#17

33 4 0
                                    

"Ah, Mary. Bila you sampai dekat restoran ni? Is, is everything okay with your life right now?" soal Rania Qaisara tergagap-gagap untuk membetulkan keadaan supaya Tengku Rayyan tidak berprasangka buruk pada dirinya.

Sesungguhnya, Rania Qaisara tidak mahu Tengku Rayyan yang baru dia kenali itu mengetahui peristiwa hitamnya terdahulu. Ariana dan Mary hanya merenung tajam wajah gadis berkenaan tanpa sebarang kerdipan.

"Rania, jangan nak putar belit keadaan lah. Mana baju koyak-rabak you, where is your sexiest shorts. Who is this charming guy? This guy sebenarnya mangsa keberapa you, hah?" soal Ariana bertalu-talu sehingga membuatkan Rania Qaisara tersentak.

Rania Qaisara mula terpanar apabila mendengarkan kata-kata berapi daripada bekas rakan-rakannya itu. Sungguh dia tidak sanggup diperkatakan dan dihina oleh Ariana dan Mary sebentar tadi. Dia hanya membisu kerana sangat sedih dihina oleh rakan-rakannya. Hati gadis itu mula retak dengan kata-kata yang dilontarkan oleh rakan-rakannya itu.

Rania Qaisara meununduk malu dengan pertuduhan rakan-rakannya, iaitu Ariana dan Mary. Air matanya mula berjurai-jurai kerana telalu sedih dengan penghinaan dua gadis berkenaan. Gadis anggun tersebut mula sebak dengan perbuatan buruknya terdahulu. Air mata mula membasahi pipi putihnya.

Tengku Rayyan terkejut dengan kata-kata yang dinyatakan oleh Ariana dan Mary sebentar tadi. Jejaka tampan berkenaan hanya mendengar perbualan antara Rania Qaisara dan rakan-rakannya dengan teliti.

"Mungkin inilah, balasan Allah terhadap aku kerana melanggar perintah-Nya. Ya Allah, aku tak sanggup berhadapan dengan rakan-rakanku ini. Aku berasa sangat bersalah pada mereka berdua," desis suara kecil Rania Qaisara.

"Why you are being so quiet right now? Are you sad with my statement? Do you regret for being a fucking slut lady? Why are you so sad? Just cry and shout out to the world that you have repented already," tutur Ariana sambil menggulung-gulungkan rambut kerintingnya lalu menepuk bahu Rania Qaisara

Diimbasnya kembali detik-detik Rania Qaisara yang bersahabat baik dengan Ariana dan Mary. Mereka saling sayang-menyayangi dan sentiasa cuba untuk menyelesaikan perkara-perkara yang boleh membawa pergaduhan dalam kalangan mereka.

Rania Qaisara hanya tertunduk ke bawah kerana malu dengan perbuatannya terdahulu. Akhirnya, satu peristiwa telah memisahkan dan meretakkan hubungan persahabatan mereka. Mereka telah bergaduh disebabkan seorang lelaki kacak.

Pada masa itu, Rania Qaisara, Ariana dan Mary telah bercuti di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Mereka bertiga menginap di BuBu Long Beach Resort. Ariana bercuti bersama-sama kekasih hatinya iaitu Haziq.

Pada suatu malam, Ariana dan Mary telah keluar untuk menikmati makan malam di restoran dalam resort berkenaan. Rania Qaisara tidak mengikut rakan-rakannya bersama-sama kerana dia menyatakan bahawa dia tidak sihat dan hanya mahu berehat.

"Rania, you tak nak ke ikut kita orang pergi makan dekat restoran depan tu. Many tourists said that the foods at the restaurant are delicious. Thus, best alcohols are served at the restaurant," bicara Mary sambil memakai celak berjenama Maybelline.

Ariana dan Mary sememangnya gemar untuk meminum pelbagai jenis arak yang mengandungi peratusan alkohol yang tinggi. Walaupun bergelas-gelas meminum, mereka tidak mudah menjadi mabuk. Hal ini demikian kerana, mereka sudah terbiasa dengan menjadikan minuman keras sebagai minuman utama di restoran non-halal mahupun di kelab-kelab malam.

"It's okay, Mary. Takkan you tak tahu yang I ni memang tak boleh minum alcohol. Anyway, I tak berapa sihat lah hari ni. I nak rehat saja sekarang ni. You and Ariana pergi la dinner at the restaurant. Sorry, I can't have dinner with both of you," ujar Rania Qaisara dengan penuh sandiwara untuk memperdaya Ariana dan Mary.

Secara kebetulan, kekasih Ariana, Haziq juga tidak mengikut Ariana dan Mary untuk makan malam. Kononnya, Haziq ingin menikmati susasana kehinginan dan kedinginan malam. Haziq merupakan seorang yang kacak dan berkulit sawo matang.

