Sleep With The Devil
|| Accident ||
====
" Halmeonie ~ "
Kepala aku julurkan dipintu dapur , senyuman cerah aku ukiran setelah itu . Namun senyumanku mati bila melihat nenekku sedang duduk dikerusi meja makan , tangan kiri mengusap dada dengan wajah berkerut .
Dengan langkah tergesa , aku menghampiri nenek lalu mengusap bahunya lembut . Nenek tersedar dan dia cuba mengukir senyuman namun aku tahu yang dia takkan mampu kerana bibirnya sudah pucat .
Aku mengigit bibir lalu melangkah ke rak yang berada dibelakang aku . Membuka rak itu lalu mengambil satu botol ubat . Aku mulai resah bila melihat didalam tak itu hanya tersisa satu botol saja lagi .
Menutup mata , aku cuba menghembuskan nafas untuk menenangkan keresahan yang melanda hati . Aku cuba menaikkan kedua sudut bibir aku hingga membentuk sebuah senyuman .
Perlu menyembunyikan raut wajah kerisauan aku kerana aku tahu yang nenek pasti akan susah hati jika melihat aku dalam keadaan begitu .
Aku menuang air putih ke dalam gelas dan menghampiri nenek yang masih setia duduk , tangan diam - diam masih mengurut dada .
" Igeo . Ni mesti halmeonie lupa makan ubat semalam kan ? "
Nenek tersenyum , tidak menjawab . Dia mengambil botol ubat , menuang dua biji pil ke tapak tangan lalu meneguk keduanya sekaligus . Aku hulurkan gelas air yang aku pegang dan nenek mengambilnya .
Aku menepuk perlahan belakangnya bila dia sedikit terbatuk . Tangannya yang kasar dan berkedut aku raih lalu kugenggam kemas .
" Halmeonie rehatlah . Janice kena pergi kelas . "
Nenek mengeleng , gelas diletakkan diatas meja .
" Tapi Janice belum sarapan . Tak apa , biar Halmeonie buatkan sarapan dulu , lepastu Janice pergi kelas ya ? "
Aku mengelengkan kepala , tersenyum . Sengaja aku melihat jam tangan yang melingkari pergelangan tangan aku .
" Janice sebenarnya dah lambat . Nanti Janice sarapan dekat U sajalah , Halmeonie . Annyeong ! Jangan lupa rehat ! "
CUP !
Aku mengecup pipi nenek , meraih tubuhnya untuk dipeluk lalu aku berlari keluar dari rumah kecilku .
Tepat ketika aku sampai ke perhentian bas yang berada dihujung lorong rumah aku , sebuah bas awam berhenti dan aku terus masuk ke dalamnya lalu mengambil tempat duduk .
Aku melihat jam ditangan , pukul 8 pagi . Masih ada waktu lagi 30 minit sebelum ujian kenaikan kelas bermula .
Ujian ini sangat penting untuk aku . Jika aku lulus ujian ini , aku akan lompat satu semester dan aku akan berjaya habiskan study hanya dengan dua semester sedangkan biasanya memerlukan 3 semester untuk lulus dalam bidang undang - undang ini yang mengambil masa selama 3 tahun .
Aku dapat kurangkan setahun dan akan lulus setahun lagi jika berjaya dalam ujian ini .
Satu sebab mengapa aku mahu cepat lulus adalah aku ingin bekerja dan membiayai kos rawatan nenek kerana kesihatannya semakin teruk dan hanya bergantung pada pil yang tidak seberapa . Pil yang berjaya mempertahankan jantungnya namun ginjalnya pula yang mulai bermasalah .
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ] | 김태형
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] Keguguran namun seumur hidup tidak pernah disentuh oleh mana - mana lelaki. [Kim Taehyung Fanfiction] _____ [ 18+ untuk kata - kata kasar dan kotor serta babak yang menjurus ] « Dilarang menciplak nama dan jalan cerita » « In...