"Gah!"
"Mak aku jatuh tergolek ayam golek!"
Latah Ryan sebaik sahaja disergah oleh Hana. Dia yang baru sahaja keluar dari bilik mandi terus memandang Hana yang sudah ketawa tidak cukup nafas.
"Alalala kenapa ni bucuk-bucuk latah ni?"
Ryan terus memalingkan wajahnya ke arah lain tanda merajuk dengan Hana. Hana terus menggeletek Ryan sengaja menaikkan marah Ryan.
"Stop it dear. Kenapa riang pelik ni? Sebelum ni nak gurau sikit pun tak boleh tup tup harini dia sendiri yang nakal."
Kata Ryan sambil ketawa. Hana yang masih lagi dalam sisa tawanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Ryan terus mencubit manja hidung Hana.
"Aaa merah dah hidung orang."
Adu Hana sebaik sahaja perasan hidungnya sudah merah. Dia menjeling manja Ryan.
"Bila kita nak balik?"
Tanya Hana sambil membuat muka comel. Bosan dah dia honeymoon dekat Langkawi ni. Si Ryan terlalu caring. Nak ke situ tak boleh, ke sini tak boleh, asyik nak berkepit 24 jam.
"Bie tak puas lagi laa nak berkepit dengan bb. Minggu depan ya kita balik."
Terbeliak biji mata Hana sebaik sahaja mendengar ayat Ryan. Memang nak cukup sebulan ke honeymoon ni ?
"Takkan nak duduk sini sebulan kot. Bosanlah macamni."
Adu Hana sambil memuncungkan bibirnya. Tergelak Ryan memandang muka Hana.
"Haah memang nak duduk sebulan pun. Nak honeymoon sebulan dekat sini. Agak-agak nanti balik bb dah pregnant dah. Btw buat lah camtu kang ada yang kena cium nanti bie tak tahu."
Usik Ryan sambil tersenyum nakal lalu mengenyit mata ke arah Hana. Hana terus memukul bahu Ryan dan mengundurkan sedikit ke belakang. Kang kalau dekat nanti jadi benda lain naya!
"Tak boleh duduk lama-dekat sini. Saya nak tengok anak Maira."
"Macam mana keadaan Maira?"
Tanya Ryan. Sungguh mereka sangat terkejut apabila diberitahu Maira tidak sedarkan diri dan anaknya terpaksa ditahan wad.
"Tadi Anggun ada call pastu dia cakap yang Maira dah sedar and baby pun dah boleh keluar wad dah."
Jawab Hana sambil membayangkan muka anak perempuan Maira. Puteri Qhadeejah, nama secomel tuannya.
"Hah mengelamun!"
Hana terus menjeling Ryan. Bengang kerana Ryan kacau dia.
"Mengelamun apa tu?"
Tanya Ryan sambil mengangkat kedua belah keningnya. Hana tidak menjawab sebaliknya mengenyitkan sebelah matanya kepada Ryan.
"Eee ngada nya kamu!"
"Eee biarlah. Cantikkan anak Maira dan Taufiq? Eee geramnya. Tak sabar nak balik gomol-gomol nanti!"
Ujar Hana dengan penuh teruja. Memang tidak dinafikan, anak Maira dan Taufiq tersangat comel.
"Pastu bila kita nak ada anak kita sendiri ni?"
Hana terus membalingkan bantal ke arah muka Ryan lalu terus berlari menuju ke bilik mandi.
"Hana Basyirah!"
Hana tidak menjawab sebaliknya hanya tertawa. Ryan hanya menggelengkan kepalanya. Serius wajah Hana selalu terbayang dalam mindanya.
👑👑👑
Bunyi muzik yang mendayu sepanjang jalan itu membuatkan keadaan tenang dan tenteram. Matanya memandang sekeliling laut sambil tersenyum.
Tangan encik suami masih lagi setia digenggam. Hujung feri menjadi tempat pilihan mereka. Jauh daripada pelancong yang lain.
"Suka tak?"
Tanya Ryan menghilangkan suasana sunyi di antara mereka berdua. Hana memalingkan wajahnya memandang Ryan dan tersenyum manis.
"Thanks bawa saya nak feri. Rasa macam nyaman. Segala masalah yang ada pun rasa macam dah hilang dalam sekelip mata."
Hana mula membunyikan suaranya. Memandangkan ini kali pertama dia datang ke Langkawi, teruja dia tu lain macam. Lebih-lebih lagi ini kali pertama dia menaiki feri.
"My pleasure dear..."
Ryan terus memeluk pinggang ramping milik Hana dan Hana meletakkan kepalanya di dada milik Ryan.
Mereka mula memandang laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Burung-burung yang berterbangan juga menaikkan suasana romantik antara mereka berdua.
"Bie?"
Ryan terus memalingkan wajahnya memandang Hana. Hana yang dulu berbeza dengan yang sekarang. Sekarang ni memang manja dan perangai yang kasar tu pun dah hilang dah.
"Thank you so much for everything. I love you forever and ever."
Tersenyum Ryan mendengar ayat-ayat yang terpacul keluar dari mulut Hana. Dia mula menggosok rambut Hana.
"You're welcome. I love you too baby."
Hana terus menyorak mukanya di dada Ryan. Habis merah mukanya menahan malu. Ryan terus tertawa memandang Hana.
"Tadi dia yang sweet pastu sekarang ni dia pula yang malu. Sho cute la sayang."
Kata Ryan. Dia juga mengaku yang dia terlalu sayangkan Hana dan tidak sanggup kehilangannya. Hana yang masih lagi tersipu malu dipandang sambil tersenyum manis.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...