∅∅ : ∅7

13.8K 1.4K 724
                                    

Sleep With The Devil




---------------
Thank You ? Nah..
--------------

Warning ; Err bacalah kenapa aku bagi warning :( Erm macam tak baik diikuti oleh semua umat manusia :(

.

.

.

BRAK !

Aku mencampak berus lukisan aku dengan kasar hingga cat air itu mengotori lantai . Nasib baik awal - awal tadi aku telah membentangkan surat khabar diatas lantai .

Aku meremas rambut aku , serabut . Menghelakan nafas , membetulkan ikatan rambut aku yang mulai longgar . Cermin mata , kemudian aku buka lalu aku campak perlahan ke lantai .

KLEK !

Aku menoleh ke arah pintu bilik yang terbuka menampilkan nenek yang kelihatan ragu untuk menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik aku .

Hari ini aku tidak hadir ke universiti walaupun aku mempunyai 4 kelas untuk dihadiri . Aku memilih untuk berada dirumah kerana mahu tengok - tengokkan nenek yang baru saja keluar dari hospital .

Kos rawatan , telah lama lunas . Tentu saja perbuatan si Demían .

" Boleh nenek masuk ? "

Aku mengangguk , memberikan jarak dibangku panjang agar nenek boleh duduk disitu .

Nenek duduk disamping aku dan menatap kanvas dihadapan kami dalam diam .

Kanvas kosong . Kosong kerana sudah 1 jam aku mencari idea untuk lukisan namun satu idea pun tidak melintas dikepala .

" Kenapa tak lukis lagi ? Bukan ke Janice kalau pegang berus saja , tangan tu ligat melukis . "

" Janice serabut . Idea semua lari macam lari marathon. "

Aku menyandarkan kepala aku dibahu nenek , memejamkan mata . Nenek mengusap lembut rambut aku .

" Boleh eh macam tu ? Hm , cuba cucu nenek kesayangan nenek ni beritahu nenek apa yang buat otak dia serabut sampai idea semua melayang ? "

Aku mengeleng , tidak mahu bercerita .

Takkanlah aku mahu cerita yang ada seorang iblis ni datang tolong pulihkan nenek tapi aku pergi tuduh dia bukan - bukan sampai dah 3 hari dia tak muncul ?

Sekali lagi , aku mengeluh . Aku memaki diri aku yang cepat sangat kasihankan orang UHUK bukan orang , tapi iblis padahal makhluk tu adalah makhluk dari kegelapan yang sepatutnya semua orang hindari . Dan sepatutnya aku bersyukur yang dia telah hilangkan diri serta tidak menganggu aku lagi .

" Okay kalau tak nak cerita , tak apa . Halmeonie dah masak makan malam . Janice kan belum makan malam lagi . Apa kata pergi mandi dulu ? Halmeonie tunggu dekat bawah ."

" Eh ! Kenapa halmeonie masak ? Janice boleh masakkan makan malam ! Halmeonie kan baru saja sihat . "

Nenek mengeleng lalu mencubit pipi aku , lembut .

" Halmeonie masak sebab Halmeonie bosan . Dari petang tadi Janice duduk terperap dalam bilik padahal Janice kata ambil cuti sebab nak temankan Halmeonie hari ini ."

Perasaan bersalah menghentam hulu hati hingga dada aku terasa sesak . Sekali lagi aku melakukan kesalahan .

Aku menunduk , jemari memainkan hujung apron yang dipakai oleh aku .

[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ]  | 김태형Where stories live. Discover now