"Morning baby."
Adriana yang baru sahaja membuka matanya terkejut apabila muka Mike tepat-tepat berada di hadapannya sambil tersenyum manakala tangannya bermain dengan rambut panjang milik Adriana.
Sudah 3 bulan mereka berkahwin. Disebabkan Adriana anak yatim piatu, mereka berkahwin di kampung Mike. Majlis pun diorang tak buat dan hanya akad nikah sahaja.
"Eish orang nak tidurlah."
Kata Adriana lalu terus menarik selimut menutup wajahnya. Mike hanya tersenyum memandang Adriana. Makin lama makin manja.
"Alaaa janganlah tidur."
Ujar Mike lalu mencubit-cubit lengan Adriana. Belum sempat dia mendekatkan mukanya ke muka Adriana, Adriana terlebih dahulu menolaknya.
"Kenapa ni? Ok tak?"
Tanya Mike pelik apabila muka Adriana berkerut-kerut. Adriana mula menggosok-gosok dadanya apabila terasa mual.
"Awak lah ni busuk sangat la. Pergilah mandi tuu eee nak muntah saya!"
Terkejut Mike mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Adriana. Dia mula membulatkan matanya memandang Adriana yang tiba-tiba sahaja menekup mulut.
"Eh kenapa ni? Ok tak? Kenapa ni macam ni sebelum..."
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Adriana terus berlari menuju ke arah tandas memuntahkan segala isi perutnya.
"Kesiannya kenapa ni aaa you make me worried about you dear."
Ujar Mike sambil menggosok-gosok belakang Adriana. Adriana yang sedikit pucat hanya menggelengkan kepalanya dan terus berjalan menuju ke arah katil.
"Biy picitlah kepala saya..."
Kata Adriana sambil membuat muka comel. Tertawa kecil Mike memandang perangai Adriana yang macam kebudak-budakkan.
"Kenapa ni? Salah makan ke? Ke perut kosong? Ada nak makan apa-apa tak? Nanti biy belikan."
Soal Mike bertalu-talu. Adriana hanya menggelengkan kepalanya dan terus memeluk Mike.
"Eee orang taknak makanlah."
"Habistu nak makan apa?"
"Nak makan biy boleh tak?"
Jawab Adriana lalu terus mencium sepintas lalu bibir Mike. Terbuntang mata Mike melihat perangai Adriana yang semakin pelik.
"Eee ngadanya kamu!"
Adriana terus menjelirkan lidahnya. Tangan Mike masih lagi setia memicit kepala Adriana.
"Tadi cakap bau biy busuk,"
Adriana mula mengangkat kepalanya memandang Mike. Rambutnya yang panjang diselit ke telinganya.
"Tadi je bau busuk tapi sekarang ni dah tak bau dah. Pastu kan kalau boleh kan biy jangan mandi eh sebab saya nak bau ni."
Tergelak Mike mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya itu. Adriana hanya tersenyum manis memandang Mike.
"Anything for you dear. Aduhai makin manja ya sekarang ni?"
Kata Mike lalu tangannya menciut hidung Adriana. Adriana hanya tersenyum gembira apabila Mike melayan dia dengan baik sekali.
👑👑👑
Pintu bilik yang tertutup rapat dibuka. Matanya memandang sekeliling bilik mencari kelibat isterinya yang dari tadi hilang.
"Mana budak ni pergi?"
Dia masih lagi setia mencari kelibat isterinya. Adriana ni semakin hari semakin nakal. Sebijik macam perangai kanak-kanak.
'SPLASH!'
Terkejut Mike apabila mendengar seperti ada benda yang jatuh dalam kolam renang rumahnya. Terus kakinya berlari menuju ke arah kolam renang tersebut.
"Adriana!"
Tanpa sebarang kata, dia terus terjun ke dalam kolam tersebut apabila melihat tubuh Adriana terapung di dalam air.
"Eh biy kenapa ni? Eee kacaulah!"
Marah Adriana sambil menepuk-nepuk dada Mike. Mike mula membulatkan matanya apabila Adriana yang tidak lemas.
"Taklah biy risaulah sebab Adriana kata haritu Adriana tak pandai berenang kan? Biy ingatkan Adriana lemas tadi sebabtu biy kalut tu."
Terus Adriana ketawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Mike. Mike mula memasamkan wajahnya sengaja mengaju dengan isteri tercintanya itu.
"Alololo orang gurau je haritu. Meh sini meh..."
Adriana menarik tangan Mike rapat ke arahnya. Mike hanya menahan senyum dan mukanya sengaja dimasamkan.
"Biy ingat ada badak sumbu mana entah jatuh dalam kolam kita sebab bunyi dia kuat namatey! Satu rumah dengar tahu tak?"
Adriana terus menjelingkan matanya ke arah Mike dan menepuk bahu Mike. Mike terus tergelak melihat muka masam bak cuka isterinya itu.
"Alololo bucuk-bucuk..."
Dia terus menarik tangan Adriana keluar dari kolam renang tersebut. Sejuk! Pagi hari dah mandi kolam fuhhh memang beku lah jawabnya.
"Lapar..."
"Atototo selalu je ea lapar. Kenapa ni kuat makan? Tu pipi tu dah makin chubby dah tu."
Usik Mike sengaja mencari gaduh di pagi hari. Dia terus memandang Adriana yang langsung tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.
"I have something to tell you hmmm..."
"Kenapa ni? Bunyi macam serius je. Janganla buat biy takut macam ni."
"Tak bukan macamtu. I just want to tell you that i'm..."
Sengaja dia menggantungkan ayatnya untuk mengusik Mike. Wajahnya juga dibuat sedikit sedih. Mike yang berada di hadapannya sudah tidak sabar menanti jawapan.
"Alaaa cepatlah cakap. You scared me baby."
"I just want to tell you that im pregnant! You're going to be a daddy and im going to be a mommy!"
Mike terus mengalirkan air matanya dan terus memeluk Adriana. Adriana terus membalas pelukan Mike dan matanya memandang tangan Mike yang sedang mengusap perutnya.
"Thank you so much."
Kata Mike lalu terus mencium dahi dan perut Adriana. Adriana hanya tersenyum manis.
"Now pergi mandi and kita keluar."
Tersorak Adriana mendengar ayat yang dikatakan oleh Mike itu. Mike tersenyum memandang kelibat isterinya yang berjalan riang menuju ke bilik tidur mereka.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...