#8

62 3 0
                                    

"What? Kenapa tiba-tiba Papa nak jadikan Rayyan CEO syarikat ni? Tapi, Rayyan memang berminat nak jadi CEO Fantasy Entertainment. Kan Papa pernah janji dengan Rayyan, nak jadikan Rayyan CEO as soon as I completed my studies in UK. So, Rayyan terima saja keputusan Papa," tutur Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan sememangnya mahu dirinya dijadikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Syarikat Fantasy Entertainment. Ternyata, pemuda tersebut masih mengingati janji Tengku Shah dahulu yang bakal dikotakan.

Tengku Shah tersenyum apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Tengku Rayyan. Namun, sebenarnya terdapat agenda lain di sebalik pelantikan Tengku Rayyan sebagai penaung Syarikat Fantasy Entertainment kelak.

"Sebelum kamu jadi CEO untuk Syarikat Fantasy Entertainment, there is one condition. There will be one task that must be completed. Kalau kamu tak boleh laksanakan syarat ini dengan baik, Papa akan bagi company ni dekat Rafiq saja. Faham?" bicara Tengku Shah seolah-olah mengugut Tengku Rayyan.

Tengku Shah sengaja memberikan syarat kepada Tengku Rayyan. Dia percaya bahawa anak lelakinya mampu melaksanakan tugas yang diberikan.

"Syarat apa Papa? In Shaa Allah, Rayyan akan buat task ni. I will make sure to complete it in order to be the CEO of this company. Papa cakap lah apa syaratnya," jelas Tengku Rayyan dengan penuh bersemangat.

Semangat Tengku Rayyan mula berkobar-obar kerana dirinya yakin bahawa dia mampu melaksanakan tugas yang diberikan oleh Tengku Shah dengan baik. Impiannya untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Fantasy Entertainment hanya tinggal beberapa langkah lagi. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya

Tengku Shah berjalan menuju ke meja kerjanya. Lelaki tersebut lantas mengeluarkan beberapa helai kertas yang berkepil daripada sebuah fail di rak fail yang terletak di bahagian belakang meja kerjanya. Tengku Rayyan tertanya-tanya apakah kandungan kertas berkepil yang sedang diegang oleh bapanya.

"Apa yang Papa pegang tu? Mungkin task yang Papa cakap tu. Apa lah agaknya syarat Papa tu," desis hati Rayyan.

Tengku Shah menyerahkan kertas yang berkepil kepada anak lelakinya. Tengku Rayyan mencapai kertas yang berkepil itu. Mereka bersama-sama menduduki sofa supaya mereka boleh berbincang dalam keadaan yang selesa.

"Read the contents of this letter," ujar Tengku Shah kepada Tengku Rayyan, ringkas.

Tengku Shah mahu anak sulungnya, iaitu Tengku Rayyan meneliti kandungan kertas yang sudah berkepil itu. Pemuda tampan berkenaan menerima kertas berkepil yang diserahkan oleh bapanya. Diteliti satu per satu ayat yang tertulis di atas kertas berkepil olehnya. Di helaian kedua, ada satu perjanjian yang akan ditandatangani oleh mereka berdua.

"Papa, it looks like a tough task for me. Mana lah Rayyan nak cari perempuan yang bernama Rania ni. Tak ada benda lain ke yang Papa nak suruh Rayyan buat. Then, I need to train this lady in terms of vocal techniques etc. Leceh la syarat-syarat Papa ni," jelas Tengku Rayyan sambil mendengus kemarahan.

Tengku Rayyan sanggup melaksanakan syarat lain tetapi syarat seperti ini agak menyusahkan dirinya. Pemuda berkenaan hampir berputus asa.

"Susah kamu kata? Kamu ingat senang-senang saja Papa nak bagi kamu jawatan CEO Syarikat Fantasy Entertainment ni? Kamu ingat kamu anak raja? You wanted to be the CEO, yet you don't want to do anything. What kind of person are you, actually?" nafas Tengku Shah sudah mula turun naik kerana marah akan jawapan anaknya itu.

Tengku Shah pantang sekiranya terdapat individu termasuk anaknya sendiri yang berani membantah permintaan yang dikemukakan oleh dirinya. Lelaki itu lantas menyambung kata-katanya semula.

"If you don't want to complete this task, that means I got no choice. Papa akan serahkan company ni pada Rafiq," sambung Tengku Shah lagi.

Tengku Shah sangat berharap supaya Tengku Rayyan akan mempersetujui syarat-syarat yang diberi olehnya itu. Lelaki tersebut mahu syarikat itu diserahkan kepada jejaka berkenaan sahaja kerana dirinya yakin bhawa anaknya itu mampu melaksanakannya dengan baik.

