💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 9

19.9K 926 11
                                    

Majlis resepsi Anggun dan Danish diadakan secara besar-besaran di dewan hotel milik Datok Raizal. Kesemua kenalan tidak kira jauh atau dekat turut dijemput oleh keluarga Danish.

"Anggun? Jom turun. Tetamu semua dah sampai."

Anggun yang sedang termenung di hadapan meja solek terkejut dengan Maira dan Hana yang muncul secara tiba-tiba. Tangannya mula kesejukan akibat terlalu berdebar dan dia tidak biasa dengan orang ramai.

"Ramai sangat ke tetamu dekat bawah? Lutut aku dah lembik dah ni."

Tanya Anggun kepada Hana. Hana mula menjulingkan matanya keatas apabila mendengar soalan Anggun.Tak habis-habis berdebar!

"Kau tengoklah sendiri nanti. Aku malas nak cakap banyak sebab makin aku cakap, makin berdebar kau."

Anggun menjulingkan kedua biji matanya ke atas. Hana memang tak boleh minta tolong langsung. Nanti Hana kahwin, biar dia rasa sendiri nikmat debaran tersebut.

***

Anggun mula berjalan menuju ke arah lift bersama Hana dan Maira untuk turun ke dewan hotel.

"Kitorang tinggal kau dekat sini eh? Tu Danish sedang tunggu kau."

Kata Maira dan Hana sambil berjalan meninggalkan Anggun. Terkebil-kebil Anggun melihat Hana dan Maira yang meninggalkannya.

"Ehem!"

Anggun berdehem bagi mengejutkan Danish yang sedang bermain dengan telefon bimbit miliknya. Kelihatan Danish begitu segak mengenakan tuxedo berwarna hitam sedondon dengannya yang mengenakan dress labuh berwarna hitam yang dipenuhi labuci.

"Jom."

Anggun mula mengejutkan Danish yang sedang memandangnya tidak berkelip. Terus membahang mukanya apabila dipandang sebegitu oleh Danish.

"Cantik!"

Puji Danish kepada Anggun secara ikhlas. Sungguh dia tidak menafikan yang Anggun memang cantik memakai gaun tersebut.

👑👑👑

Danish mula menghulurkan tangannya kepada Anggun. Terketar-ketar Anggun menyambut huluran tangan Danish. Tetamu yang hadir tidak lepas daripada memandang mereka berdua.

Flash kamera juga tidak henti-henti menyilaukan matanya. Di setiap penjuru, jurugambar yang diupah tidak melepaskan peluang menangkap gambar mereka berdua.

"Hey! Just be rilex dear. Kau bayangkan yang dekat dewan ni hanya ada aku dan kau je. Ok?"

Danish mula menenangkan Anggun yang kelihatan gelisah di sebelahnya. Nak tergelak dia melihat muka Anggun yang bagaikan ayam berak kapur.

Anggun terus memejamkan matanya dan menarik nafas bagi menenangkan dirinya. Tangannya mula memegang dengan kuat tangan milik Danish.

Mereka mula melabuhkan punggung di atas pelamin yang dihias cantik. Anggun dan Danish berbalas senyuman dan tangan Danish mula memeluk pinggang ramping milik Anggun. Satu kucupan singgah di dahi milik Anggun.

Habis bersorak satu dewan apabila melihat aksi romantik Danish kepada Anggun. Merah padam muka Anggun menahan malu yang terlampau amat.

Pengapit mereka yang tidak berbayar semestinya Hana dan Ryan. Nak harapkan si Maira dan Taufiq? Sampai tua pun mereka tak nak. Jenis acah-acah pemalu!

"Masa bergambar!"

Ryan menjerit kepada semua orang. Danish sudah menggelengkan kepalanya dengan reaksi Ryan yang tidak tahu malu langsung. Tetamu mula bergilir-gilir naik ke atas pentas untuk bergambar dengan Anggun dan juga Danish.

'SNAP!'

Gambar keluarga mula ditangkap oleh jurugambar. Tersenyum Anggun dengan keluarga Danish yang terlalu baik hati dengannya.

👑👑👑

Anggun mula duduk di atas kerusi di salah sebuah meja yang kosong di hujung dewan. Dia terlalu penat melayan tetamu yang berpusu-pusu datang.

