"Ramainya..."
Kata Danish apabila melihat anak buah Syed Naufal yang begitu ramai sedang mengawal rumah banglo tersebut.
"Korang boleh bertindak sekarang. Ingat jangan sampai mereka semua perasan."
Arah Danish kepada semua anak buahnya yang berada di situ. Taufiq dan Ryan mula memasuki sebuah pintu di belakang banglo tersebut manakala Mike hanya menunggu di dalam kereta memerhatikan cctv rumah banglo tersebut.
"Tu depan kau!"
Kata Taufiq kepada Ryan yang sudah berada di hadapan. Belum sempat Ryan nak mengelak, Taufiq terlebih dahulu menembak kepala lelaki tersebut.
"Easy,"
Ujar Taufiq lalu mencium pistolnya. Ryan hanya tersenyum lalu meneruskan misi mereka. Lelaki tersebut sudah dipenuhi darah di kepala.
"Macam mana kau boleh masuk dekat sini?"
Terkejut Ryan dan Taufiq apabila seorang lelaki berbadan besar menegurnya. Belum sempat Taufiq mengelak, sebuah tumbukan hinggap di mukanya. Ryan mula menepis lelaki tersebut. Tepi bibir Taufiq mula berdarah dan pecah.
"Tak gentle la bro lawan macam ni."
Ujar Ryan lalu terus melepaskan tumbukan di wajah lelaki tersebut dan kakinya mula menyepak betis lelaki tersebut dengan pantas sehingga menyebabkan lelaki tersebut jatuh tersembam.
'BANG!'
Tanpa sempat lelaki tersebut bangun melawan Ryan, Taufiq terlebih dahulu menembak dada lelaki tersebut.
"Loser!"
Kata Taufiq lalu terus berjalan ke hadapan. Ryan di belakang hanya mengikutinya.
👑👑👑
Danish mula memasuki sebuah bilik yang terletak di hujung banglo tersebut. Pintu bilik dibuka dan matanya mula melihat Anggun sedang tidur bersandar di dinding sambil memegang perutnya.
"Sayang..."
Panggil Danish dengan lembut. Tangannya mula memegang perut Anggun. Muka Anggun diangkat dan bibir Anggun yang pucat dipandang dengan penuh kerisauan.
"A... abang?"
Soal Anggun tidak percaya. Matanya mula berair. Wajah Danish yang berlinangan airmata dipegang dan dia mula memeluk Danish dengan kuat.
"Sayang ok tak?"
Soal Danish risau. Sungguh airmatanya tidak dapat ditahan dari mula menitis apabila melihat keadaan Anggun yang tidak terurus. Anggun hanya menganggukkan kepalanya menjawab pertanyaan Danish.
"Wow!"
Kata Syed Naufal sambil menepuk tangannya apabila melihat Danish sedang berpelukan dengan Anggun. Anggun yang terkejut dan takut terus memeluk tubuh Danish dengan kuat.
"Macam mana kau boleh masuk dekat sini?"
Tanya Syed Naufal pelik. Setahunya rumahnya penuh dengan anak buahnya yang sedang mengawal. Danish memandangnya sambil senyum mengejek.
"Anak buah ramai tapi semua macam semut. Sekali pijak dah mampus."
Kata Danish sambil tersenyum sinis. Dia mula bangun dan Anggun ditinggalkan di belakangnya. Mike dan Ryan yang baru sahaja masuk terus menerpa ke arah Anggun.
"Aku yang bocorkan matlamat kita. Kalau kau nak hukum, kau hukum je aku and kau lepaskan diorang."
Kata Adriana yang tiba-tiba sahaja muncul di situ. Terkejut Syed Naufal apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Adriana.
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...