00 : 39

7.6K 946 535
                                    

[Fri, 9 April 21 : Nanad tengok ramai new readers ehe ! Terima kasih sudi singgah ! Terhibur tengok komen korang grr ! Terima kasih juga untuk yang reread ! Nanad hargai sangat ! Btw jangan lupa warning yang nanad pesan dekat chap prolog tu tau ? Have a nice day dan borahaeeee semuaa ! ♡]

.• SLEEP WITH THE DEVIL •.

[ TIGA PULUH SEMBILAN ]

========
Day , Four Part . 2
========

Yuqi gelak mengekek , tangan menepuk - nepuk bahu Nathan yang turut sama terhibur namun lebih memilih mengetap bibir menahan tawa kerana dia sedang memandu kereta , tidak mahu mereka berakhir ditimpa kemalangan .

Sungguh berbeza dengan Yuqi yang lebih memilih jujur dengan perasaannya sendiri .

Itu adalah keadaan pasangan yang duduk ditempat duduk yang paling depan , sungguh berbeza dengan keadaan pasangan yang berada ditempat duduk belakang .

Janice yang tadinya terlebih bersemangat ingin menaiki kereta untuk ke tujuan utama mereka iaitu pantai di Busan , kini murung apabila melihat keadaan Demian .

Lelaki itu sedang tercungap - cungap , menarik nafas dengan kepala mendongak . Matanya tertutup rapat malah jemarinya meremas tapak tangan Janice dan pemegang pintu disampingnya . Wajahnya pucat lesu , dengan peluh mulai membasahi dahi dan leher .

" Uh .. wow ! Taetae mabuk kereta eh ? Awww comel je baby taetan kita sorang ni ehek ! Pft ! " ejek Yuqi .

Dia dari tahan tau nak kutuk si Demian tapi kali ini dia dah tak mampu nak tahan sebab sumpah terhibur tengok Demian yang mengigil , merengek pada Janice supaya melupakan niat mereka untuk naik kereta .

Katanya buat apa naik kereta ? Boleh saja teleport terus ke Busan ! Apa susahnya ?!

" Di - Diamlah makhluk tak jelas jantina !" Bentak Demian , namun dengan suara yang sangat perlahan .

Bukannya tersinggung , Yuqi malah menjelirkan lidah , kembali mengutuk Demian depan - depan pada Nathan yang hanya melayan karenah bakal masa depannya itu .

Demian melepaskan cengkaman pada tapak tangan Janice dan lebih memilih memeluk tubuh yeoja itu dari samping , menyembunyikan wajah dibalik ceruk leher Janice yang mulai kegelian kerana hembusan nafas hangat Demian yang menerpa kulit lehernya .

" Sa - Sanggup awak seksa saya macam ni .. awak t - tak kesian dekat saya ke ?" lirih Demian , begitu menyedihkan .

Siapa yang ada mabuk kereta , mungkin akan faham apa yang dirasakan Demian , kerana series , mabuk kereta ini sama tahap dengan kau naik roller coaster dan putar 360 darjah selama 40 kali tanpa henti .

Tak percaya ? Tanya HaNad . Dia pun ada mabuk kereta juga . Hmm .. mungkin ni petanda dia berjodoh dengan Demian agaknya ..

Janice menghelakan nafas bila Demian menempel padanya bagai anak yang kehilangan ibu . Dia mengusap lembut kepala Demian .

" Mana ada lah . Tapi tak seronok lah kalau terus sampai saja ! Kita kena harungi perjalanan dia dulu baru perasaan terharu bila sampai tu lebih sikit ! " ucap Janice dengan semangat mengebu - gebu .

Terlampau semangat sampai tangan terkepal ke atas , nyaris menumbuk atap kereta .

Aik , Janice ? Kau nak takbir ke acane ni ?

[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ]  | 김태형Where stories live. Discover now