Haziq tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, iaitu ketinggiannya sebanyak 170 cm. Badannya pula sangat tegap, di samping rambutnya yang nipis namun senang digayakan mengikut peredaran fesyen rambut terkini. Bibirnya nipis dan berwarna coklat gelap kerana gemar mengambil rokok.

Rania Qaisara mempunyai suatu idea yang sangat licik yang bakal mewujudkan pergaduhan antara dirinya dengan rakan-rakannya. Gadis berkenaan telah menghubungi Haziq supaya mereka boleh bersama-sama dan bergembira. Telefon bimbit iPhone XS Max dicapai di atas meja solek lalu nombor telefon Haziq diketik dengan cepat.

"Hello, Haziq. Come to my room now. Your girlfriend and her friend have left. They went to have a dinner at the restaurant. Come quickly, please. I'm waiting for my love, it's you, Haziq," tutur Rania Qaisara yang menggunakan nada manja untuk menarik perhatian Haziq supaya hadir ke biliknya.

"Finally I got you, Haziq. You will be mine. Ariana pun tak akan dapat tengok barang Haziq. Aku tak sangka, buat sekian lamanya aku sukakan Haziq and today we can have some live action," bicara Rania Qaisara sambil mengukirkan senyuman sinis pada bibirnya.

"Apa yang penting, kau dah terpedaya dengan aku, Haziq. Pity on you, Ariana, you can't be the first one to have his thing. Tak apa lah, Ariana. Dulu, kau selalu dapat apa yang aku nak. Tapi sekarang, aku yang dah rampas apa yang kau dah dapat.," monolog Rania Qaisara di dalam hatinya sambil ketawa terbahak-bahak umpama seseorang mengilai.

Setelah beberapa minit, Haziq pun muncul di hadapan pintu bilik Rania Qaisara. Pintu diketuk dengan perlahan oleh jejaka berbadan tegap itu. Kasut berjenama Gucci diuraikan ikatannya supaya dia dapat menanggalkan kasut itu. Setelah beberapa ketika, gadis itu membuka pintu biliknya lalu menarik tangan jejaka berkenaan.

Pintu bilik resort yang mewah ditutup sahaja dan dibiarkan tidak berkunci. Haziq tidak mampu mengunci pintu bilik kerana terlalu ghairah dengan personaliti seksi yang ditampilkan oleh Rania Qaisara. Pada masa itu, gadis tersebut cuma mengenakan sepasang bikini yang mampu menaikkan nafsu sesiapa sahaja lelaki yang melihatnya.

Rania Qaisara yang sedang duduk di atas katil terus ditolak oleh Haziq ke bahagian tengah katil. Tali pinggal berjenama Coach mula dilepaskan olehnya lalu seluar slack berwarna biru gelap dilucutkan serta-merta. Pemuda itu tanpa segan silu terus naik ke atas katil untuk berasmara dengan gadis berkulit putih melepak itu.

Lampu yang dibuka tadi ditutup suisnya supaya mereka dapat berasmara dengan penuh keyakinan dan keseronokan. Selimut bercorak bunga ros terus dicapai oleh Haziq lalu tubuh mereka diselubungi selimut tersebut.

**********

Ariana yang sedang meneguk minuman alkohol terus tersedak tatkala meminum minuman beralkohol. Mary terus menepuk bahagian belakang tubuh Ariana supaya dia kembali sedia kala. Dia bertanyakan sesuatu pada gadis itu.

"Ana, kenapa ni? What happened to you? Why are you chocked while drinking your favourite alcohol ?" soal Mary yang gelisah dengan keadaan rakannya.

"Don't know la Mary. Entah kenapa I tersedak masa minum tadi. Sebelum ni tak pernah pun tersedak masa minum. But, I think hati I rasa tak tenang. Maybe, something bad will happen to me," tutur Ariana yang bimbang dengan keadaan dirinya.

"Mustahil kalau Mummy and Daddy dalam keadaan bahaya. Aku rasa yang aku kena balik resort sekarang juga," Ariana bermonolog dalam hatinya.

"Mary, this is my credit card. Pay the foods and the alcohol. Let's go home right now. I'm feeling dizzy," kata Ariana sambil menghulurkan kad kredit kepada Mary untuk membayar bila makanan dan minuman di restoran itu.

Mary melambai-lambaikan tangannya untuk memanggil pelayan di restoran non-halal itu. Kemudian, muncul seorang gadis iaitu pelayan restoran tersebut. Mary menghulurkan kad kredit Ariana pada pelayan itu untuk membayar bil makanan dan minuman.

Sejurus selepas itu, Mary dan Ariana segera bangun lalu meninggalkan restoran itu. Mary memimpin Ariana untuk bangun kerana bimbang rakannya itu akan jatuh tatkala berdiri nanti. Lagipun, Ariana tidak bermaya dan hampir pengsan di restoran itu.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now