💐 : 𝚂'𝙲 - 𝙰𝚗𝚐𝚐𝚞𝚗 ♡ 𝙳𝚊𝚗𝚒𝚜𝚑

11.9K 505 12
                                    

"Makin kacak anak mommy ye sekarang ni."

Aryan Danial yang comel memakai baju kemeja dan seluar jeans terus tersenyum seolah-olah faham akan maksud Anggun. Danish yang elok memakai kemeja sedondon dengan mereka berdua dipandang dengan senyuman yang manis.

"Dah siap?"

Anggun hanya menganggukkan kepalanya. Awalnya ramcang nak beli barang dapur sebab esok dah mula puasa tapi Anggun beria mengajak Danish ke taman.

"Abang dukung Aryan boleh?"

Tanpa banyak cakap, Danish terus mengambil anaknya yang berusia dalam 6 bulan itu. Matanya terus memandang Anggun yang cantik tersarung dress separas lutut berwarna hitam.

"Cantik!"

"Well baru tahu ke?"

Pantang dipuji mesti angkat bakul sendiri. Danish menjeling manja Anggun dan mereka terus berjalan menuju ke arah kereta.

👑👑👑

"Alololo syian dia panas ya?"

Terus topi Aryan diambil dan dipakaikan manakala Danish juga segak memakai kaca mata hitam.

"Nanti hitam anak daddy kang naya."

Anggun terus ketawa terbahak-bahak mendengar ayat tersebut. Dia mula menggelengkan kepalanya.

"Baru first time bawa pergi jalan-jalan takda maknanya lah nak hitam."

Bantah Anggun. Matanya juga sedikit dipejamkan kerana silau dengan cahaya matahari.

"Mana tahu kan dia nak jadi hitam. Nanti kalau hari-hari bawa dia keluar jalan-jalan, memang hitam lah jawabnya."

Risau sungguh dia dengan keadaan anaknya. Aryan nak main sikit terus disekat oleh Danish. Katanya kuman merata-rata dan bahaya untuk kesihatan.

"Pastu kalau dia hitam nanti, abang nak buat apa?"

Tanya Anggun sengaja menguji Danish. Danish mula meletakkan tangannya di dagu seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Abang buatlah dia jadi putih balik."

"Eh boleh ke?"

Tanya Anggun pelik. Aryan Danial juga sudah tertidur di atas riba Danish. Danish memang akan 24 jam berkepit dengan anak kesayangannya itu.

"Bagi dia makan produk. Senang cerita kan?"

Terbeliak mata Anggun mendengarnya. Ini memang dah mengarut tahap gaban dah. Makin membahayakan kesihatan anak-anak.

"Ok abang gurau je,"

Sambung Danish lagi apabila perasan yang Anggun langsung tidak berkata-kata sedari tadi.

"Sayang ok tak?"

Tanya Danish pelik. Anggun terus tersedar dari lamunannya dan menganggukkan kepalanya memandang Danish.

"Mengelamun apa?"

"Tak sayang baru teringat yang sayang belum datang period lagi bulan ni."

Tersenyum lebar Danish mendengar ayat tersebut. Anggun yang perasan dengan kelakuan Danish terus mengubah topik.

"Eh, anak mommy dah bangun?"

Terus dia mengambil Aryan Danial dan memberikan susu. Dia terus memandang tasik yang terdapat di taman tersebut tanpa menoleh langsung ke arah Danish.

"Are you pregnant sayang?"

"Aishhh mana ada lah. Aryan kan masih kecil lagi. Mungkin hormon tak stabil."

Anggun menggelengkan kepalanya. Danish tersenyum sinis memandangnya dan tangannya diletakkan di perut Anggun.

"Balik nanti kita pergi hospital ya?"

Lama-kelamaan barulah Anggun menganggukkan kepalanya. Matanya mula memandang Aryan yang sudah lena kembali di atas ribanya.

***

"So macam mana?"

Tersenyum Danish menanti jawapan daripada Doktor Reena. Doktor Reena kini juga sudah 5 bulan mengandung.

"Anggun okay mungkin sebab penat sangat and period dia pun tak menentu."

Terus tersenyum hambar Danish mendengar jawapan tersebut. Anggun di sebelah sudah mendiamkan dirinya dan matanya mula memandang Danish.

Aryan Danial awal-awal lagi mereka tinggalkan bersama tokma dan tokpa dia. Asyik tidur je selepas balik dari taman. Kalau nak kejut, nanti tak fasal-fasal menangis.

👑👑👑

Suasana di dalam kereta hanya sunyi sepi. Radio pun tidak dibuka. Anggun juga tidak berani menegur Danish yang dari tadi lagi masam mencuka.

"Raya nanti kita balik kampung nak tak?"

Tanya Danish sengaja mencari topik perbualan. Anggun terus menghembuskan nafas lega apabila Danish mula bercakap dengannya.

"Nak! Tapi sejak bila abang ada kampung? Dekat mana?"

Tanya Anggun pelik kerana sebelum ini Danish tidak pernah menceritakan kepadanya tentang kampungnya.

"Kampung abang dekat kedah. Kampung sebelah abah and abang still ada nenek and moyang yang stay dekat sana."

Terkejut Anggun mendengarnya. Moyang? Baginya sesiapa yang masih mempunyai moyang, nenek dan sanak saudara, mereka semua sangat bertuah berbanding dengan dirinya yang sudah tidak mempunyai sesiapa selain daripada Danish, Aryan dan ahli keluarga yang lain.

"Siapa lagi ikut balik kampung?"

"Semua sepupu abang"

Baru dia teringat yang Taufiq, Ryan, Raziq dan yang lain-lain merupakan sepupu sebelah Datok Raizal.

"Bila kita nak balik kampung?"

"Seminggu sebelum raya."

Terangguk-angguk kepala Anggun mendengarnya. Memang dia tidak sabar mahu pulang ke kampung memandangkan ini kali pertama mereka beraya bersama Aryan Danial.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now