"Ryan, Taufiq... Aku nak jumpa korang dekat markas sekarang juga..."
Ryan dan Taufiq yang mendapat panggilan daripada Danish terus memecut laju kereta mereka menuju ke markas yang terletak di atas bukit.
"Kenapa kau nak jumpa kitorang ni Danish?"
Tanya Ryan sebaik sahaja sampai ke markas tersebut. Taufiq juga yang baru sahaja sampai hanya memandang Danish yang sedang menahan amarah.
Dia mula memicit pelipisnya dengan menggunakan jari telunjuknya. Anggun sudah awal-awal lagi dihantar ke rumah mama dan papa.
"You know what, maklumat syarikat aku sudah dibocorkan,"
Terkejut Ryan dan Taufiq yang mendengarnya. Mesti ada orang dalang yang membocorkan maklumat syarikat Danish.
Mereka memandang Danish yang masih dengan yang dingin tanpa secalit senyuman di wajahnya. Keluhan nafas dihembuskan oleh Danish.
"Siapa yang bocorkan maklumat syarikat kau? Kau dah dapat tangkap ke belum bangsat tu?"
Tanya mereka dengan penuh kehairanan. Setahu mereka, sebelum ni syarikat tersebut tidak pernah mempunyai orang dalam.
"Syed Naufal! You know what, dia yang hantar orangnya untuk bekerja di syarikat aku to steal information about my company!"
Danish yang merah muka menahan marah mula menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Hatinya terlalu panas ketika itu. Kalau nak diikutkan hati, memang berkecai kepala Syed Naufal.
"So, apa plan kau sekarang?"
Tanya Taufiq setelah agak lama mendiamkan diri dan hanya menadah telinganya. Dia juga marah apabila mendengar sahaja nama Syed Naufal.
"Aku dah upah dah orang-orang aku untuk tangkap budak hingusan yang bocorkan maklumat syarikat aku. Budak hingusan tu semua dah ada dalam bilik hujung sana."
Taufiq dan Ryan yang mendengarnya hanya menganggukkan kepala mereka dan hanya mengikuti langkah Danish sambil tersenyum sinis.
***
Pintu bilik yang tertutup rapat ditolak dengan kuat oleh Danish. Matanya tertacap ke arah satu sudut di mana terletaknya orang suruhan musuhnya yang sudah lemah.
Kedua-dua belah tangan dan kaki lelaki tersebut diikat dengan besi yang halus. Ikatan itu diikat dengan kuat sehingga menampakkan lebam di kaki dan di tangan lelaki tersebut.
Kaki Danish mula melangkah mendekati tubuh lelaki tersebut. Tangannya mula mencengkam pipi lelaki tersebut dan makin lama makin dalam cengkamannya.
Manakala Ryan dan Taufiq yang turut berada di situ hanya melihat dari jauh. Malas nak masuk campur.
"So ni lah orang yang bocorkan maklumat company aku kan? Kau memang tak sayang nyawa kau..."
Ayat terakhir yang terpacul keluar dari mulut Danish telah membuatkan lelaki tersebut terdiam seribu bahasa. Nyawanya bakal terputus tidak lama lagi.
"Tolong lepaskan aku,"
Rayuan yang keluar dari mulut lelaki tersebut tidak dihiraukan lagi oleh Danish. Tangannya mula mengambil kapak yang tajam dan tanpa membuang masa, dia menetak bibir lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus meraung kesakitan.
Tidak cukup dengan itu, tangannya mula mengambil sebilah pisau yang baru sahaja diasah lalu dihunus ke dalam perut lelaki tersebut. Darah mula membuak-buak keluar dari perut lelaki tersebut.
'ZASSS!'
Danish melibas pedangnya di leher lelaki tersebut. Kepala dan badan lelaki tersebut sudah terpisah. Senyuman sinis mula kelihatan di bibirnya.
"Aku nak kau hantar mayat budak ni dekat bos dia yang bodoh tu and aku nak korang bersihkan tempat ni tanpa meninggalkan sebarang kesan."
Sebaik sahaja menuturkan ayat tersebut, kakinya mula diangkat dan melangkah keluar diikuti oleh Ryan dan Taufiq. Dia dah berjanji dengan Anggun untuk membawanya ke kedai kek.
👑👑👑
"Mana Anggun?"
Tanya Danish apabila kelibat Anggun tiada di situ. Mamanya yang sedang sibuk menanam terus menundingkan jari telunjuknya ke dalam rumah.
"Hai sayang bucuk-bucuk,"
Sapa Danish sebaik sahaja melihat Anggun yang sedang ralit menonton televisyen sambil mengunyah potato. Dia mula melabuhkan punggungnya di sebelah Anggun lalu tangannya turut mencapai potato di tangan Anggun.
"Ada rasa pening-pening tak harini? Dah makan nasi?"
Tanya Danish prihatin. Anggun memandangnya dengan senyuman yang manis lalu menganggukkan kepalanya. Matanya masih lagi ralit menonton televisyen.
"Meh sini meh,"
Kata Danish lalu menarik Anggun duduk sedikit dekat dengannya. Kepala Anggun mula diletakkan di dadanya. Anggun hanya membiarkan Danish menggosok rambutnya.
"Pegang sekejap,"
Anggun menghulurkan potato yang setia di tangannya tadi kepada Danish. Mulutnya juga turut berhenti mengunyah. Danish terus mengangkat muka Anggun yang tiba-tiba sahaja pelik.
"Kenapa ni sayang? Are you okay?"
Sebaik sahaja habis ayat yang keluar dari mulut Danish, Anggun terus berlari menuju ke arah singki dan mengeluarkan segala isi perutnya.
Danish terus menepuk-nepuk belakang Anggun. Makin banyak muntah yang dikeluarkan oleh Anggun.
"Okay tak?"
"Eee abang ni busuklah. Kenapa bau macam darah haa nak muntah lah orang..."
Adu Anggun lalu memicit kepalanya yang sedikit pening. Danish yang mendengarnya terkejut apabila dia sendiri lupa menukar pakaiannya yang tadi.
"Dah jom naik berehat dekat atas,"
Danish berkata lebih kepada ingin mengubah topik perbualan mereka. Dia menarik tangan Anggun lalu berjalan menuju kearah tangga.
"Taknak lah naik atas, tadi kata nak pergi makan kek."
Anggun memandang Danish sambil membuat muka comelnya. Danish menggelengkan kepalanya memandang Anggun yang kuat makan lepastu muntah.
"Iya boleh. Tapi sekarang ni abang nak sayang rehat dulu. Kesian dekat baby dalam perut tu penat tengok mommy dia yang asyik nak makan je kerja."
Anggun menjulingkan bebola matanya sehinggakan Danish tertawa melihatnya. Dia tahu yang dia ni kuat makan, berat pun dah makin naik dah.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...