💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 10

20.8K 838 18
                                    

Danish membuka pintu bilik mereka dengan perlahan-lahan. Langkah kaki diatur secara senyap-senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Dia sekarang berada di rumah mama dan papanya selepas pulang dari hotel. Dia tahu dia tidak sepatutnya meninggalkan Anggun kerana mereka baru sahaja berkahwin.

"Where have you been Danish?"

Tanya Anggun sambil merenungnya dengan tajam. Terkejut Danish apabila Anggun tidak tidur tetapi menunggunya pulang. Dia merenung jam yang elok tergantung di dinding.

"Kau buat apa tak tidur lagi? Dah pukul 2 pagi dah tapi mata kau still lagi luas. Kau tak mengantuk ke?"

Tanya Danish tanpa menjawab soalan Anggun. Dia keluar kerana ada hal yang perlu diselesaikan bersama Ryan dan Taufiq. Tetapi, awal-awal lagi dia sudah memesan kepada Anggun supaya tidak menunggunya.

"I'm not sleepy. Im waiting for you because it's my job as a wife to wait for her husband."

Jawab Anggun sambil tangannya bermain di dada bidang milik Danish. Hidungnya mula tercium bau sesuatu yang meloyakan tekaknya. Darah dan Rokok!

"Awak hisap rokok ke? And kenapa baju awak ada bau hanyir darah?"

Soal Anggun dengan bertubi-tubi. Terkejut Danish akan tindakan Anggun yang boleh mencium bau di bajunya. Terus dia memegang tangan Anggun daripada melingkar di dadanya. Risau dia jika Anggun terjumpa kesan darah.

"No need to know dear. Aku nak mandi lepastu aku akan layan kau. Pakaian kau tu buat iman aku berterabur."

Jawab Danish sambil merenung peha gebu milik Anggun. Terus pucat muka Anggun apabila Danish menyentuh pehanya sebelum berlalu ke bilik air.

Anggun mula melihat pakaiannya di pantulan cermin. Memang tak dinafikan yang pakaiannya memang menggoda. Dia hanya mengenakan baju tidur satin berwarna merah separas peha.

'Klak!'

Terdengar sahaja pintu bilik air dibuka tanda Danish sudah selesai mandi, terus sahaja Anggun berlari ke arah katil dan menutup seluruh badannya dengan selimut. Dia memejamkan matanya serapat yang mungkin.

"Kau still tak tidur lagi kan?"

Bisik Danish tepat-tepat di telinga Anggun. Deruan nafas Danish mula membuatkan dia berasa seram sejuk. Menyesal kerana menunggu Danish pulang.

"Kau taknak buka mata kau ke?"

Tanya Danish kepada Anggun sambil tangannya bermain di bahu Anggun yang terdedah. Sesekali dia mencium bahu Anggun dan aroma wangian Anggun membuatkan nafsu dia sedikit tergugat.

"Saya mengantuk. Saya nak tidur."

Jawab Anggun sambil menepis tangan Danish. Tersenyum sinis Danish apabila Anggun menepis tangannya. Sebelum ni, tak pernah ada orang yang berani tolak kemahuannya.

"Aku tak paksa kau dan aku akan tunggu sampai kau bersedia."

Jawab Danish sambil membaringkan badannya di sebelah Anggun. Tangannya mula memeluk pinggang ramping milik Anggun dan satu kucupan diberikan oleh Danish kepada Anggun di dahinya.

"Kau tidurlah. Aku janji aku takkan sentuh kau. Goodnight dear."

Ucap Danish dan mula memejamkan matanya. Dia sedikit terkilan dengan Anggun manakala Anggun sudah menggigit bibir bawahnya. Sungguh dia rasa berdosa kerana tolak kemahuan seorang suami.

"Saya minta maaf."

Monolog Anggun di dalam hatinya. Perasaanya bercampur baur sama ada takut ataupun bersalah. Tetapi perasaan takut yang lebih mengambil tempat berbanding bersalah.

👑👑👑

Beg yang berisi sayur-sayuran yang dibeli dari pasar raya dibimbit oleh Mak Leha. Dia bersama dua orang kawan bawangnya baru sahaja pulang dari pasar raya yang berdekatan dengan rumahnya.

"Leha, betul ke yang aku dengar anak kau si Anggun tu lari ikut jantan?"

Tanya Mak Esah yang merupakan kaki membawang manakala Mak Limah hanya menadah telinga mendengar perbualan tersebut.

"Haah. Dia lari ikut jantan mana entah. Aku tak pasti tapi perangai perempuan tu memang sundal. Nanti bunting dulu baru nak balik rumah minta tolong aku."

Jawab Mak Leha sambil mengibas-ngibas tudungnya kerana terlalu panas. Mak Limah yang mendengar terus menggelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati dengan jawapan Mak Leha.

"Kau biar betul Leha? Kau jangan nak buat cerita yang mengarut. Si Anggun tu baik budaknya, takkanlah dia nak buat perkara terkutuk tu."

Bangkang Mak Limah kerana dia pasti yang Anggun tak akan melakukan perkara terkutuk itu. Dia juga sudah menganggap Anggun sebagai anaknya sendiri kerana Anggun tidak pernah berhenti menolongnya.

"Betul apa yang aku cakap. Kalau tak, mana dia? Batang hidung dia pun aku tak nampak. Entah-entah dah berapa ratus jantan dah yang dia layan. Jenis tak cukup dengan satu."

Jawab Mak Leha sambil menjeling tajam Mak Limah. Manakala Mak Esah hanya menadah telinga kerana dia percaya yang Anggun tak akan melakukan perkara terkutuk tersebut.

"Mulut kau tu jangan main sedap je kau hentam. Nanti terbalik dekat diri kau sendiri, naya kau."

Marah Mak Limah dan terus menarik tangan Mak Esah dari situ. Mak Leha terus berlalu pulang kerana bengang dengan sikap kawannya yang asyik membela Anggun.

Mereka langsung tidak percaya akan kata-kata Mak Leha. Dalam hatinya berbagai sumpah seranah yang diberi kepada Mak Limah dan Mak Esah.

'PONNN!'

Kereta yang dipandu laju dari arah kanan mula melanggar Mak Leha dan tubuhnya mula terpelanting jauh hingga ke bahu jalan. Terkejut Mak Esah dan Mak Limah yang melihat kejadian tersebut dan mereka terus berlari mendapatkan Mak Leha.

Kereta yang melanggar Mak Leha juga telah lesap dari pandangan. Pandangan mata Mak Leha makin lama makin kabur. Orang ramai mula berpusu-pusu ke tempat kejadian.

Di sebalik kereta, Joshua mula mendail nombor anak buahnya. Tersenyum senget dia apabila kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya.

"Bagus, kerja kau memang sangat memuaskan hati aku. Upah kau nanti aku bayar."

Habis sahaja percakapannya, panggilan terus dimatikan tanpa anak buahnya sempat menjawab. Telefon yang berada di tangannya dilempar ke arah seat belakang kereta.

"Kau ingat hidup kau sampai dekat sini ja? No way lah makcik tua! Game baru je bermula and this is for you as a gift."

Kata Joshua sambil memandu kereta meninggalkan tempat tersebut. Baginya, dengan kehancuran hidup Mak Leha maka tamatlah permainan tersebut.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now