Majlis kesyukuran yang dibuat untuk Anggun di rumah Datok Raizal dan Datin Rania sudah dipenuhi oleh orang ramai dan sanak saudara dari jauh.
"Tahniahhh babe!"
Ucap Maira dan Hana serentak sambil memeluk Anggun. Sungguh, mereka tidak sangka yang Anggun dan Danish bakal dapat baby tidak lama lagi.
"Hehehe thanks korang. Nanti giliran kau pula Maira dapat baby..."
Ujar Anggun sengaja mengusik Maira. Maira hanya menjelingnya dan matanya terus memandang Hana yang masih setia berdiri disitu.
"Kau hana, cepatlah kahwin dengan Ryan tu,"
Seloroh Maira lalu mencuit bahu Hana. Ryan yang berada di situ sudah tersengih-sengih sambil tangannya naik menggosok belakang lehernya.
"Kau jangan nak sabitkan nama aku pula,"
Kata Hana dengan yang sedikit ditekankan. Geram dia melihat Anggun dan Maira yang asyik mentertawakannya. Ryan pun sama je suka mengusik dia.
"Dah malas aku layan korang. Aku lapar so, bye..."
Hana terus berjalan menuju ke bawah khemah makanan. Perutnya dari tadi memainkan lagu yang tiada rentak. Hana kelihatan ayu mengenakan baju kurung dan rambutnya yang panjang diikat toncang. Sesuai dengan Ryan yang turut mengenakan kurta berwarna biru.
Manakala Anggun hanya memakai dress berwarna pink yang sesuai untuk orang mengandung sepasang dengan Danish yang memakai kurta pink.
"Jom sayang makan, lapar laaa..."
Kata Taufiq lalu menarik tangan Maira menuju ke bawah khemah. Danish mula memalingkan mukanya memandang Anggun yang masih lagi setia berdiri di situ sambil sebelah tangannya memegang perutnya yang masih kempis lagi.
"Nak makan tak?"
Tanya Danish apabila matanya memandang Anggun yang kusyuk melihat makanan di situ. Dia tahu Anggun teringin nak makan semua benda di situ. Lapar lah tu hehehe.
"Nakkk!"
Laju Anggun menjawabnya. Dia terus menarik tangan Danish menuju ke bawah khemah. Tersengih Danish melihat perangai Anggun yang seperti kebudak-budakkan.
"Nak makan apa?"
"Semua boleh tak?"
Laju sahaja Anggun menjawabnya. Mukanya sengaja dicomelkan. Haish makin lama makin manja. Danish hanya mengikut sahaja kehendak Anggun.
"Takpa takpa, harini abang bagi sayang makan semua tapi next time no, no, no..."
Kata Danish yang melihat Anggun sedang menikmati kek coklat. Tangannya ditepis manja oleh Anggun apabila dia mula mengambil sebiji cupcake di dalam pinggan Anggun.
"Alaaa... Janganlah makan orang punya, awak ambil yang lain laa ni orang punya laaa..."
Kata Anggun lalu menarik pinggannya untuk dijauhkan dari Danish. Danish yang mendengarnya hanya terdiam. Kang kalau marah kang ada yang majuk pasni.
"Sokay sayang hehehe ada hari abang balas tau,"
"Balaslah werkkk tak takut..."
Danish terus membulatkan matanya melihat perangai Anggun yang mengusik dia. Anggun kalau dah makan memang dah tak layan dah apa yang ada di sekelilingnya.
"Erm pasni nak makan kfc lah. Takpun nak makan Mcd. Hmm, macam sedap je..."
Sengaja Danish mengusik Anggun. Anggun yang mendengarnya terus menghulurkan sebiji kek coklat kepada Danish sambil membuat muka comel.
"Pasni kita makan kfc dan Mcd boleh?"
Kata Anggun dengan penuh teruja. Makin lama makin berisi dia kalau hari-hari asyik nak makan je kerja. Danish hanya menjelirkan lidahnya memandang Anggun.
"Alaaa... Boleh la please, orang mengidam la tu la sape suruh sebut makanan tu kang dah mengidam dah."
"Iyaa nanti kita makan. But not today okay. Harini dah banyak dah sayang makan."
Anggun yang mendengarnya terus menganggukkan kepalanya. Mulutnya masih setia dengan makanan.
👑👑👑
"Mana Anggun?"
Tanya Maira apabila kelibat Anggun tiada di situ. Danish juga turut mencari Anggun yang dari tadi lagi hilang. Bimbang dia dengan Anggun yang tiba-tiba sahaja hilang dari situ.
"Sarah ada nampak Kak Anggun tak?"
Tanya Danish apabila melihat adik sepupunya yang dalam umur lingkungan 11 tahun keluar dari dapur. Sarah hanya menundung jarinya ke arah dapur.
"Ada dekat dapur. Kak Anggun cakap jangan bagitahu Abang Danish yang dia dekat dapur tapi Sarah nak bagitahu juga hehehe..."
Kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Sarah membuatkan Danish hairan. Mungkin Anggun sedang sembunyikan sesuatu darinya.
"Kak Anggun tengah buat apa dekat dapur? Dia sorang ke dekat situ? Ke ada orang lain lagi dekat situ?"
"Takda, Kak Anggun sorang je dekat situ. Abang Danish nak tahu tak yang Kak Anggun ambil asam banyakkk! Dia kata bukan dia yang nak makan tapi baby yang nak makan. Sarah cakap nak sikit tapi dia bagi satu je hehehe..."
"Haish nak kena ni..."
Kata Danish lalu terus berjalan menuju ke arah dapur. Matanya tertacap ke arah tubuh badan Anggun yang sedang menikmati asam.
"Hai sayang... Seronok makan, sedap ke? "
Anggun yang mendengar suara Danish terus berhenti mengunyah. Maira dan Taufiq yang melihatnya menahan daripada ketawa.
"Erm abang buat apa dekat sini?"
Jawab Anggun takut-takut. Takut dia dengan muka Danish yang sudah merah menahan marah.
Dia tahu Danish tidak membenarkannya makan asam. Tangannya mula menarik pinggan yang dipenuhi oleh asam sedikit jauh dari Danish.
"Seronok ke makan benda tu? Dah lupa apa yang abang pesan tadi?"
"Alaaa, maaflaaa... Dah cukup dah tak nak makan dah,"
"Iyalah taknak makan lah kalau dah dekat sepinggan yang kamu makan sayang oii."
Kata Danish lalu terus mengambil pinggan tersebut dan diletakkan di atas singki. Bulat mata Anggun melihat kelakuan Danish yang membazir.
"Ala membazirlah abang buat macam tu,"
"Dah jangan nak banyak cakap. Geram ni geram. Abang dah pesan kan jangan makan benda tu. Nanti sakit perut macam mana? Tak kesian dekat baby ke?"
Danish terus menarik tangan Anggun naik ke bilik tidur mereka. Anggun hanya mengikut sahaja langkah Danish. Memang tidak dinafikan yang muka Danish begitu garang.
Dah tidur cepat. Lewat dah sekarang ni. Abang ambil ubat angin sapu dekat perut tu jap..."
Kata Danish manakala Anggun hanya memejamkan matanya. Tangan Danish mula naik menyentuh perutnya lalu diurut perlahan-lahan. Satu kucupan singgah di perutnya dan di dahinya.
"Jadi anak yang soleh dan solehah ya."
Doa Danish sambil tangannya masih lagi setia mengurut lembut perut Anggun. Sungguh dia bimbang Anggun akan sakit perut makan asam yang banyak.
"Haish nasib sayang"
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...