil memalingkan muka memandang Anggun yang kelihatan terkejut.

"Alaa... Bolehlah. Saya nak kerja sebab nanti saya boleh balas budi keluarga awak. Tapi..."

"Dah, tak ada tapi-tapi. Kau duduk je dekat sini tak payah kerja."

Danish terus memotong percakapan Anggun tanpa sempat Anggun menghabiskannya. Terkedu Anggun apabila Danish tidak membenarkannya bekerja.

"Dahla tu korang berdua. Danish, kamu bagi je lah Anggun berkerja. Lagipun kafe tu bukan jauh sangat pun."

Datin Rania menjampuk perbualan mereka. Dia dari tadi hanya mendengar perbualan tersebut. Manakala Datok Raizal hanya menadah telinganya.

"Tapi mama, bahayalah kalau Anggun berkerja. Kalau terjadi sesuatu macam mana?"

Tanya Danish prihatin. Dia tahu yang tauke kelab malam tersebut sedang mencari Anggun di mana-mana sahaja.

"Apa yang kamu nak takutkan? Kita boleh je hantar Anggun guna driver dan balik pun sama."

"Eh, takpayah lah guna driver bagai ni. Anggun boleh naik teksi lah pergi kafe."

Anggun terus memotong perbualan tersebut apabila mendengar perkataan driver. Makin menyusahkan adalah.

"Kau nak kerja kan?"

Tanya Danish kepada Anggun. Laju Anggun menganggukkan kepalanya. Manakala Danish mula tersenyum memandang Anggun.

"Boleh tapi dengan satu syarat. Kau kena pergi dengan aku. Bila kau balik, aku akan jemput kau. Faham?"

Sehabis sahaja Danish menyudahkan ayatnya, terus sahaja dia mengangkat punggung untuk naik ke biliknya. Hatinya puas kerana dapat mengenakan Anggun.

Manakala Anggun sudah ternganga mendengarnya. Datin Rania dan Datok Raizal hanya menggelengkan kepalanya dengan sikap Danish.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now