[ Chapter ini asalnya ditaip oleh akak sha , nad cuma edit dan tambah beberapa scene . Harap okaylah :) ]
.• SLEEP WITH THE DEVIL •.
[DUA PULUH EMPAT]
======
One Last Time
======Juntaian anak rambut yang menutupi kelopak mata disisir ke belakang cuping telinga. Jemarinya berhenti seketika. Wajah tenang gadis itu ditenungnya lama.
"Janice.."lafaznya mendatar. Tubuhnya direndahkan sedikit agar wajahnya dapat mendekati si dia.
Dia tahu , Janice merupakan jenis orang yang akan terjaga walaupun pintu berderit sedikit saja . Namun mimpi yang dia rajutkan dalam tidur yeoja itu terlampau indah hingga Janice tidak sedar akan suara beratnya .
Sengaja , supaya dia dapat melaksanakan sesuatu . Sesuatu yang harus dia lakukan buat kali terakhir .
" Aku tahu kau kuat . Pendamping aku takkan lemah walaupun tanpa aku disampingnya . "
Sepasang matanya memandang redup ke arah luar tingkap. Bibir basahnya mengucup lembut ubun-ubun gadis kesayangan hatinya itu.
Langit sudah berwarna oren dengan beberapa ekor burung yang berterbangan menuju sarang mereka . Tapak tangannya yang hangat mengusap perlahan permukaan perut Janice yang masih leper. Sudut hujung bibirnya terangkat naik.
Wajahnya yang kosong tanpa emosi menatap susuk tubuh Janice sebelum dia menghilang , tepat ketika matahari hilang tergantikan dengan sinar bulan yang bergemerlapan bersama bintangnya .
Juga menghilang bersama sebuah untaian kata ,
"Selamat tinggal Janice. Jaga diri kau dan anak kita."
Terus dia beredar pergi. Kata-kata terakhir itu tergantung sepi. Tiada balasan daripada Janice yang lena diulit mimpi indah.
Kemunculan Demian secara tiba-tiba pada malam itu diiringi satu mesej tersirat yang ingin disampaikan khas buat Janice.
Dia sedar janjinya untuk bersama Janice pasti roboh jua akhirnya nanti.
Ucapan selamat tinggal sepatutnya menjadi penamat kecil hubungan mereka pada malam itu.
--------
" Tak sekarang ni cuba kalau aku yang call kau masa kau tengah elok mimpi kau dilayan bak bidadari dekat syurga ? Apa kau rasa ? Marah kan ? Haish ! " aku merungut kecil seraya mencampakkam telefon pintar pemberian Yuqi entah kemana .
" Buat apa aku nak marah ? Kalau yang telefon aku tu kau , yang faktanya lebih cantik dari bidadari syurga ! Ehek ! "
Suara gedik Yuqi kedengaran melalui loud speaker . Telefon yang sudah terlangkup dihujung katil nyaris aku tendang kerana rasa bengang yang teramat .
" Ssst ! Diam ah aku nak tidur ! Kejut aku pukul 2 petang nanti ! Bye ! "
" WOI ! WOI ! Kau nak tidur lagi ke sekarang ni kau gila ke woi sekarang baru pukul 10 woi kalau kau tidur pastu kau bangun pukul 2 apa kata kau jangan bangun terus haaa kau terus je sambung tidur sedap - sedap nanti aku siap - sediakan bahan - bahan perkafanan untuk kau haaa baik tak kawan kau sorang ni woi dengar tak apa aku cakap woiiiii ! "
Suara Yuqi terendam oleh bantal yang sengaja aku tekup pada telefon itu . Malas ingin tutup call sebab nanti budak gila ni mesti akan telefon banyak kali sampai aku angkat balik .
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ] | 김태형
Hayran Kurgu[CHAPTER MASIH LENGKAP] Keguguran namun seumur hidup tidak pernah disentuh oleh mana - mana lelaki. [Kim Taehyung Fanfiction] _____ [ 18+ untuk kata - kata kasar dan kotor serta babak yang menjurus ] « Dilarang menciplak nama dan jalan cerita » « In...