.• SLEEP WITH THE DEVIL •.
[ LIMA PULUH EMPAT ]
============
Even If Against The Wall
============::::::::::::
"Bagi salam dekat papa, Miya, Aiden."
Kedua kanak-kanak kembar tak seiras berumur 4 tahun setengah itu mengedipkan mata mereka apabila ibu mereka menghadapkan tubuh mereka dihadapan sebuah gundukan tanah.
"Hai, papa ! Miya tak tahu pula papa main sorok-sorok dalam tanah ni hehe! Auch !"
Miya menjeling abangnya yang sesuka hatinya saja menyiku pinggangnya. Aiden menghelakan nafas dan diam-diam mengerling ke arah ibu mereka yang sedari tadi menunduk setelah mendengar kata-kata Miya.
Miya yang sedar kata-katanya mengguris hati ibunya pun mengigit bibir dan kaki kecilnya melangkah mendekati sang ibu lalu memeluknya erat.
Aiden merenung tanah dihadapannya dan sesaat kemudian menutup mata.
' Kembalilah, papa. Kami semua perlukan papa, lagi-lagi mama..'
Janice melihat Jungkook yang membawa anak-anaknya menunggu didalam kereta sementara dia menyapa suaminya. Setelah yakin anak-anaknya sudah menjauh, Janice melutut dihadapan gundukan tanah basah itu.
Kubur yang dia buat untuk Demian walaupun tiada jasd Demian didalamnya.
Kubur yang dibuat atas dasar rindu yang menggebu dan tempat dia melampiaskan segalanya sejak lelaki yang bergelar suami tewas dipangkuannya.
"Walaupun selepas seribu tahun berlalu, saya tetap akan tunggu awak, Demian. Saya akan tetap yakin Tuhan akan menyatukan kita semula kerana saya tahu, awak adalah lelaki yang dikirimkan oleh Tuhan untuk hapus segala duka dihati dan lebarkan senyuman serta tawa saya.."
Pipi yang basah, Janice seka menggunakan belakang tapak tangan. Sudut bibirnya terangkat membentuk sebuah senyuman.
"Saya tunggu awak. Jangan buat saya tertunggu lama ya, suami Janice ?"
Hembusan angin yang menyapa wajah sebagai balasan buat Janice tersenyum teduh.
----------
"Miya nak tocang ! Oppa tahu tak tocang tu macam mana ? Eiii Mama ! Tengok abang ni dia buat rambut Miya macam penyapu jiran sebelah !"
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ] | 김태형
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] Keguguran namun seumur hidup tidak pernah disentuh oleh mana - mana lelaki. [Kim Taehyung Fanfiction] _____ [ 18+ untuk kata - kata kasar dan kotor serta babak yang menjurus ] « Dilarang menciplak nama dan jalan cerita » « In...