Kelibat Datin Asmah yang sedang bertungkus-lumus di dapur hanya dipandang oleh Taufiq. Dia sibuk mencari isterinya yang dari tadi hilang dari pandangannya.
"Kang terberanak nanti aku jugak yang susah."
Bebelnya seorang diri, risau akan keadaan isterinya yang bila-bila masa sahaja boleh terberanak. Mereka sekarang menginap di rumah mommy Taufiq sehingga Maira habis berpantang.
"Mommy ada nampak Maira tak? Dari tadi lagi Taufiq tak nampak batang hidung dia ni."
Mommynya, Datin Asmah yang sibuk menyediakan sarapan pagi hanya menundingkan jarinya ke halaman belakang rumah. Tanpa berlengah, Taufiq terus berjalan menuju ke halaman rumah tersebut.
"What're you doing Humaira Batrisyia?"
Soal Taufiq sambil mencerlung tajam ke arah Maira yang asyik menikmati aiskrim.
"Makan."
Jawab Maira sepatah lalu terus menyambung menikmati aiskrim tersebut. Makin geram Taufiq dengan perangai Maira.
"Pagi hari dah makan aiskrim. Kalau perut masuk angin nanti macam mana? Siapa yang susah?"
Bebelnya lalu terus menarik nafas menahan geram. Nak marah pun dah tak guna. Habis dah pun Maira makan aiskrim tu.
"Abang..."
"Apa?"
Tersenyum kambing Maira memandang Taufiq. Jari telunjuknya kanan dan kirinya dirapatkan tanda ingin meminta sesuatu.
"Iya sayang nak apa? Just tell me asalkan benda tu bukan benda yang bukan-bukan."
Siapa je yang tak sayang bini kan? Lebih-lebih lagi nanti diorang akan ada anak. Perasaan sayang Taufiq terhadap Maira semakin mendalam. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan Maira dalam hidupnya.
"Kita keluar pergi makan-makan nak? Sayang ada teringin nak makan sesuatu lah boleh tak?"
Jawab Maira sambil membuat muka comel. Taufiq hanya pasrah memandang Maira. Setiap minit, setiap saat, makan je kerja Maira. Dia hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis ke arah Maira.
"Nak pergi mana tu?"
Tanya Taufiq pelik apabila Maira mula bangun dari tempat duduknya. Maira hanya membuat isyarat kepada Taufiq.
"Aishhh tadi baru je makan."
"Hehehe baby ni tetiba je lapar pelik harini. Makin bolat lah sayang nanti jawabnya."
Jawabnya lalu terus berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan Taufiq sendirian di belakang.
"Eh kenapa ni berhenti separuh jalan ni? Bukannya ada lampu merah pun dekat sini."
Tegur Taufiq pelik apabila Maira memberhentikan langkahnya dan berdiri tepat-tepat di hadapan pintu.
"Tak bukan lampu merah tapi air merah."
Jawab Maira lalu terus menunjukkan lantai yang sudah dipenuhi dengan air berwarna kuning-kuning dicampuri dengan darah.
"Ya Allah! Apa ni sayang?"
Taufiq yang kalut terus menyelak kain Maira dan betis Maira juga dipenuhi dengan air tersebut.
"Air Ketuban sayang dah pecah dah argh sakitnya abang!"
Belum sempat Taufiq menghabiskan ayatnya, Maira terlebih dahulu bercakap sambil menahan sakit yang amat di perutnya.
Tangannya mula mencengkam bahu Taufiq. Datin Asmah yang kebetulan lalu disitu terkejut melihat air ketuban Maira yang sudah pecah.
"Yang kamu macam tunggul tercegat lagi dekat sini buat apa? Bini kamu dah sakit nak terberanak tu!"
Marah Datin Asmah ke arah Taufiq yang mendiamkan diri. Mungkin terkejut.
"Ya Allah! Taufiq!"
Terkejut Taufiq apabila di marah oleh mommynya sendiri. Dia yang baru sahaja tersedar dari mimpi mula memandang Maira yang sudah berpeluh-peluh dan menangis di hadapannya.
"Cepat bawa Maira ke hospital!"
Tanpa berlengah, dia terus mengangkat tubuh Maira dan menuju ke arah kereta manakala. Datin Asmah terus menggelengkan kepalanya memandang Taufiq.
Dia mula membersihkan lantai yang dipenuhi dengan air ketuban Maira. Selesai itu, dia harus ke hospital menghantar pakaian baby dan Maira.
👑👑👑
"Suami puan Humaira?"
Tanya salah seorang doktor yang baru keluar dari bilik pembedahan kepada Taufiq yang sedang mundar-mandir. Taufiq terus menganggukkan kepalanya.
"Macam mana keadaan isteri saya dan anak saya?"
Tanya Taufiq tidak sabar. Datin Asmah juga turut berada di situ. Doktor tersebut mula menarik mask yang di pakai dan mula memandang Taufiq.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi sa-..."
"Tapi apa doktor? Semuanya baik-baik saja kan?"
Belum sempat doktor tersebut menghabiskan ayatnya, Taufiq terlebih dahulu memotong.
"Iya semuanya baik-baik saja cuma isteri kamu masih tidak sedarkan diri. Buat masa sekarang, kamu tidak boleh menjenguk anak kamu kerana baby terlalu lemah. Kamu juga hanya boleh melawat isteri kamu sebaik sahaja kami pindahkan dia ke wad biasa."
Terkejut Taufiq mendengar kata-kata dari doktor tersebut. Anaknya lemas? Isterinya tidak sedarkan diri? Semuanya bagaikan mimpi baginya.
Dia mula meraup mukanya manakala Datin Asmah yang berada di sebelah terus menenangkan dirinya.
"Kamu dah bagitahu yang lain yang Maira dah bersalin?"
Taufiq hanya menganggukkan kepalanya menjawab soalan mommynya. Danish dan yang lain akan sampai tidak lama lagi.
"Taufiq nak pergi solat jap."
Katanya lalu terus menuju ke arah surau yang berhampiran memandangkan sekarang waktu maghrib. Datin Asmah hanya menunggu Taufiq untuk bergilir-gilir takut ada kecemasan berkaitan cucu dan menantunya.
"Ya Allah kau selamatkanlah anak dan isteriku."
Doa Taufiq lalu airmatanya mula mengalir keluar sebaik sahaja masuk ke dalam surau tersebut.
Sungguh dia tidak sanggup kehilangan anak dan isterinya. Jantungnya bagaikan nak tercabut memikirkan kedua-dua insan yang dia sayang tengah sakit.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
AcciónMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...