Kereta Alphard milik keluarga Danish berhenti betul-betul di hadapan kafe milik Anggun dan kawan-kawannya. Habis pujuk rayu dikeluarkan oleh Anggun supaya Danish tidak menghantarnya ke kafe.
Anggun mula melangkah masuk ke dalam kafe tersebut dengan penuh debaran. Sudah lama dia tidak jejakkan kakinya di kafe tersebut.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam."
Jawab Hana dan Maira serentak sambil memusingkan badan mereka kebelakang untuk melihat gerangan yang memberi salam tersebut. Manakala Anggun mula mengigit bibir bawahnya menahan airmata daripada menitis.
"Anggun?"
Tanya Maira sambil menekupkan tangannya di mulut sambil menjerit kecil. Manakala Hana di sebelah sudah terlopong memandang Anggun. Waktu di kafe tersebut masih pagi jadi hanya sedikit pelanggan yang datang.
"Anggun! Aku rindu kau lah babe!"
Jawab Hana sambil berlari ke arah Anggun. Maira juga turut berlari dan memeluk pinggang ramping milik Anggun.
Airmata yang dari tadi ditahan akhirnya jatuh membasahi pipinya yang gebu. Habis basah muka Anggun dengan linangan airmata yang dari tadi ditahan.
"Kau pergi mana Anggun? Puas aku dan Maira cari kau."
Jawab Hana sambil mengesat matanya. Pandangan pelanggan disitu sudah tidak dihiraukan lagi. Maira di sebelah hanya membiarkan Hana bercakap dengan Anggun.
"Panjang cerita dia. Kalau aku cerita, sampai ke esok tak habis."
Tercebik Hana dan Maira yang mendengarnya. Tersenyum kecil Anggun melihat gelagat mereka berdua.
"Nanti aku cerita dekat korang. Sekarang ni aku nak lepaskan rindu dekat korang. Dah 2 minggu kita tak jumpa."
Terus Maira dan Hana tersenyum senget. Anggun yang melihat senyuman tersebut merasa menyampah.
"Korang ni dah kenapa? Mulut tu senyum lain macam je aku tengok."
Tanya Anggun sambil memukul bahu kedua sahabatnya. Geram betul dia dengan kawan mangkuk dia ni.
"Anggun, jom balik rumah sewa kitorang. Kau boleh lepak dekat situ. Lepastu, kau bolehlah cerita dekat kitorang apa yang dah jadi."
Pujuk Maira sambil memegang tangan Anggun. Serba salah Anggun dibuatnya. Bukan apa, dia tahu yang Danish tak akan izinkan dia keluar ke mana-mana sahaja.
"Tapi, aku kena bagitahu Danish dulu pasal ni."
"Danish? Siapa Danish?"
Jerit Hana dengan kuat. Habis pelanggan yang berada di situ memandang mereka. Anggun terus memukul bahu Hana sambil menjelingnya dengan tajam.
"Kau boleh perlahan sikit tak? Malulah orang dengar."
Marah Anggun sambil mencebik. Habis merah mukanya apabila Hana menyebut nama Danish dengan kuat.
"Ok fine! Baik kau bagitahu kitorang siapa Danish. Ke dia tu suami kau?"
Terkedu Anggun dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Anggun. Manakala Maira sudah mengelengkan kepalanya dengan perangai selamba Hana.
"Dahlah, Aku nak pergi kat dapur. Rindu nak buat kek. Dah lama tangan aku ni tak buat kek."
Anggun terus berjalan meninggalkan mereka berdua. Terlopong kedua-duanya dengan perangai Anggun yang sewel.
"Siap kau Anggun!"
Jerit Hana dan Maira serentak. Mereka terus menyambungkan kerja mereka yang tergendala dari tadi. Anggun sudah tersenyum puas kerana dapat mengenakan mereka berdua.
👑👑👑
Masuk sahaja ke dalam rumah milik Hana dan Maira, terus pintu dikunci oleh Hana. Bukan apa, manusia zaman sekarang bukan boleh percaya sangat.
"Rindu gila aku dekat rumah ni. Selalunya setiap hari aku akan datang selepas habis bekerja."
