Kelopak mata Anggun yang tertutup rapat mula dibuka secara perlahan-lahan. Kepalanya mula berdenyut-denyut dengan kuat. Perutnya juga mula terasa senak.
"Hai sayang..."
Sapa Syed Naufal sambil tangannya bermain dengan rambut panjang milik Anggun. Sesekali dia mencium rambut Anggun.
"Aw... awak siapa?"
Tanya Anggun dengan suara yang terketar-ketar. Syed Naufal hanya memandangnya dengan pandangan yang bernafsu sambil tersenyum sinis.
"Soon i'll be your new husband dear."
Jawab Syed Naufal lalu tangannya naik menyentuh perut Anggun. Anggun yang perasan akan kelakuan Syed Naufal terus menepis tangan lelaki tersebut.
"Tapi sayangnya kau dah mengandungkan anak si bangsat tu..."
Jawab Syed Naufal lagi sambil membuat gaya seperti berfikir. Adriana yang berada di luar bilik tersebut hanya memandang mereka tanpa mengeluarkan sebarang kata.
"Apa kata kalau aku tunggu kau bersalin and baby ni aku bunuh. Ok juga kan?"
Ayat yang keluar dari mulut Syed Naufal cukup membuatkan Anggun begitu terkejut dan takut. Kakinya mula menggeletar dan dia mahukan Danish datang menyelamatkan dia.
"Tolong jangan apa-apakan anak saya. Saya merayu..."
Anggun berkata dengan penuh rayuan. Dia hanya mahukan anak tersebut selamat buat masa sekarang.
"Auch hmm... Lembutnya suara,"
Kata Syed Naufal dengan penuh bernafsu. Sungguh dia tidak tahan melihat muka Anggun yang begitu memikat hatinya.
Dia terus mencium leher Anggun dengan rakus sehingga meninggalkan kesan merah. Teresak-esak Anggun menangis dengan kelakuan Syed Naufal.
"Just wait here baby bye muah."
Syed Naufal terus meninggalkan Anggun. Anggun yang masih lagi dalam tangisan terus memegang lehernya yang sudah meninggalkan kesan merah. Airmatanya laju membasahi pipi.
👑👑👑
"So? Dapat apa-apa tak?"
Tanya Danish kepada Mike yang dari tadi lagi menghadap komputer. Dia sangat risaukan keadaan Anggun yang sarat mengandung dan bila-bila sahaja boleh melahirkan.
"Cctv rumah semalam memang dan tak berfungsi since pukul 8. Mungkin ada orang dalam yang bantu Syed Naufal buat semua kerja ni."
Kata Mike dengan pelik. Setahunya, rumah tersebut dipenuhi dengan cctv. Tetapi ke semua cctv tersebut tidak berfungsi semalam.
"Wait apa yang aku dapat kemungkinan diorang ada dekat rumah banglo milik arwah keluarga Syed Naufal."
Sambung Mike lagi lalu terus mengesan keadaan rumah tersebut. Danish hanya memerhati sambil mengetap rahangnya menahan amarah.
Taufiq, Ryan, Iqbal dan yang lain juga turut berada di markas tersebut manakala isteri mereka ditinggalkan di rumah Datok Raizal dan Datin Rania bersama bodyguard yang telah diupah demi keselamatan mereka.
"So kau rasa bila kita boleh mula serbu rumah tu?"
Tanya Danish dengan tidak sabar. Keadaan Anggun dan anaknya lebih penting sekarang berbanding segala-galanya.
"Mungkin dalam 4 hari lagi. And lepastu kita dah boleh mula serbu rumah tersebut. Dont worry, we'll help you to find Anggun Qhairah."
Kata Mike sambil tersenyum ke arah Danish. Terangguk-angguk kepala yang lain apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Mike.
Danish terus menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan jawapan Mike. Urat-urat mula timbul di lengan dan juga dahinya sambil tangannya dikepal sebagai penumbuk.
"Aku nak kau cari siapa orang dalam yang Syed Naufal upah tu ASAP!"
Danish terus berjalan keluar dari situ. Mike terus menganggukkan kepalanya dan matanya mula meliar ke arah komputer tersebut.
"Don't you dare to touch my wife."
Gumam Danish dan dia menghembuskan nafasnya. Pintu kereta dibuka dia mula duduk bersandar sambil memejamkan matanya.
👑👑👑
"Baby lapar tak ni? Hmm sabar y mommy yakin daddy akan datang selamatkan kita berdua."
Kata Anggun sambil menggosok perutnya yang mula terasa sakit. Pinggangnya juga turut sakit. Dia memejamkan matanya sambil airmata laju membasahi pipi.
"Nah makanan untuk kau,"
Terkejut dia melihat seorang gadis yang sedikit seksi menghulurkan makanan kepadanya. Memorinya cuba mengingat kembali di mana dia pernah bertemu gadis tersebut.
"Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?"
Anggun memberanikan dirinya mengajukan soalan tersebut. Terkejut Adriana dengan soalan Anggun lalu dia terus menggelengkan kepalanya. Tangannya terus meletakkan makanan di atas riba Anggun.
"Aku nak kau makan makanan ni. Aku tahu kau lapar and baby kau pun lapar. baik kau makan kalau kau taknak baby kau sakit."
"Thank you. Please tolong saya keluar dari sini..."
Rayu Anggun lalu terus memegang tangan Adriana. Mukanya yang begitu polos dan naif telah membuatkan Adriana makin serba salah.
"I'll help you dear."
Kata Adriana lalu terus keluar dari situ. Anggun hanya memandangnya tanpa sempat mengeluarkan sebarang kata.
Adriana hanya memejamkan matanya dan dia mula memikirkan sesuatu. Syed Naufal yang lena dibuai mimpi di atas sofa dipandang dengan penuh kebencian.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...