💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 29

12.1K 534 27
                                    

"Maira taknak makan ke?"

Tegur Taufiq apabila melihat Maira hanya mengelamun. Makanan yang dihidang oleh Taufiq langsung tidak dijamah olehnya. Maira hanya memandang Taufiq lalu menggelengkan kepalanya.

"Kenapa ni? Sayang risaukan Anggun kan? Iya abang pun risaukan dia. Semua orang risaukan dia. Tapi sayang pun kena jaga kesihatan sayang sebab sayang kan tengah pregnant..."

Kata Taufiq lalu terus mengambil sudu untuk menyuap Maira. Puas ditolak oleh Maira namun Taufiq tetap menghulurkan sesudu nasi. Maira yang tidak banyak bercakap hanya membuka mulutnya apabila Taufiq menyuapnya nasi.

"Maira dah kenyang,"

Kata Maira apabila mulutnya terasa loya. Mungkin perutnya sudah masuk angin. Taufiq menghembuskan nafas apabila melihat nasi Maira hampir suku baru dimakan.

"Kenapa ni Maira? Okay tak?"

" Maira okay je cuma Maira rindukan Anggun. Maira risaukan Anggun hmm..."

Taufiq yang mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Maira terus melabuhkan punggungnya di sebelah Maira. Tangannya mula memeluk pinggang ramping milik Maira dan kepala Maira diletakkan di bahunya.

"Iya abang tahu Maira risaukan Anggun tapi sayang kena juga jaga kesihatan sayang tu. Ni baby dalam ni macam mana nak besar kalau sayang makan semulut je sehari. Sayang taknak baby tu sakit kan? Sayang kenalah makan banyak supaya baby tu sihat."

Maira terus memandang Taufiq sebaik sahaja Taufiq habis bercakap. Dia berasa serba salah dengan Taufiq. Tangannya mula memegang perutnya yang sudah menampakkan baby bump.

"Maira minta maaf tau..."

Tangan Taufiq diambil lalu dikucup oleh Maira. Sungguh dia serba salah terhadap suaminya yang terlalu mengambil berat terhadap dirinya sedangkan dia tidak mengikut cakap suaminya.

"Iya abang maafkan Maira. Tapi tolong jangan buat lagi. Abang bukan nak marah Maira tapi abang sayangkan Maira dan baby kita. Abang taknak sesuatu terjadi nanti."

Maira hanya menundukkan kepalanya apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Taufiq. Taufiq mengangkat muka Maira memandangnya dan mencium dahi milik Maira.

👑👑👑

"Bos ada surat untuk bos."

Danish yang sedang ralit membuat kerjanya terkejut apabila salah seorang anak buahnya datang memberikan sampul surat. Dia mula mengambil sampul surat tersebut dan matanya memberikan isyarat kepada anak buahnya tersebut supaya keluar.

Tangannya membelek-belek isi sampul surat tersebut dan keningnya mula berkerut apabila melihat beberapa keping gambar di dalam sampul surat tersebut.

Dia mula mengeluarkan gambar-gambar tersebut dan urat-urat mula kelihatan di dahinya apabila gambar Bella bersama Syed Naufal di belakang taman rumah mama dan papanya.

"Shit! Apasal Bella ada dekat situ dengan mangkuk tua ni? Baju ni macam yang dia pakai masa Anggun kena culik. Jangan-jangan..."

Tanpa melengahkan masa, tangannya terus membelek gambar-gambar lain. Matanya terus tertacap ke arah sekeping gambar di mana Bella mengambil duit daripada Syed Naufal bersebelahan dengan sebuah van yang terletak di tempat Anggun diculik.

"Bella!"

Tangannya terus mengambil telefon dan menghantar gambar-gambar tersebut kepada Mike.

"Aku nak kau cari kat mana Bella sembunyi sekarang ni. Aku pasti yang dia dalang di sebalik semua ni."

Kata Danish sebaik sahaja mendail nombor mike selesai sahaja menghantar gambar-gambar tersebut.

"Mana kau dapat gambar-gambar ni?"

Tanya Mike pelik apabila gambar-gambar tersebut secara tiba-tiba sampai kepada Danish sedangkan cctv rumah pada malam itu sudah tidak berfungsi.

"Entah aku tak tahu siapa yang hantar tapi aku nak kau siasat pasal semua ni sekarang juga. Kita dah tak banyak masa dah. Aku takut sesuatu terjadi kepada Anggun nanti."

Kata Danish lalu terus mematikan panggilan tersebut. Matanya dipejam rapat dan mukanya mula terbayangkan wajah manis isterinya yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Abang janji abang akan selamatkan sayang."

Kata Danish lalu terus keluar dari bilik tersebut. Kini sudah 2 hari Anggun diculik dan dia masih belum mendapat maklumat mengenai kedudukan Anggun. Sungguh dia terlalu risaukan isterinya yang tengah sarat mengandung itu.

Dia mula berjalan menuju ke arah keretanya dan tanganya mula menyeluk poket seluarnya dan nombor mamanya dicari.

"Mama sihat?"

"Ya sayang mama dan papa sihat saja. Kenapa ni call kitorang?"

Tanya Datin Rania pelik apabila suara Danish kelihatan risau dan letih. Mungkin penat memikirkan keadaan isteri tercintanya itu.

"Bella ada dekat rumah mama ke?"

Selesai sahaja Danish mengajukan soalan tersebut, mamanya terus menjawab. Terkejut dia apabila Bella sudah berada di luar negara.

"Kenapa tanya pasal Bella?"

"Nothing mama. Danish nak mama jaga diri mama dan jangan keluar pergi mana-mana tau."

Pesan Danish sebelum mematikan panggilan tersebut. Risau dia dengan keadaan keluarganya yang juga turut berada dalam bahaya.

Tanganya mula meletakkan telefon miliknya dan dia mula memandu menuju ke markas.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now