"Innalillahiwainnailaihiroojiuun..."
Danish yang mendapat panggilan daripada seorang doktor terkejut apabila mengetahui Mak Leha telah kembali ke rahmatullah. Dia baru sahaja mendapat maklumat tentang keadaan Mak Leha yang sudah lama tenat di hospital.
"Abang cakap dengan siapa tu?"
Tanya Anggun apabila melihat Danish meraup wajahnya. Dia mula memandang muka suaminya yang sedikit keruh.
"Mak sayang dah tiada,"
Ayat yang terpacul keluar dari mulut Danish telah membuatkan Anggun terdiam seribu bahasa. Sungguh dia sangat sayangkan Mak Leha meskipun telah didera.
"Sorry sayang. Abang pun baru juga dapat tahu hari ini. Dia meninggal minggu lepas..."
Kata Danish lagi sambil mengesat airmata yang mula mengalir dari kelopak mata Anggun. Anggun hanya terdiam tanpa mengeluarkan sebarang kata.
Airmatanya makin laju turun apabila mengingatkan yang dia tiada di sisi Mak Leha di saat dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Danish yang melihat Anggun makin kuat menangis terus memeluk Anggun sambil tanganya naik mengusap rambut Anggun.
👑👑👑
"Abang!"
Taufiq yang sedang ralit bermain game terkejut apabila disergah oleh Maira. Nasib tak terlepas ipad nya.
Matanya dijeling tajam ke arah Maira yang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Lain macam Maira hari ini.
"Maira ni kenapa pandang abang macamtu?"
Tanya Taufiq apabila Maira masih lagi setia berdiri di hadapannya sambil tersengih. Taufiq yang geram terus menarik tangan Maira dan meletakkan Maira di atas ribanya.
"Bagitahu abang cepat kenapa Maira tersengih-sengih ni."
Ujar Taufiq lagi. Maira hanya menjulingkan bebola matanya ke atas tapi bibirnya tetap tersengih.
"Cuba teka..."
Jawab Maira sambil memegang pipi Taufiq. Mukanya masih setia menanti jawapan dari bibir Taufiq.
"Abang nak teka apa kalau Maira tak bagi clue pun dekat abang haih Maira ni."
Maira yang mendengarnya terkulat-kulat menahan malu. Hidungnya dicubit oleh Taufiq. Tangannya terus menyeluk poket hoodie yang dipakainya.
"Abang nak tahu tak? Nak tak? Nak tak?"
Tanya Maira dengan nada yang penuh teruja. Makin pelik Taufiq dengan keadaan Maira yang begitu teruja dari hari sebelum ni.
"Baik bagitahu abang cepat kalau tak abang cium Maira."
"Haaa yelah-yelah orang nak bagitahu lah ni,"
Maira menjawab sambil menahan geram. Dia menjulingkan kedua bebola matanya ke atas. Tangannya mula menyeluk lebih dalam poket hoodienya. Taufiq mula memandang Maira dengan muka ingin tahu.
"Nah..."
Maira menghulurkan sesuatu kepada Taufiq. Taufiq mula mengambilnya dengan muka yang penuh tanda tanya.
"Apani? Maira demam ke? Jom pergi klinik."
Taufiq yang kalut terus menarik tangan Maira. Maira yang melihat gelagat Taufiq terus menahan geram. Taufiq yang melihat muka Maira merah hanya menggaru belakang tengkuknya.
"Apa? Abang tak fahamlah alaaa..."
Kata Taufiq lalu memandang kembali alat yang dihulurkan oleh Maira tadi. Terpekik Taufiq apabila Maira mencubit pehanya dengan kuat.
"Ya Allah abang ni pregnancy test lah! Saya mengandung! Maira mengandung la abang ni eee geram Maira tahu tak."
Kata Maira sambil menahan geram. Taufiq yang mendengar terus membulatkan kedua-dua matanya. Tangannya terus diletakkan di perut Maira.
"Dalam ni ada baby? Abang akan jadi ayah tak lama lagi? Serius lah sayang?"
Maira terus mengganggukkan kepalanya dengan penuh teruja. Haish baru sudah loading suaminya hahaha.
"Dah mulai hari ini, jangan buat kerja rumah lagi. Dah jom keluar, Maira cakap je Maira nak makan apa..."
Maira yang mendengarnya hampir terlompat kerana terlalu gembira. Dia terus memeluk tubuh Taufiq dan bibirnya tersenyum manis.
"Thanks sayang beri abang hadiah yang paling bermakna dalam hidup abang."
Kata Taufiq lalu mencium ubun-ubun Maira. Maira hanya tersenyum memandang muka suaminya yang terlalu teruja.
👑👑👑
"Congrats babe!"
Jerit Anggun dengan nada yang penuh dengan teruja. Maira yang asyik mengunyah terkejut apabila disergah oleh Anggun.
"Thanks babe. Macam mana kau tahu aku dekat shopping kompleks ni?"
Tanya Maira dengan pelik. Anggun hanya menunding jarinya ke arah Taufiq yang sedang tersenyum ke arah mereka. Manakala Danish masih lagi setia berdiri di sisi Anggun.
"Wahhh dah nampak baby bump lah..."
Ujar Maira dengan penuh teruja apabila perasan perut Anggun mula membesar. Anggun hanya tersenyum sambil menggosok perutnya yang mula membesar itu.
"Baby aku kuat makan tahu tak. Hari-hari dia suruh aku makan,"
"Baby kuat makan ke mommy dia yang kuat makan ni?"
Belum sempat Anggun habis bercakap, Danish terlebih dahulu mencelah. Anggun terus menjeling tajam ke arah Danish.
"Dah cepat duduk. Harini korang berdua makan je apa yang korang nak makan."
Taufiq mula mencelah perbualan mereka berdua. Anggun yang mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Taufiq terus tersenyum.
"Serius lah abang nak bagi sayang makan apa-apa je?"
"Iya sayang,"
Tanya Anggun lagi. Bukan selalu Danish memberi dia makan apa sahaja yang dia nak makan ni. Dia terus menarik tangan Danish menuju ke arah tempat letak pelbagai jenis makanan.
"Thanks Abang i luv u sooo muchhh. Bukan selalu abang bagi sayang makan apa-apa je ni hehehe so sayang tak boleh lepaskan peluang terbaik ini..."
"Hahaha i love u too sayang,"
Danish hanya menggeleng kepalanya melihat gelagat Anggun yang begitu teruja. Maira dan Taufiq hanya tersenyum memandang mereka berdua.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
AzioneMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...