Anggun terus menghempaskan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu. Rambutnya yang panjang dibiarkan terlepas.
"Aku nak kau cerita dekat aku apa yang dah jadi dari awal sampai akhir."
Mengeluh Anggun mendengarnya. Kalau boleh, dia nak lupakan apa yang dah jadi ke atas dirinya. Kejadian tersebut memang mimpi ngeri baginya.
"Okay tapi dengan satu syarat, korang hanya boleh mencelah hanya selepas aku habis bercerita."
"Baiklah."
Jawab Hana dan Maira serentak. Segelas milo panas berada di hadapan mereka yang dibuat oleh Maira.
Anggun mula menceritakan apa yang dah terjadi ke atas dirinya dari awal sampai akhir. Menangis Hana dan Maira yang mendengarnya kerana kesian memikirkan nasib Anggun yang begitu malang.
"So, sekarang ni kau tinggal dengan keluarga Danish? Diorang ke yang jaga kau selama ni?"
Tanya Maira sehabis sahaja Anggun menyudahkan ceritanya. Anggun yang mendengarnya terus menganggukkan kepalanya mengiakan apa yang diberitahu oleh Maira.
"Selama ni, diorang yang tengok-tengokkan keadaan aku. Aku banyak terhutang budi dengan keluarga mereka. Aku tak tahu macam mana nak balas jasa baik mereka."
Jawab Anggun sambil mengesatkan air matanya. Sejujurnya, dia masih takut dan trauma akan kejadian tersebut tetapi dia harus menguatkan dirinya. Benda dah lepas buat apa nak kenang?
"Dahlah, Kita tukar topik nak?"
Celah Maira sambil memberi isyarat kepada Hana tanda untuk menukar perbualan tersebut. Hana terus menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan keputusan Maira.
👑👑👑
Kereta yang dipandu oleh Mak Leha mula memasuki garaj rumah miliknya. Dia baru sahaja pulang daripada membeli barang-barang dapur.
Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat pintu rumahnya terbuka dengan luas. Terus dia berlari menuju ke dalam rumahnya.
Jantungnya hampir gugur melihat keadaan rumahnya yang tidak ubah seperti rumah tiada penghuni. Perabot-perabot tunggang-langgang di sana sini.
"Allahuakbar! Kerja siapa ni?"
Monolog Mak Leha di dalam hati sambil mengurut dadanya. Terketar lututnya apabila melihat ada kertas yang dilekatkan di tv miliknya.
Dengan penuh debaran, dia berjalan ke arah tv tersebut untuk melihat isi di dalam kertas tersebut.
Terketar-ketar tangannya membelek kertas tersebut. Mulutnya mula membaca isi di dalam kertas tersebut. Lututnya mula lembik dan dia jatuh terduduk di atas lantai dengan keadaan yang penuh ketakutan.
'Aku akan pastikan hidup kau merana perempuan tua tak guna! Kalau aku tak dapat anak kau, aku akan bunuh kau! Siap kau orang tua yang bakal mati!'
Isi kandungan tersebut telah membuatkan Mak Leha ketakutan. Ayat-ayat tersebut ditulis dengan menggunakan darah dan bau hanyir telah meloyakan tekaknya.
***
Di sebalik jalan, Joshua mula memerhati gerak-geri Mak Leha melalui cctv yang dipasang di rumah Mak Leha secara senyap-senyap.
"Kau dah buat apa yang aku suruh?"
Tanya Joshua melalui telefon. Dia yang menyuruh anak buahnya membuat kerja tersebut.
"Semuanya sudah beres bos."
"Bagus, Nanti aku bagi upah korang semua."
"Terima kasih bos."
Habis sahaja perbualan tersebut, terus sahaja telefon miliknya dicampakkan ke seat sebelah.
Hatinya puas kerana dapat menyakiti Mak Leha. Dia tidak berani untuk menganggu Anggun kerana takut akan Danish Rafiqi.
Mendengar sahaja nama Danish, terus sahaja bulu romanya meremang. Dia menggantikan Mak Leha bagi membalas dendam terhadap Anggun.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...