"Anggun? Boleh tak tolong jagakan anak akak sekejap? Akak nak pergi tandas sebab dah tak tahan dah ni."

Anggun terkejut apabila sepupu Danish, Aisha Humaira atau lebih dikenali KakSha datang meminta tolong darinya. Tanpa melengahkan masa, dia terus menganggukkan kepalanya dan mengambil bayi dari dukungan KakSha.

Bukan dia tidak biasa jaga bayi ni. Dia selalu jaga bayi masa dia still belajar. Dia pernah mengambil upah menjaga bayi di salah sebuah tempat asuhan.

"Anggun? Eh baby Adam pun ada dekat sini? Mana KakSha?"

Tanya Danish kepada Anggun. Pelik dia melihat Anggun tiba-tiba menjaga anak KakSha. Anak KakSha ni dengan orang tertentu je dia tak nangis tapi dengan Anggun, makin galak adalah.

"KakSha pergi tandas sekejap. Dia minta tolong saya yang jagakan baby Adam ni."

Jawab Anggun sambil mengagah bayi tersebut. Seluruh ahli keluarganya mula datang ke arah Anggun. Anggun mula menggigit bibir bawahnya apabila perasan yang ramai orang sedang perhatikannya.

"Anggun minat baby ke?"

Tanya Datin Rania pelik apabila melihat Anggun yang langsung tidak kekok menjaga bayi. Anggun kelihatan sangat handal menjaga bayi.

"Haah. Anggun minat sangat bayi ni. Dahla comel, geram nak gomol-gomol je."

Jawab Anggun secara spontan. Tersenyum ahli keluarganya memandang Anggun. KakSha mula datang menghampiri mereka dan mengambil anaknya di dalam dukungan Anggun tetapi ditegas oleh Anggun.

"Takpa, biar Anggun jaga baby Adam ni. Lagipun baby Adam ni tak nangis pun."

"Tak apa ke? Nanti menyusahkan kamu pula,"

"Alah, setakat jaga baby bukan susah pun. Senang ja opps."

Jawab Anggun sambil tersenyum. Teragak-agak KakSha untuk membiarkan Anggun menjaga baby Adam kerana dia takut akan menyusahkan Anggun.

"Hmm... Nampaknya tak lama lagi mungkin mama akan dapat cucu dah kot"

Seloroh Datin Rania sambil mencuit bahu Datok Raizal. Tergelak Datok Raizal mendengarnya manakala Anggun sudah terkaku.

"Ta... tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Betul apa yang mama cakap. Mama dah tak sabar dah nak timang cucu. Mama nak berapa orang cucu?"

Percakapan Anggun terus dipotong oleh Danish. Terus membahang wajah Anggun apabila mendengar jawapan daripada Danish. Badannya dah terkaku apabila tangan sasa milik Danish mula melingkar di pinggangnya.

"Mama dan papa on je nak ada berapa orang cucu. Lagi banyak anak korang, lagi meriah rumah kita nanti"

Usik Datin Rania. Habis yang berada di situ tertawa mendengar jawapan Datin Rania. Anggun di sebelah rasa macam nak ambil kepala Danish dan hentaknya di meja makan. Nasib baik dia still waras apabila memikirkan yang Danish suaminya yang sah.

"Daripada saya layan awak, baik saya gomol baby Adam ni. Nak kiss pun boleh"

Jawab Anggun sambil mengangkat sebelah keningnya tanda menguji Danish. Tersenyum sinis Danish mendengar jawapan Anggun.

"Daripada kau layan baby Adam tu, apa kata kau layan aku. Kau nak gomol ke, cium ke, nak ada anak dengan aku ke, aku on je"

Ternganga Anggun mendengar jawapan Danish. Sungguh dirinya tidak menyangka yang Danish akan menjawab soalannya dengan soalan sebegitu.

"Dahlah, baik saya layan baby Adam daripada bercakap dengan awak"

Jawab Anggun dengan tegas dan dia mula berjalan meninggalkan Danish di belakang yang sudah geram dengan perangainya.

Danish terus mengejar langkah Anggun. Seluruh ahli keluarga Danish yang berada di situ tergelak dengan perangai mereka berdua.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now