00 : 36

8.8K 1K 1.1K
                                    

.• SLEEP WITH THE DEVIL •.

[ TIGA PULUH ENAM ]

.• Warn : Long Chapter jadi sorry kalau bosan 😭❤️ •.

=========
Day , Two
=========

Janice dengan perlahan melangkah menuju ke dapur , tidak mahu menimbulkan sebarang bunyi . Dia tidak mahu menganggu tidur Yuqi , Nathan dan Demian .

Sesampai saja dia didapur , dia tersenyum bila melihat sekotak susu ibu yang baru dibeli Yuqi semalam . Namun dahinya berkerut kerana kotak itu berada dibahagian atas rak .

Dia merengut . Mesti Yuqi tahu yang dia akan habiskan sekotak susu itu sebaik saja Yuqi membelinya . Memang sewaktu dia masih diawal bulan mengandung , dia sangat benci susu ibu .

Tapi entah kenapa dia rasa ketagih dengan susu ibu tu . Tak kira lah susu itu dibuat menjadi air atau serbuk , dia tetap akan habiskan .

Entah - entah Yuqi letak air ketum masa yeoja tu buatkan susu untuk dia ?

Janice mengelengkan kepala , membuang perasaan buruk sangka pada Yuqi yang dia tahu walaupun gila , takkan lah dia nak aniaya Janice sampai macam tu sekali .

Janice yang mendapat satu idea pun terus mengambil kerusi di meja makan dan meletakkan kerusi itu berdekatan dengan almari dengan berhati - hati . Tidak mahu buat sebarang bunyi .

Tersenyum puas , Janice pun memegang erat pada almari dan naik ke atas kerusi itu . Dia membuka rak atas almari itu namun dia menarik nafas terkejut apabila kakinya tiba - tiba tersilap langkah dan tiada permukaan untuk dipijak .

Entah kerana terlampau panik dan takut , Janice hanya menjeritkan satu nama didalam hatinya bila merasakan tubuhnya hampir terhempas ke lantai yang keras .

' DEMIANNN ! '

HUPP !!

Janice merasakan tubuhnya bergetar ketakutan walaupun tubuhnya kini dilingkupi aura hangat milik Demian yang menangkap tubuhnya sebelum terhempas ke lantai .

Iris coklat cair milik Janice kabur akan air mata namun dia tetap menatap Demian yang sudah terengah , mencari oksigen .

Demian yang sedang terlelap tiba - tiba mendengar suara Janice yang ketakutan memanggil namanya dan tanpa mengambil nafas dia terus bergegas ke dapur , hampir tersadung selimut .

Mata tajam Demian menatap penuh amarah pada Janice yang berada didalam pelukannya .

Demian mendudukkan Janice di kerusi meja makan .

" Apa yang kau buat ni , Janice ? "

Mendengar nada suara Demian yang menahan marah , Janice menundukkan wajahnya , mata merenung lantai .

" J - Jany haus .. cuma n - nak minum s - susu -- "

" DAH TU KAU TAK RETI NAK KEJUT AKU KE ?!! "

Bahu Janice terhinjut , merasakan jantungnya seakan berhenti berdegup sesaat bila mendengar suara bentakan Demian yang bergema didapur bahkan diseluruh ruangan rumah itu .

[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ]  | 김태형Where stories live. Discover now