00 : 53

6.8K 982 734
                                    

.• SLEEP WITH THE DEVIL •.

[ LIMA PULUH TIGA ]

[Important : Please listen to , Beautiful Mess by Kristian Kostov. The one in the media yang dekat atas tu☝🏻 ]

===============Our Love Untouchable===============

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

===============
Our Love Untouchable
===============

Langit malam bertukar sedikit kelabu apabila petir tiba - tiba menyambar lalu sedetik kemudian hamparan langit kembali berwarna hitam kelam.

Kakinya yang penat tidak dia hiraukan malah makin dia paksa untuk melangkah lebih laju.

Mimpi buruk itu berputar bagai kaset rosak difikirannya. Berbagai kemungkinan menghentam diri buat dia nyaris hilang akal.

"Mana awak, Demian? Kembalilah!"

Jeritan itu bergema ditaman permainan diperumahan sekitar tempat tinggal miliknya yang sudah sunyi kerana telah masuk pukul 2 pagi.

Taman permainan yang dahulunya menjadi saksi aksi dirinya bersama Demian yang menyakat seorang budak lelaki.

Disitu jugalah janji untuk menjadi ayah yang baik untuk bakal anak mereka terucap dari bibir semerah delima milik Demian.

Sebuah senyuman juga Demian ukirkan khas untuknya.

Bukti bahawa dia janjikan perkara itu.

Menyusap matanya yang kabur akan air mata berulang kali, nafasnya seakan disekat oleh dadanya yang sesak.

BRUKK !

Kakinya tersadung sebuah batu yang berukuran sederhana. Entah mengapa dia tidak melihat batu itu. Mungkin kerana matanya hanya ingin melihat senyuman milik Demian.

Janice meramas rumput hingga buku jarinya memutih, melampiaskan perasaannya yang tertekan.

' Jangan putus asa, Janice ! Cari dia !' Bisik hati wanita itu.

Kakinya dipaksakan bangkit. Namun dia kembali jatuh melutut, merasakan pergelangan kakinya terseliuh.

"Maafkan saya, Demian ! Hiks ! Saya tak ada niat untuk sakitkan hati awak ! Jujur apa yang saya cakapkan tadi hanyalah apa yang Venice minta saya cakap pada awak saja ! Tolong ! Tolonglah... saya nak awak dekat sini !"

Janice terisak, kedua tapak tangannya meremas cincin perkahwinan mereka dengan erat.

Matanya kabur namun dia mampu melihat langit malam yang kosong tanpa hamparan bintang ketika dia mendongak.

[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ]  | 김태형Where stories live. Discover now