💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 4

22.3K 1K 38
                                    

Pintu bilik yang tertutup rapat dibuka oleh Danish dan pandangan pekerja-pekerja di situ sudah tidak dihiraukan lagi.

Manakala Ryan dan Taufiq hanya mengekorinya di belakang sambil tersenyum sinis. Danish mula berhenti berjalan dan menyilangkan tangannya didada.

"Wah! Look who's here. Tengku Danish Rafiqi. What a suprise!"

Kata Joshua, tauke kelab malam tersebut sambil tersenyum senget. Danish sekarang berada di kelab malam di mana tempat Anggun dijualkan oleh Mak Leha.

"Huh! Kau jangan nak mengada-ngada boleh tak? Aku datang sini bukan nak dengar kau merepek je cina badut."

Jawab Danish apabila Joshua melengahkan masanya. Dia harus segera ke hospital kerana Anggun sudah dibenarkan pulang.

"Rilek bro Rilek. Kau datang tempat aku kan? So, kau buatlah macam tempat orang bukan macam tempat kau."

Kata Joshua dan mula bangun dari kerusinya. Dia mula mengusap-ngusap janggutnya yang beruban menyerupai kambing.

"Aku datang sini sebab nak bercakap about this girl."

Kata Danish sambil melemparkan sekeping gambar di atas meja. Joshua terus melihatnya dengan muka yang berkerut.

"So, kaulah yang langgar perempuan tu kan? Mana kau simpan dia?"

Kata Joshua sambil menundingkan jarinya ke arah Danish. Ryan dan Taufiq sudah selamat mendaratkan punggung mereka di atas kerusi.

"Mana aku simpan dia tak penting tapi yang penting, aku nak tanya kau, sebenarnya kau nak apa dari perempuan tu?"

Jawab Danish sambil tersenyum sinis. Dia langsung tidak takut akan Joshua. Makin dia suka adalah apabila bertengkar dengan orang tua tersebut.

"Apa yang aku nak kau tanya? Kau tahu tak, duit aku dah melayang sebanyak rm800000 semata-mata nak beli perempuan tu!"

Marah Joshua sambil menundingkan jarinya ke arah Danish. Danish mula faham akan tujuan Joshua yang mahukan Anggun.

"Ouh. So, kau nak perempuan tu sebab dia masih fresh lah ni? Siapa yang jual perempuan tu dekat kau?"

Teka Danish sambil menganggukkan kepalanya memandang Ryan dan Taufiq. Ryan dan Taufiq tersenyum sinis mendengar tekaan Danish.

"Ha'ah. I want that girl because she's still a virgin! Tanpa dia, aku akan rugi besar!"

Marah Joshua kepada Danish. Dia mahukan Anggun hanya kerana Anggun masih fresh dari ladang. Ceh ayat!

"Aku nak kau dengar cakap aku baik-baik. From now, she's mine. No one can touch her! Mark my words."

Jawab Danish sambil berjalan keluar dari kelab malam tersebut. Manakala Ryan dan Taufiq hanya mengikutinya dari belakang.

"Kau fikir aku takut dengan kau? Kau cakap lah macam mana sekalipun, aku takkan lepaskan perempuan tu."

Marah Joshua dengan bengang. Bengang kerana Danish langsung tidak takut akan dirinya dan ugutannya.

"Kau tengok mulut aku ni baik-baik, ada aku kesah?"

Jawab Danish sambil berpaling ke belakang. Tangannya diangkat dan dia melambaikan tangannya kepada tauke kelab malam tersebut.

"Kau bla sekarang dari tempat aku, bla!"

Marah Joshua sambil menghentakkan tangannya di atas meja. Makin lama makin bengang dia dengan sikap Danish yang langsung tidak endahkannya.

"Kau ingat aku nak sangat ke duduk dekat sini? Kalau boleh tapak kaki aku pun aku tak nak tinggalkan dekat sini. Jijik tahu tak."

Jawab Danish sambil menyapu-nyapu kakinya di atas karpet. Jijik menyentuh lantai kelab malam tersebut. Itu kali pertama dia menjejakkan kakinya ke kelab malam tersebut.

"Dasar jantan tak guna! Berambus sekarang juga!"

Kata Joshua sambil mencurah air di atas lantai. Air bukan air biasa iaitu arak yang diminumnya.

"Ryan, Taufiq, jom bla dari syaitan durjana ni. Panas aku tengok muka mamat tua kerepok ni."

Ajak Danish kepada Ryan dan Taufiq. Dia harus segera beredar kerana mahu menjemput Anggun dari hospital.

👑👑👑

Suasana di dalam kereta sunyi apabila masing-masing hanya mendiamkan diri. Mereka hanya ditemani oleh DJ radio yang sedang berpokpek-pokpek.

"Errr... Awak nak bawa saya balik ke mana ni?"

Tanya Anggun sambil memulakan perbualan di antara mereka. Danish yang mendengar terus memalingkan mukanya memandang Anggun.

"Aku nak bawa kau ke rumah aku. Kau boleh tinggal dekat situ."

Jawab Danish sambil matanya masih lagi tertumpu kepada pemanduannya. Dia sudah memikirkan hal ini untuk membenarkan Anggun tinggal di rumahnya kerana bimbang akan keselamatan Anggun.

"Eh, takpalah. Saya tak nak menyusahkan sesiapa pun. Awak tolong berhentikan kereta depan tu, saya taknak menyusahkan awak."

Danish yang mendengarnya terus berpaling memandang Anggun. Baginya, Anggun langsung tidak menyusahkannya.

"Ada aku cakap yang kau menyusahkan aku ke? Kau ikut je apa yang aku cakap, bukan susah pun kan?"

Kata Danish kepada Anggun sambil menahan geram. Bukan marah sangat tapi hanya sekadar menegur Anggun. Hohiho. Dia bimbang akan keselamatan Anggun sekarang yang berada dalam bahaya.

"Tapi kan..."

"Tak ada tapi-tapi. Ikut je apa yang aku cakap. Nyawa kau tu dalam bahaya. Kau nak ke tauke kelab malam tu jumpa kau?"

Percakapan Anggun terus dipotong oleh Danish. Terus tersenyap dia di tempat duduknya sambil menggelengkan kepalanya.

"Bagus."

Kata Danish sambil tersenyum dalam diam. Dia mengangkat tangannya dan menggosok rambut Anggun. Terus kaku Anggun apabila dilakukan sebegitu.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now