•. Sleep With The Devil .•
.• SECRET ? •.
Semuanya berjalan lancar, maksud bagi lancar itu adalah Jimin, lelaki yang tidak Janice kenali itu begitu tekun mendengar semua penjelasan doktor, bagai dia lah yang bapa kepada anak yang dikandungkan Janice.
Sementara Janice pula? Dia hanya mendengar namun tidak matanya yang menatap tangannya yang berada diatas paha,
Lebih tepatnya tangan Jimin yang mengenggam lembut tangannya sejak masuk ke dalam bilik doktor ini.
Mari kita kembali pada satu jam yang lepas, dimana ketika dia dan Yuqi sedang menunggu giliran mereka untuk dipanggil, Yuqi tiba - tiba saja bangun dari duduknya dan berkata ingin ke tandas sebentar.
Pada ketika itu, Janice fikir yang Yuqi akan pergi ke tandas mungkin untuk beberapa minit namun sehingga namanya dipanggil setengah jam selepas itu, dia tahu yang Yuqi takkan kembali buat masa yang lama.
Perasaan resah mulai melanda hatinya. Sejak mula jejakkan kaki di hospital ini untuk memeriksa keadaan kandungan , hatinya sudah terasa seperti diremas bila melihat semua ibu mengandung disana datang ditemani oleh suami mereka.
Sementara dia? Hanya Yuqi yang hadir sebagai peneman. Itupun minah tu dah lesap bagai angin entah kemana.
Mungkin air besar yang dibuangnya berwarna hijau sebab tu ambil masa yang lama.
Sekarang ini, dia keseorangan. Tanpa sesiapa. Dokter sudah dua kali memanggil namanya namun tubuhnya kaku, tidak mahu bergerak.
Demian? Bapa kepada anaknya sudah lesap awal - awal. Dia buka mata saja ruang katil disampingnya sudah kosong, meninggalkan kehangatan lelaki itu.
Dia tahu yang kejadian semalam itu bukan mimpi kerana ketika dia tiba didapur, meja sudah dipenuhi hidangan sarapan. Khas Demian sekali.
Namanya dipanggil sekali lagi oleh dokter itu, namun dia tetap kaku. Malu dan sedih mendominasi hati.
Dirinya sudah tekad, dia akan membiarkan saja dokter itu memanggil namanya lalu ketika dokter itu memanggil nama pesakit yang seterusnya, dia akan angkat kaki dari situ, melupakan niatnya untuk diperiksa.
Jika dia bangun, dia akan dihadiahkan dengan tatapan hairan para pengunjung hospital kerana disana hanya dia yang berseorangan.
Tiba - tiba terdetik sesuatu dihati Janice.
'Tak boleh Janice. Ini pemeriksaan pertama anak kau. Takkan kau tak kesian dekat anak kau? Dia perlu diperiksa supaya sihat dan dokter boleh berikan vitamin untuk perkembangannya.'
Janice menghelakan nafas dan bangkit dari duduknya, menuju ke arah dokter yang sudah mengerutkan dahi mencari perempuan yang bernama Janice.
"Saya Janice Kim."
Dokter itu terdiam dan dia mengangguk. Kemudian dia menoleh ke kiri dan ke kanan seakan mencari seseorang.
"Erm maaf tapi suami puan dimana? Puan tahukan yang pada pemeriksaan pertama suami puan perlu ada kerana ada beberapa perkara yang saya ingin bincangkan tentang cara penjagaan khas ibu mengandung."
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] SLEEP WITH THE DEVIL [ DEMIAN V ] | 김태형
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] Keguguran namun seumur hidup tidak pernah disentuh oleh mana - mana lelaki. [Kim Taehyung Fanfiction] _____ [ 18+ untuk kata - kata kasar dan kotor serta babak yang menjurus ] « Dilarang menciplak nama dan jalan cerita » « In...