"Arghhh! Heaven!"
Tempik dua beradik dengan kuat sekali apabila mereka selamat sampai ke Malaysia. Masing-masing cantik dan segak dengan pakaian yang tersarung di tubuh keduanya.
"Along, mana Danish ni? Batang hidung dia pun aku tak nampak."
Kata Tengku Nasha Iman atau lebih dikenali sebagai Nasha, mula mengadu keletihan apabila dalam kepalanya hanya memikirkan tentang tidur. Penat apabila seharian naik kapal terbang dari Egypt ke Malaysia.
"Entahlah. Aku pun penat dah ni. Biasalah pengantin baru kena lah cantik-cantik."
Jawab Tengku Iqbal sambil menghirup air di dalam gelas di tangannya. Manakala Nasha sudah menongkat dagunya sambil memerhati kawasan sekeliling KLIA 2.
"Hey bro and sis! Long time no see! Makin kacak and cantik korang berdua sekarang ni."
Sapa Danish apabila dia sampai di lapangan terbang tersebut. Anggun di sebelah hanya memerhati kerana dia langsung tidak mengenali Nasha dan Iqbal.
"Kepala otak kau long time no see. Yang kau lambat ni kenapa? Penat aku dan Nasha tunggu sampai berjanggut."
Marah Iqbal sambil mengetuk kepala Danish. Dia dan Danish sebaya sama seperti Ryan dan Taufiq. Manakala Nasha lebih muda 2 tahun dari mereka.
"Hehehe, rilek ahh bro! Tadi jalan jem sikit tu yang aku lambat."
Jawab Danish sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tangannya naik memeluk pinggang ramping milik Anggun.
"Eh bisinglah korang berdua ni! Aku hempuk baru tahu. Danish, kau tak nak kenalkan ke wife kau dekat kami?"
Tanya Nasha sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Dari tadi dia hanya memerhati wajah cantik milik Anggun. Sungguh, dia tidak nafikan yang Anggun memang cantik.
"Suka hati akulah. By the way, kenalkan ni wife aku Anggun Qhairah yang cantik lagikan molek just like me, a handsome guy in the world!"
Kata Danish lalu memperkenalkan Anggun sambil sempat memuji dirinya sendiri. Nak termuntah Anggun apabila dengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Danish.
"Wah! Cantik nama just like her person. Btw, my name is Tengku Nasha Iman and you can call me Nasha. This is my brother, Tengku Iqbal and you can call him Iqbal."
Kata Nasha sambil memperkenalkan dirinya. Anggun mula berjabat tangan dengan Nasha manakala dia hanya melemparkan senyuman kepada Iqbal.
"By the way, you can call me 'abang' Iqbal."
Celah Iqbal sambil mengangkat kedua keningnya. Dia sengaja menguji kesabaran Danish. Anggun hanya tertawa melihat muka Danish yang kemerahan menahan marah.
"Kau jangan berani nak suruh bini aku panggil kau abang. Kalau tak, habis lunyai kepala kau."
Marah Danish sambil mengenggam tangan Anggun dengan erat. Habis terletus tawa dari mulut Iqbal yang dari tadi lagi ditahannya. Nasha di sebelah sudah menggelengkan kepalanya melihat perangai abangnya yang seperti kebudak-budakkan.
"Dah balik sebelum aku tinggal korang dekat sini."
Kata Danish lalu berlalu meninggalkan Iqbal yang sedari tadi mentertawakannya. Tangannya memegang erat tangan Anggun dan menariknya keluar dari KLIA 2 tersebut.
👑👑👑
Harini genap seminggu Anggun dan Danish tinggal di rumah mereka sendiri. Anggun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Makan, minum, pakai suaminya semua cukup.
Pinggan mangkuk yang kotor di dalam singki dibasuh oleh Anggun sesudah sahaja menjamu selera bersama Danish.
"Kau tak siap lagi ke?"
Tanya Danish apabila melihat isterinya masih sibuk di dapur. Terkejut Anggun akan tindakan drastik Danish yang memeluk pinggangnya.
"Awak keluarlah dulu, saya nak kemaskan meja lepastu saya nak mandi."
Tersenyum Danish apabila Anggun hanya membiarkan pelukan tersebut. Selalunya pantang disentuh pasti naik angin. Malu konon!
"Jom! Aku teman kau mandi."
Ajak Danish dan menarik tangan Anggun. Anggun mengeraskan badannya apabila Danish menariknya menuju ke tingkat atas.
"Taknak. Saya nak mandi sendiri."
Jawab Anggun lalu terus berlari meninggalkan Danish. Makin geram Danish akan sikap Anggun yang seperti
kebudak-budakkan.***
Anggun yang dari tadi selesai mandi mula mundar-mandir di dalam bilik mandi. Hanya kain tuala separas lutut yang terlilit di badannya. Dia terlupa membawa baju masuk ke dalam bilik mandi.
Pintu dibuka secara perlahan-lahan dan matanya mula mengintai di segenap ruang bilik mencari kelibat Danish.
"Baik aku keluar cepat sebelum Danish masuk bilik. Naya aku kalau dia tengok aku seksi macam ni."
Monolog Anggun di dalam hatinya lalu kaki mula melangkah keluar dari bilik air secara perlahan-lahan.
"Kau ni dah kenapa? Kau tak bawa baju kau ke?"
Tegur Danish sambil mengenyit matanya ke arah Anggun. Habis merah muka Anggun apabila dikenyit mata oleh Danish. Tangannya mengenggam erat kain tuala yang tersarung ditubuhnya.
"Errr... Sejak bila awak ada dekat balkoni tu?"
Tanya Anggun dengan takut-takut. Dia langsung tidak perasan akan Danish yang sedang berdiri dibalkoni sambil merenungnya dengan pandangan yang pelik.
"Sejak aku tengok kau pakai pakaian menggoda. Aku sempat jugalah tengok kau yang dah macam kepala zirafah sebab asyik intai celah pintu."
Jawab Danish lalu menyalakan putung rokok dan asap mula berkepul-kepul keluar. Habis terbatuk Anggun kerana seumur hidup dia, dia tidak pernah menyentuh putung rokok kerana dia alergik dengan rokok. Nanti tak pasal-pasal habis gatal satu badannya.
"Kau ni dah kenapa? Dari tadi terbatuk-batuk, kau ok ke tak?"
Tanya Danish dengan pelik apabila melihat Anggun yang sedari tadi asyik terbatuk-batuk. Dia mula berjalan menuju ke arah Anggun dan menggosok belakang Anggun.
"Saya alergik dengan asap rokok. Nanti habis gatal badan saya."
Jawab Anggun lalu terus berlari keluar bilik meninggalkan Danish berseorangan. Dia harus segera keluar dari bilik tersebut sebelum bintik-bintik merah naik di badannya.
Danish terkejut akan tindakan spontan Anggun yang berlari meninggalkannya begitu sahaja. Dia mula memandang rokok di tangannya dan terus membuangnya ke dalam tong sampah.
"So, lepasni aku dah tak boleh hisap rokok depan Anggun? Aduh matilah aku."
Monolog Danish sendirian sambil berjalan turun ke tingkat bawah untuk mencari Anggun.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
AcciónMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...