∅∅ : ¹³

13K 1.2K 564
                                    

Sleep With The Devil

==========
I'm in Danger ?
==========

" Kau makin kurus lah weh . Mana pipi kau kau duh ?"

Aku memegang pipi aku yang semakin tirus , mata aku merenung wajah Yuqi yang kehairanan .

" Mana ada . Aku kan memang kurus . Bukan macam kau , perut pun berlapis macam Burger King ."

Yuqi meletakkan tangan didada dan membuat wajah pura - pura terluka .

" Kau buta . Badan aku langsing macam model antarabangsa ni kau kata gemuk ? Eh tapikan , kau buat apa sampai berat badan kau turun banyak sangat macam ni ?"

Aku termenung bila mendengar soalan Yuqi . Takkanlah aku nak cakap yang aku buat hubungan badan dengan iblis setiap malam ? Tak pasal - pasal aku kena tarik pergi jumpa exorcist . BUKAN EXO SI LOVE SHOT NADNADANADNADNAD tu okay ..

Tapi aku cari juga di pakcik Google tentang soalan Yuqi ni . Betul ke buat hubungan badan boleh kuruskan badan dengan cepat ?

Dan jawapan dia , betul . Kita mengeluarkan banyak peluh dan begitu banyak pergerakan --- okay berhenti sampai disitu saja kalau nak sambung pergi cari dekat pakcik Google sendiri tapi lepastu sila clear search history kalau taknak jadi perang dunia ketiga dengan parents kau orang .

" Aku .. e - err tak sempat makan duh ! Kau tahu kan esok kena hantar lukisan tu ? A - Aku masih s - stuck dekat bahagian badan dia .. "

" Oh.. Kau lukis badan dia sekali . Aku ingat kau nak lukis sayap saja . Lek lah . Idea tu akan datang kalau kau bertenang dan tak panik ."

Aku menjeling Yuqi tajam . Senang je budak ni cakap . Eii cuba kalau dia yang buat ? Hadap si Demían tu ?

Mesti stuck juga !

Macam aku ..

MACAM MANA TAK STUCK DEKAT SITU SEBAB SETIAP KALI AKU NAK LUKIS BAHAGIAN PERUT DIA , DIA TERSENGIH - SENGIH MACAM KERANG BUSUK LEPASTU PANGGIL AKU BABY GIRL PANAS KE BLAH BLAH BLAH !

Dan lepas tu mesti semua boleh AGAK apa yang jadi kan ?

Aku menghelakan nafas , penat . Dengan kerja tak siap lagi , badan penat , otak serabut dan sekarang perut aku lapar .

Aku membuka beg sandang aku dengan malas , ingin mengambil beg dompet aku .

Kalau lah buka - buka beg saja tetiba ada cheese cake dengan susu pisang .. Haih tu takkan jadi kenyataan --

Mata aku terbeliak dan pergerakan aku terhenti hingga Yuqi yang hanya memerhatikan aku dari tadi mengerutkan dahi , hairan .

" Kau kenapa ? Tetiba macam patung !"

Aku mengeleng dan perlahan tangan aku masuk ke dalam beg sandang aku , mengambil bekas cheese cake dan dua botol susu pisang .

Dan bila aku mendongak untuk melihat sekeliling , mata aku terarah ke sudut kelas . Demían sedang tersenyum lembut dan mulutnya terbuka , berbicara tanpa suara . Namun peliknya , aku seakan dapat mendengar suara berat Demían itu berbisik ditelinga aku .

" Jangan lupa makan , sayang . Maaf sebab aku , kau tak dapat sarapan pagi tadi . Salah kau sebab seksi sangat masa pakai apron ."

Baru nak berbunga rafflesia hati ni tapi bila dia tuduh aku balik , aku rasa nak tonyoh saja cheesecake ni dekat muka kerek dia tu !

[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ]  | 김태형Where stories live. Discover now