Kereta Audi A8 yang dipandu oleh Danish meluncur laju di atas jalan raya. Dia baru sahaja menyelesaikan Kerjanya di markas.
Ryan dan Taufiq hanya mengikuti mereka dari belakang. Kelab malam lah tempat yang akan dituju oleh mereka untuk melepaskan stress.
'Streeettt!'
Bunyi tayar yang bergesar di atas jalan raya telah mengejutkan Ryan dan Taufiq. Mereka terus memandang ke hadapan melihat kereta Danish.
'Dush!'
Terkaku mereka apabila melihat Danish telah melanggar seorang wanita yang memakai gaun separas lutut berwarna merah. Manakala Danish sudah ternganga dan kaku di atas tempat duduknya. Ryan dan Taufiq segera berlari keluar dari kereta mereka dan menuju ke arah Danish.
"Perempuan tak guna! Kau nak lari mana? Bangsat betul lah kau ni! Menyusahkan tahu tak!"
Terkejut Danish mendengar jeritan tersebut. Manakala Ryan dan Taufiq segera bersembunyi di belakang kereta Danish.
Danish segera keluar dari keretanya dan berlari ke arah gadis tersebut. Terkejut dia apabila darah merah pekat mengalir keluar dari dahi gadis tersebut.
Danish segera mengangkat kepala gadis tersebut dan meletakkannya di atas riba. Rambut yang menutup wajahnya diselak oleh Danish.
"MasyaAllah! Cantiknya."
Desis Danish di dalam hati.Dia terpegun melihat wajah gadis tersebut. Hatinya bagaikan dilanda ribut taufan yang sangat kuat.
"Kau buat apa tu? Lepaskan perempuan bangsat tu sekarang juga!"
Danish terkejut mendengar suara garau yang menengkingnya dengan kuat. Dia mula bangun dan berjalan menuju ke dua orang lelaki berbadan sasa.
"Huh! Kau siapa nak ajar aku? Suka hati aku lah nak lepaskan dia ke tidak, tu masalah kau ke?"
Tengking Danish dengan nada yang sama. Ingat dia takut ke dengan jantan tu? Sekali ngap pun dah hancur. Harap je badan sado. Tu bukan sado otot tapi sado lemak!
"Berani kau lawan cakap aku kan? Siap kau aku kerjakan!"
Kata mereka dengan nada yang kasar. Terus mereka berjalan menuju ke arah Danish dengan tangan digenggam sebagai penumbuk.
'Bang!'
Belum sempat mereka menumbuk Danish, satu das tembakan dilepaskan di sebuah lampu jalan. Terkejut mereka yang berada di situ.
"Aku nak korang bla sekarang sebelum muka korang aku tembak sampai lunyai! Bla!"
Ryan berjalan dengan penuh gaya menuju ke arah Danish. Manakala Taufiq menolong gadis tersebut bersama Danish.
"Baik, tapi kau kena ingat yang perempuan tu aku tak akan lepaskan. Siap kau!"
Kata salah seorang daripada mereka dengan muka yang bengis. Berang kerana ada orang yang berani menolong perempuan tersebut.
"Weh Danish, kau bawak dia ke hospital sekarang. Darah tu makin banyak dah tu aku tengok."
Kata Taufiq sambil mengelap tangannya yang terkena darah gadis tersebut. Danish segera berlari ke arah keretanya dan mengangkat gadis tersebut lalu diletakkan di tempat duduk penumpang.
"Kau ikut sekali tak?"
Tanya Danish kepada Ryan dan Taufiq. Ryan dan Taufiq terus menggelengkan kepala mereka.
"Sokay. Kau pergi dulu, kejap lagi aku menyusul. Ada hal sikit yang aku nak settle."
Jawab Taufiq di sebelah Ryan. Mereka mula menghantar pemergian Danish dengan ekor mata mereka sahaja.
"Doktor Reena, tolong sediakan apa yang patut. Danish dalam perjalanan menuju ke sana dengan seorang gadis."
"Baiklah."
Ryan mematikan perbualannya dengan doktor peribadi keluarga mereka, Doktor Reena. Doktor Reena juga merangkap sepupu mereka.
Ryan dan Taufiq juga merupakan sepupu Danish. Mereka telah berkawan sejak kecil lagi sehinggalah sekarang.
👑👑👑
"Tengku Danish Rafiqi!"
Danish yang mendengar suara papanya, Datok Raizal, terus mengangkat kepalanya memandang ke arah suara tersebut.
"What Happen? Can you tell us about what had happened Danish."
Tanya Datin Rania dengan penuh tanda tanya. Ryan dan Taufiq yang menghubungi mereka untuk memberitahu yang Danish ada di hospital.
"Cuba kamu cerita dekat mama apa yang dah berlaku. Mama tak fahamlah."
Danish mula menceritakan apa yang berlaku kepada mama dan papanya. Terangguk-angguk kepala mereka mendengar cerita Danish.
"So, macam mana keadaan gadis tu? Dah sedar ke belum?"
Tanya Datok Raizal selepas sahaja mendengar cerita Danish. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi
"Doktor Reena belum keluar lagi. Gadis tu masih dalam wad kecemasan."
Kata Danish sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mula mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluarnya dan nama Mike dicari.
"Mike, Aku nak kau siasat tentang gadis ni. Kau siasat semua maklumat tentang dia. Aku nak secepat mungkin."
"Baiklah."
Danish mematikan perbualan mereka dan mengeluh panjang. Mike merupakan kawan baiknya sejak dari sekolah rendah lagi. Mike juga merupakan penggodam yang sangat hebat.
"Danish."
Panggil Doktor Reena apabila keluar daripada bilik kecemasan. Mask yang tertutup mulut ditarik hingga ke dagu.
"Macam mana keadaan dia? Dia okay tak?"
"Alhamdulillah. Keadaan dia dah stabil. Banyak darah yang dia kehilangan tapi semuanya berjalan dengan lancar."
Danish meraup wajahnya tanda syukur. Dia lega apabila mendengar jawapan daripada Doktor Reena. Entah mengapa, hatinya berasa aneh apabila bersama gadis tersebut.
"Mujur kamu datang tepat pada masanya. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi. Tapi buat masa sekarang, dia mungkin tak dapat sedarkan diri buat beberapa hari."
Kata Doktor Reena sambil tersenyum manis. Dia bersyukur kerana dia sempat menyelamatkan nyawa gadis tersebut.
"Reena, nanti tolong pindahkan dia ke private room."
"Baik Ayahngah."
***
Danish berdiri di sebelah katil gadis tersebut sambil memandangnya dengan perasaan yang aneh.
"Danish, papa dan mama balik dulu ye. Kamu jaga diri elok-elok. Jangan nak buat macam-macam dekat gadis ni."
Kata Datin Rania sambil mengusik Danish. Danish mencium kedua belah tangan milik mama dan papanya dan menjeling manja mamanya.
"Ya mama. Danish tahu lah."
Setelah kelibat Datin Rania dan Datok Raizal hilang dari pandangan matanya, dia terus membaringkan badannya di atas sofa.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...