00 : 52

7.1K 1K 355
                                    

Sorry lambat :(

.• SLEEP WITH THE DEVIL •.

[ LIMA PULUH DUA ]


===========
Gone
===========

Yuqi memicit dahinya yang sudah berdenyut tak berhenti. Bahunya diusap perlahan oleh Nathan agar wanita itu tidak terlampau stress.

Pintu rumah yang terhempas tadi kembali terbuka oleh seseorang buat keduanya menoleh ke arah pintu itu.

Nathan mengerutkan dahi melihat seorang lelaki asing dengan tergesa - gesa menghampiri Yuqi dan memeluk wanita yang dia cintai itu erat.

Nathan melangkah setapak ke belakang, merasakan dadanya sesak apabila melihat Yuqi menyamankan diri didalam pelukan lelaki yang berperwatakan tinggi dan tampan itu.

"Apa dah jadi Yuqi ? Kenapa Janice berlari tergesa - gesa dengan wajah pucat ?"

Yuqi melepaskan pelukan itu dan mendongak, iris biru itu sudah bergenang akan air mata yang tunggu masa saja mahu tumpah.

"Y-Yuqi gagal.. hiks.."

Wajah lelaki dihadapannya itu melembut, mengusap kepala Yuqi pelan lalu dia mengelengkan kepala.

"Walau apapun yang dah jadi, saya tahu Yuqi pasti dah usaha jagakan Janice."

Bibir merah Yuqi sedikit tercebik, tidak menyetujui kata - kata lelaki itu.

"Jan-Janice panik sebab Demian menghilang. Tuan tahu kan yang Demian dah kehilangan kuasa dia dan tubuh dia sudah seperti manusia biasa?"

Dengan dahi berkerut lelaki yang bernama Seokjin itu mengangguk. Menghelakan nafas, mata Seokjin beralih kepada Nathan yang setia terdiam melihat pemandangan dihadapannya itu.

"Yuqi dan Nathan pergi cari Demian dekat istana Hades. Mana tahu Hades bawa Demian balik. Saya akan cari Janice. Takut dia terlampau emosi dan tak dapat kawal diri."

Yuqi menganggukkan kepala dan menarik tangan Nathan yang semakin tercengang, hairan apabila lelaki ini tahu nama dia.

"Siapa--"

"Aish nanti aku beritahu. Sekarang yang penting kita kena buat apa yang Zeus minta dulu."

Mata Nathan terbeliak namun Yuqi menghiraukannya dan menarik tangan lelaki itu lalu keduanya menghilang.

Seokjin berlari keluar dari rumah sederhana itu, mengingat kembali arah yang diambil Janice sebentar tadi lalu kembali berlari mengejar anaknya itu.

--------

"Zeus ? Serius , Yuqi ? Tak , tak. Yang paling aku musykil ni kenapa kau macam rapat sangat dengan dewa tertinggi tu sampai berpeluk bagai ?"

Yuqi memutarkan bola matanya, merasakan telinganya mulai pedih mendengar bebelan namja berkulit pucat itu.

"Aku rasa gembira sangat Nathan dengan bebelan penuh cemburu kau tu tapi sekarang bukan masa yang sesuai --"

"Kalau dah tahu aku cemburu, cuba jelaskan apa yang dah jadi--"

"Ya Tuhanku, sayangg~ alolo sayangku Nathan umph anak kucing aku seekor ni comelnya cemburu tapi boleh diam tak ?"

[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ]  | 김태형Where stories live. Discover now