Tengku Shah mahu Tengku Rayyan mencari dan melatih individu yang bernama Rania Qaisara. Kemudian, sudah tentu gadis berkenaan akan menjadi penyanyi naungan Syarikat Fantasy Entertainment.

Tengku Rayyan bangkit daripada sofa yang didudukinya lalu duduk di sebelah Tengku Shah. Jejaka itu menyesal dengan percakapannya sebentar tadi. Dia meminta maaf kepada bapanya. Dia juga tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka oleh bapanya.

"Papa, Rayyan minta maaf sangat-sangat. Rayyan janji akan tunaikan syarat-syarat papa ni," bicara Tengku Rayyan dengan sopan supaya dapat melembutkan hati bapanya.

Tengku Rayyan memegang tangan Tengku Shah dengan kedua-dua belah tangannya. Pemuda itu memohon kemaafan terhadap bapanya buat kali kedua. Tubuh bapa kesayangannya dipeluk erat menandakan dirinya sangat kesal kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang telah dikemukan oleh bapanya sebentar tadi.

Tengku Shah menerima pelukan anaknya dengan hati yang tenang. Perasaan amarahnya dibuang dengan serta-merta. Dia mengusap tubuh anaknya itu lalu meminta anaknya melepaskan pelukan itu. Mereka berbual-bual kembali seperti sedia kala.

"So, do you agree with my conditions?" soal Tengku Shah kepada Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan menganggukkan kepalanya secara berulang kali menandakan persetujuan antara dua anak beranak tersebut. Ungkapan kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana memakbulkan doanya selama ini.

Tengku Rayyan meletakkan surat tersebut ke atas meja lalu menandatanganinya. Maka, termeterailah perjanjian itu untuk mencari dan melatih seorang gadis berusia 23 tahun yang bernama Rania Qaisara Binti Dato' Syed Suffian.

"Rayyan dah call mama?" tanya Tengku Shah yang tidak pasti sama ada Tengku Rayyan sudah memberitahu ibunya mengenai kepulangannya atau belum.

Tengku Shah juga berasa hairan kerana Tengku Rayyan sejak tadi masih tidak menceritakan perihal ibunya. Jejaka berkenaan mengukirkan senyuman pada bibirnya lalu menyatakan sesuatu kepada bapanya.

"Dah lama Papa. Dari KLIA, Rayyan terus call mama suruh ambil Rayyan cepat-cepat. Mama yang suruh Rayyan buat surprise dekat Papa pasal ni. Ingatkan Mama nak jemput Rayyan, but in fact your driver yang ambil," tutur Tengku Rayyan sambil ketawa manja dengan ayahnya yang tecinta itu.

"Mak, anak sama saja. Suka sangat mengenakan papa ni. Papa tak suka tau korang buat papa macam ni. Rayyan nak papa mati terkejut? Nanti terjelir je lidah papa masa papa mati nanti," Tengku Shah membuat reaksi muka seolah-olah meninggal dunia sambil menjelirkan lidahnya dia atas sofa di dalam bilik persendiriannya itu.

Tengku Shah sememangnya gemar membuat jenaka terhadap keluarganya. Tengku Rayyan menggelengkan kepalanya secara berulang kali.

Mendengar kata-kata Tengku Shah yang sedemikian, Tengku Rayyan lantas menepuk bahu ayahnya berulang-ulang kerana bercakap perkara yang tidak elok. Tengku Rayyan marah manja dengan ungkapan ayahnya tadi.

"Papa ni. How could you say such ridiculous thing. Nanti jadi betul-betul baru tau. Papa janganlah cakap macam tu. Rayyan sayang papa sangat, sangat, sangat, sangat," bicara Tengku Rayyan terhadap ayahnya.

Tengku Rayyan sememangnya lebih rapat dengan Tengku Shah berbanding ibunya, iaitu Tengku Sofea. Pemuda itu menganggap bahawa bapanya merupakan segala-segalanya untuk dirinya. Oleh hal yang demikian, dia kerap meminta maaf sekiranya percakapannya membuatkan bapanya berasa tersinggung.

Jam di dinding menunjukkan pukul 5.45 petang. Tengku Rayyan mengajak Tengku Shah pulang supaya mereka boleh bernual-bual dengan lebih lama lagi.

"Jom lah balik rumah, Papa. I'm tired and my shirt smells very weird right now. Badan Rayyan pun dah melekit-lekit ni," tutur Tengku Rayyan dengan reaksi manja pada wajahnya yang kacak.

"Okay, lets go," balas KuShah. Dia menarik tangan Tengku Rayyan yang sudah menguap-nguap dari tadi.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now