💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 22

15.9K 644 19
                                    

"Macam mana kita nak mulakan rancangan kita?"

Tanya Adriana sambil menghempaskan punggungnya di atas meja. Makin lambat dia menjalankan misinya, makin stress dia melihat Danish bersama Anggun.

"Kau sabar sikit boleh tak? Aku nak buat kerja aku pun tak senang."

Kata Syed Naufal sambil menahan geram. Bising dia dengan perangai Adriana. Kertas yang berada di tangannya digenggam erat.

"Sabar, sabar, sabar... Lama dah aku sabar dengan kau ni."

Rungut Adriana lalu menghempaskan punggungnya di atas kerusi. Matanya hanya memandang Syed Naufal yang ralit melakar sesuatu di atas sebuah kertas.

👑👑👑

"Morning sayang..."

Kata Danish apabila melihat Anggun yang sedang mengikat rambutnya yang panjang itu. Anggun hanya tersenyum memandang Danish. Matanya dipejam menahan kesakitan.

"Are you okay?"

Tanya Danish lembut apabila melihat Anggun mengurut lembut ubun-ubunnya. Anggun mula menganggukkan kepalanya. Tangan Danish mula naik mengurut lembut kepalanya. Terpejam dia menerima urutan daripada Danish.

"Bila nak balik rumah mama? Anggun rindulah dekat mama dan papa. Anggun teringin nak makan masakan mama."

Anggun memujuk Danish supaya balik ke rumah Datin Rania dan Datok Raizal. Sungguh dia mengidam masakan mama.

"Alololo mengidam eh? Baby nak makan apa lagi?"

Tanya Danish sambil meletakkan kepalanya di perut Anggun lalu mengusap perut Anggun. Tersenyum Anggun melihat kelakuan Danish yang makin lama makin manja dengannya.

"Baby kata baby nak makan maggi. Boleh tak?"

Jawab Anggun sambil membuat muka comel. Tekaknya mahukan maggi sebagai sarapan pagi. Danish yang mendengarnya terus membulatkan matanya memandang Anggun yang tersipu-sipu malu.

"No sayang, maggi bahaya tau..."

"Tak tahu,"

Laju Anggun menjawabnya. Geram Danish melihat Anggun yang sudah membuat muka comel. Haish nasib sayang.

"Tak tahu? Sekarang ni dah tahu kan maggi bahaya so, tak boleh makan maggi mulai sekarang tau..."

Kata Danish dengan muka yang sedikit garang. Saja nak takutkan Anggun. Anggun yang melihat muka Danish hanya berlagak seperti biasa.

"Alaaa... Tadi tanya baby nak makan apa. Orang dah bagitahu la nak makan apa tapi dia tu tak bagi pula eee..."

Anggun menahan geram. Tadi tanya nak makan apa tapi bila kata nak makan maggi, tak boleh pula. Danish terus menggelengkan kepalanya sambil mengusap rambut Anggun.

"Dah jangan nak ngada-ngada eh. Pergi mandi cepat."

Pujuk Danish sambil memandang Anggun yang sudah memuncungkan mulutnya. Majuk la tu.

"Dah jangan nak muncung sangat mulut tu. Kang ada yang kena cium nanti baru tahu hehehe..."

Gurau Danish sengaja ingin mengusik Anggun. Anggun yang mendengarnya terus memutarkan kedua belah matanya ke atas. Kakinya terus diangkat menuju ke bilik air. Danish hanya tertawa melihat perangai Anggun yang macam kebudak-budakkan.

👑👑👑

"Morning mommy"

Sapa Maira sambil tersenyum manis. Datin Asmah yang sedang membasuh pinggan mangkuk mula memandang Maira yang tersenyum manis.

"Morning maira. Lena tidur?"

Kata Datin Rania sambil mengusik Maira. Habis merah muka Maira mendengarnya. Taufiq masih lagi lena dibuai mimpi.

"Mommy nak masak apa? Maira tolong buatkan..."

Kata Maira laju untuk menukar topik mommynya. Tersenyum Datin Asmah apabila melihat muka Maira yang merah menahan malu.

"Mommy ingat nak goreng nasi. Kamu tolong kupas bawang ni dan potong sayur-sayur ni boleh?"

"Boleh je,"

Kata Maira lalu mengambil bahan-bahan tersebut. Datin Asmah hanya memandang kelakuan Maira yang langsung tidak kekok membuat kerja-kerja tersebut.

***

"Wahhh!!! Wanginya bau. Mommy masak apa ni?"

Tanya Taufiq sambil memandang Maira yang menunduk menahan malu. Tersengih-sengih dia memandang Maira yang asyik mengelak daripada memandang mukanya.

"Isteri kamu masak nasi goreng harini."

Jawab Datin Asmah lalu meletakkan nasi goreng yang telah digoreng oleh Maira di atas meja makan. Air tea panas yang telah siap dibancuh oleh Maira juga diletakkan di atas meja. Roti goreng sosej bersalut telur sebagai pencuci mulut juga menarik perhatian Taufiq.

"Kenapa ni muka merah-merah?"

Usik Taufiq apabila muka Maira semakin merah. Datin Asmah hanya tertawa melihat pasangan raja sehari tersebut. Sorang suka mengusik, sorang lagi pemalu.

"Tak lama lagi mommy akan dapat cucu la ni?"

Tanya Datin Asmah sengaja mengusik Maira. Makin merah muka Maira apabila Datin Asmah mencuit bahunya. Taufiq yang mendengarnya terus tertawa.

"InsyaAllah fiq akan beri mommy cucu yang ramai hehe..."

Kata Taufiq lalu mengenyit matanya memandang Maira. Terbatuk Maira mendengarnya manakala Datin Asmah sudah turut ketawa mendengarnya.

"By the way, fiq ada benda nak cakap ni."

Kata Taufiq sambil membuat suara sedih. Mukanya sengaja dibuat sedih. Maira dan Datin Asmah pelik mendengarnya lebih-lebih lagi muka Taufiq yang sengaja disedihkan.

"Kamu ni kenapa?"

Tanya Datin Asmah panik. Maira juga turut bimbang akan Taufiq yang tiba-tiba sahaja sedih.

"Fiq nak cakap yang erm yang..."

"Yang apa yang? Eee geramlaa mommy dengan kamu ni..."

"Fiq nak cakap yang Anggun dan Danish bakal dapat baby tak lama lagii! Anggun pregnant!"

Kata Taufiq sambil bersorak. Suka dia apabila bakal dapat anak buah tak lama lagi. Datin Asmah dan Maira yang mendengarnya tersenyum lebar.

"Hehehe sorry buat suspen tadi..."

"Nasib baik senduk ni tak kena dahi kamu haishh sokay, kamu berdua pun janji dengan mommy kena bagi mommy cucu tak lama lagi."

"Oyaittt."

Belum sempat Maira menjawab, Taufiq terlebih dahulu menjawabnya. Geram dia dengan perangai Taufiq yang tersengih-sengih memandangnya.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now