Tatau ah kenapa ramai readers swtd ingat aku lelaki . 😫
.• SLEEP WITH THE DEVIL •.
[ EMPAT PULUH LAPAN ]
==========
Unexpected
==========Flashback
Janice menutup pintu biliknya , rapat. Tahu yang selepas beberapa saat , pasti suara Yuqi akan mengelegar memarahi Jungkook dan Nathan yang suka menyakatnya.
Mengelengkan kepala , Janice melangkah nenuju ke bilik air , membuang lampin bayi ke dalam tong sampah yang disediakan didalam sana.
Sebaik saja Janice melangkah keluar dari bilik air , tubuhnya kaku bila melihat wanita yang dia langsung tidak mahu berjumpa itu sedang duduk dibirai katil , mengusap pipi anaknya , Miya dengan jarinya.
Dapat Janice lihat kuku panjang dan tajam itu mengores kulit pipi anaknya hingga pipi Miya sedikit terkoyak namun Miya langsung tidak berbunyi apatah lagi menangis.
Bibir pucat Janice diketap kuat , kakinya sudah melemah . Anaknya dalam bahaya.
" Oh , wow. Kita jumpa lagi , Janice."
Mata tajam Venice , mengerling Janice yang sudah berdiri kaku dihadapan pintu bilik air.
Sudut bibir Venice terangkat , menyukai reaksi ketakutan yang ditunjukkan Janice.
"Tak sangka kan ? Kau dapat anak kembar. Hm.. aku mungkin takkan dapat tahu kalau aku tak jenguk kau harini."
Janice mengenggam hujung baju tidurnya , erat. Wanita itu mengeram apabila melihat Venice mencengkam kedua pipi kecil Miya , memerhatikan wajah bayi itu.
Entah darimana bayi itu mendapat kekuatan , jemari kecilnya menumbuk Venice tepat dimata hingga yeoja itu sedikit meringis kesakitan.
Venice mengeram , marah. Tangannya terangkat , mahu menolak tubuh kecil Miya hingga jatuh dari katil namun Janice dengan pantas mencengkam lengan itu , kasar.
"Kau nak apa lagi ha ?! Tak cukup ke kau kacau aku selama ni ? Kau dah ambil Aiden kan ? Tak puas lagi ke kau ni ?"
Venice menarik lengannya hingga Janice sedikit terdorong ke hadapan , wajah nyaris berlaga dengan wajah Venice yang sudah tersenyum sinis.
Venice menarik leher baju Janice , merapatkan jarak wajah mereka hingga Janice dapat melihat iris biru pekat itu seakan menunjukkan emosi dendam yang teramat kuat.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ] | 김태형
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] Keguguran namun seumur hidup tidak pernah disentuh oleh mana - mana lelaki. [Kim Taehyung Fanfiction] _____ [ 18+ untuk kata - kata kasar dan kotor serta babak yang menjurus ] « Dilarang menciplak nama dan jalan cerita » « In...