💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 11

20.3K 857 38
                                    

Meja makan rumah Datok Raizal penuh dengan sanak saudara yang masih belum pulang. Anggun dan Danish mula melabuhkan punggung mereka di atas kerusi meja makan.

"Danish, pukul berapa kamu nak pindah? Barang-barang semua dah simpan?"

Tanya Datin Rania sambil menghulurkan nasi kepada Anggun. Terangkat kening Anggun apabila Datin Rania menyebut perkataan pindah.

"Pindah? Siapa yang nak pindah mama?"

Tanya Anggun pelik. Datin Rania sudah membulatkan matanya kepada Danish. Geram dengan sikap Danish kerana tidak memberitahu Anggun.

"Bertuah punya budak! Kamu tak cakap dekat Anggun ke yang korang akan pindah?"

"Tak lagi mama. Tak sempat hehehe."

Takut-takut Danish menjawab soalan mamanya. Datin Rania bukanlah garang sangat tapi kuat berleter. Dia pun satu, tak ingat langsung nak beritahu Anggun soal pindah ni.

***

'Pakkk!'

Anggun yang sedang membasuh pinggan kotor di singki terkejut apabila ditampar kasar di bahu oleh Bella, sepupu Danish.

"Awak nak apa?"

Tanya Anggun sambil menahan sabar. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia hentak kepala Bella di singki.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari Danish, boleh?"

Jawab Bella sambil menarik rambut panjang milik Anggun. Anggun memejamkan matanya menahan kesakitan. Rambutnya bagaikan nak tercabut dari kepala.

"Ta... tapi kau tak ada hak nak halang aku. Dia tu suami aku bukan suami kau."

Jawab Anggun dan dia menepis tangan Bella dengan kuat. Biarlah dikatakan biadap tapi Bella tiada hak nak halangnya.

"Eh perempuan! Berani kau nak lawan cakap aku. Kau still tak tahu ke yang aku ni girlfriend Danish? Hari-hari Danish layan aku! Kau ni bukannya suci sangat pun, entah-entah dah kena tebuk."

Tengking Bella dengan kuat. Dia mencengkam pipi Anggun dengan kuat sehinggakan airmata mula mengalir di pipi Anggun.

"Mulut kau jaga sikit eh! Kau tak boleh fitnah sesuka hati kau. Aku still tahu mana yang halal and mana yang haram. Bukan macam kau tu."

Anggun turut menengking Bella. Nasib baik kesemua ahli keluarganya berada di luar rumah termasuklah Danish. Dia bukannya lembik sangat nak marah orang yang dah hina maruah dia.

"Suka hati kau lah perempuan. Tapi kau kena ingat yang Danish dah berjanji akan berkahwin dengan aku lepas sahaja dia ceraikan kau."

Jawab Bella lalu berjalan meninggalkan Anggun sambil melanggar bahu Anggun dengan kuat. Airmata Anggun mula laju membasahi pipi. Dia takut yang Danish akan ceraikan dia.

"Bella? Kau buat apa dekat sini?"

Tanya Danish pelik apabila dia melihat Bella keluar dari dapur sambil tersenyum. Terkejut bukan main Bella apabila Danish merenungnya dengan tajam.

"Nothing dear. I nak balik dulu. Bye."

Jawab Bella sambil memberikan flying kiss kepada Danish. Danish yang melihatnya sudah naik muak dengan perangai Bella yang tergedik sana sini. Bukan dia tidak tahu yang Bella bekerja sebagai pelayan di kelab malam.

"Anggun? Kau kenapa nangis ni? Kau ok tak?"

Tanya Danish pelik apabila dia terlihat Anggun yang sedang menangis di tepi meja dapur. Tangannya naik mengelap airmata milik Anggun.

"Takpa, saya ok."

Jawab Anggun sambil menepis tangan Danish. Dia langsung tidak memandang muka Danish. Dia mula mengangkat punggungnya lalu berlalu pergi dari situ.

"Kau ni dah kenapa? Kau ok tak?"

Tanya Danish sekali lagi. Dia memegang tangan Anggun dari pergi dari situ. Pelik dia tengok Anggun yang tiba-tiba sahaja menangis.

"Please, tolong lepaskan tangan saya."

Rayu Anggun dengan linangan airmata. Dia sudah tidak tahan dengan Danish apabila mengetahui yang sudah banyak perempuan yang Danish layan dan dia tak nak jadi salah satu daripada mereka.

"Bella."

Satu nama mula terpancul keluar dari mulut Danish. Nama yang selalu membuat manusia jadi huru-hara lebih-lebih lagi dia yang baru sahaja berkahwin.

👑👑👑

Pintu kereta Audi A8 miliknya dihempas dengan kuat. Hatinya masih rungsing kerana memikirkan tentang keadaan Anggun yang banyak mendiamkan diri dan makanan langsung tidak dijamah oleh Anggun. Dia sekarang berada di markasnya kerana ada hal yang perlu diselesaikan.

"Kau kenapa bro? Muka pelik semacam aku tengok."

Soal Taufiq sambil bermain dengan pisau rambo di tangannya. Ryan di sebelah sudah menjongketkan keningnya kearah Mike yang juga turut pelik dengan kelakuan Danish.

"Aku tengah serabut ni. Aku tak tahu lah apa yang si sundal Bella beritahu Anggun sampaikan muka aku pun Anggun taknak pandang."

Jawab Danish sambil menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Anak buahnya yang berada di situ sudah menundukkan kepala mereka kerana gerun melihat pandangan maut boss mereka.

"Apa yang si sundal tu buat?"

Tanya Ryan lebih kepada mengorek cerita. Dia dan Taufiq tahu semua tentang Bella dan pekerjaan Bella. Mike di sebelah hanya menadah telinga kerana dia kurang mengenali Bella.

"Entah aku tak pasti tapi lepas je dia bercakap dengan Anggun, Anggun terus menangis."

Jawab Danish sambil mengurut kepalanya yang sudah mula pening. Kalau ikutkan hati, sudah berlubang kepala si Bella tapi mengenangkan Bella adalah sepupunya, terus tak jadi.

"Apa kata kau culik Bella datang sini and kau tanya Bella apa yang dia dah buat. Takpun kau tanya je bini kau apa yang bella cakap."

Taufiq mula bersuara mengeluarkan idea. Mike dan Ryan di sebelah sudah menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan idea Taufiq.

"Kalau aku tanya bini aku, memang kesudah dia tak akan jawab. Tapi, kalau culik Bella, aku rasa bernas juga idea kau tu."

Jawab Danish sambil tersenyum senget. Dia sudah tidak sabar nak soal siasat Bella. Disebabkan Bella, Anggun sudah tidak mahu bercakap dengannya.

"So, aku nak kau arahkan anak buah aku nanti supaya culik Bella secepat yang mungkin. Aku nak balik sebab nak teruskan misi memujuk bini aku."

Jawab Danish lalu berlalu dari situ. Dia hanya membiarkan Ryan dan Taufiq yang menguruskan hal tersebut. Jadi, dia hanya bermain dengan darah apabila semuanya sudah selesai.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now