Tangan Maira lincah mengelap meja makan di kafe mereka. Manakala Hana sibuk menyusun cupcake yang akan dihantar ke rumah anak-anak yatim.
Pagi itu hanya mereka berdua yang bekerja memandangkan Anggun masih lagi berbulan madu bersama Danish.
"Maira, aku gerak dulu tau. Kau jaga kafe ni kejap. Lagi 30 minit aku balik."
Kata Hana sambil tangannya memegang beberapa kotak cupcake. Maira memalingkan muka memandang Hana dan dia terus menganggukkan kepalanya.
Pelanggan tidak henti-henti datang ke kafe mereka memandangkan ini hari minggu. Sedang sibuk dia melayan pelanggan, matanya tertacap ke arah satu kelibat yang dia kenal.
Dua orang pemuda mula melangkah ke arah kafenya dan berjalan menuju ke arahnya yang berdiri kaku di hadapan kaunter.
"Two chocolate cupcake and two cappuccino."
Kata Ryan lalu terus beredar menuju ke arah meja makan di dalam kafe tersebut. Taufiq di sebelah hanya bermain dengan telefonnya tanpa memandang Maira di hadapannya.
"Mana Hana?"
Tanya Ryan sebaik sahaja Maira meletakkan cupcake dan cappuccino di atas meja mereka.
"Hana keluar kejap pergi hantar cupcake dekat rumah anak yatim"
Kata Maira lalu terus beredar dari situ. Selang beberapa minit, Hana pulang dengan muka yang agak kepenatan.
"Hana, Ryan cari kau."
Terus terkejut dia mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Maira. Badannya yang tadi lembik kini kembali cergas.
"Apa mamat tu nak sampai ke sini dia cari aku?"
Monolog Hana di dalam hati. Dia mula memandang ke arah Ryan dan senyuman hambar dilemparkan kepada Ryan yang tersengih-sengih seperti kerang busuk memandangnya.
"Kau nak apa datang sini?"
Tanya Hana dengan dingin sekali. Maira di sebelah hanya memerhati mereka berdua. Matanya lebih tertumpu kepada Taufiq yang asyik bermain dengan telefon.
Entah mengapa hatinya berdegup dengan laju apabila memandang Taufiq. Taufiq mengangkat kepalanya memandang Maira dan mengenyit sebelah matanya kepada Maira.
Habis berbahang muka Maira dan dia terus menundukkan kepalanya lalu beredar dari situ meninggalkan Hana.
"Salah ke aku datang ke sini sayang?"
Jawab Ryan sambil matanya memerhati segenap inci muka Hana. Entah mengapa, baginya Hana memang menguji nafsunya.
"Sayang? Sejak bila aku jadi sayang kau? Kita pun baru je kenal."
Kata Hana dengan suara yang diperlahankan takut menganggu pelanggan dia. Jantungnya berdegup kencang apabila mata Ryan tajam menikam anak matanya.
"Aku pun tak tahu sejak bila kau jadi sayang aku tapi apa yang aku tahu soon you'll be my real sayang."
Jawab sambil tersenyum manis. Dia bertekad untuk menjadikan Hana isterinya. Hana terus berjalan meninggalkan Ryan. Makin lama dia di situ, makin malu dia dengan Ryan.
👑👑👑
'Tit... Tit... Tit... Tit...'
Mesin bantuan pernafasan yang makin lama makin perlahan membuatkan doktor-doktor lebih memantau keadaan Mak Leha.
Ya, sudah 2 minggu Mak Leha terlantar di hospital. Namun begitu, Anggun masih lagi tidak tahu akan keadaan Mak Leha.
Walaupun Mak Leha dibenci oleh seluruh kampungnya akan sikapnya yang sanggup menjual Anggun kepada tauke kelab malam demi melangsaikan hutangnya, namun orang kampunglah yang tidak henti-henti melawatnya.
Air mata mula mengalir keluar dari kelopak mata Mak Leha yang rapat terpejam. Doktor memberitahu bahawa Mak Leha koma dan peluangnya untuk bangun sangat tipis.
👑👑👑
"Kalau bukan sebab Hana, takdanya aku kena balik lewat malam. Dia tak tahu ke yang aku ni penakut."
Bebel Maira sambil berjalan menuju ke arah keretanya yang elok terpaking di hadapan kafenya. Sungguh, malam tu sangat sunyi membuatkan dia makin takut.
Hana meninggalkan dia berseorangan kerana terpaksa pulang awal apabila mendapat panggilan bahawa ada sedikit kecemasan.
Sedang dia asyik berjalan, anak kunci yang elok berada di tangannya terjatuh di atas jalan. Terus dia menundukkan kepalanya mencari anak kunci tersebut.
'Prakkk!'
Telinganya mendengar seperti orang memijak daun kering. Meremang bulu romanya apabila derap langkah makin lama makin kedengaran ditelinganya.
"Hai pretty."
Sapa seseorang dengan senyuman miang. Maira memandang pemuda tersebut atas bawah. Makin takut dia apabila di tangan pemuda tersebut terdapat sebilah pisau.
"Ka... kau nak apa da... dari aku?"
Kata Maira dengan terketar-ketar. Sungguh dia rasakan bahawa dunia sudah berhenti berputar. Airmata ketakutan mula laju turun membasahi kedua belah pipinya.
"Hey, sayang kenapa nangis ni? Nak abang peluk ke?"
Tanya pemuda tersebut sambil berjalan ke arah Maira. Makin kuat nafsu dia memandang bibir milik Maira.
Selangkah pemuda tersebut berjalan menghampirinya, selangkah itu jugalah dia mengundurkan dirinya ke belakang sehinggalah dia tersandar di sebuah bangunan.
Tangan pemuda tersebut naik menyentuh pipi dan juga bibir Maira. Pisau yang masih lagi elok terpegang di tangannya membuatkan Maira makin takut untuk melawan.
"Kau jerik, aku bunuh kau."
Bisik pemuda tersebut di telinga Maira. Tangannya mula memeluk pinggang ramping milik Maira.
Maira hanya memejamkan matanya sambil badannya tidak henti-henti untuk mengelak dari dipeluk. Dia hanya bertawakkal dan airmata makin laju turun membasahi pipinya.
'BUK!'
Belum sempat pemuda tersebut mencium bibir milik Maira, satu tumbukan singgah di pipi pemuda tersebut.
Ryan menumbuk pemuda tersebut dengan kuat sekali tanpa henti-henti. Taufiq terus berlari menuju ke arah Maira yang sudah terduduk di atas jalan.
"Datang ke sini and ambil bangsat ni ke markas."
Kata Ryan sebaik sahaja dia mendail nombor anak buahnya. Kemudian dia kembali memandang muka pemuda tersebut yang sudah hancur ditumbuknya. Selebihnya, biar Taufiq yang sambung.
"Kau okay tak?"
Tanya Taufiq dengan penuh kelembutan. Tangannya menyentuh bahu milik Maira yang sedang memeluk kedua lututnya sambil menangis.
"Ryan, kau call Hana biar datang sini jemput Maira. Aku rasa dia still trauma lagi ni."
Kata Taufiq sambil menggosok bahu Maira. Dia dan Ryan yang baru pulang dari kelab malam terkejut apabila terlihat Maira yang hampir dicabul oleh seorang bangsat.
"Te... terima ka... kasih."
Kata Maira sambil tersenyum manis. Sungguh dia bersyukur Ryan dan Taufiq datang menyelamatkan nyawanya. Dunianya bagaikan sudah berhenti berputar.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...