#104

9 1 0
                                    

Semasa di kaunter pembayaran, kelihatan para pengunjung premis yang menjual cakera padat berkenaan memerhatikan Rania Qaisara dari jauh. Beberapa orang gadis segera berjalan pantas untuk mendekati Rania.

"Rania kan? Penyanyi lagu remake 'Bila Larut Malam' tu?" soal seorang gadis bertudung kepada Rania Qaisara.

Rania Qaisara melemparkan senyuman manis terhadap gadis bertudung tersebut. Rania lantas mengangukkan kepalanya ke arah atas dan bawah secara berulang kali.

"Boleh sign cd case ni tak? I'm your fan," pinta gadis berkenaan seraya menghulurkan sebatang pen bermata tebal kepada Rania Qaisara.

Rania Qaisara menerima pen berwarna biru berjenama Sharpie yang diberikan oleh gadis bertudung tersebut. Rania lantas menandatangani bekas cakera padat bagi single miliknya, iaitu lagu berjudul 'Bila Larut Malam'.

Gadis bertudung berkenaan mengukirkan senyuman manis pada bibirnya. Dia membongkokkan badannya bagi menghormati Rania Qaisara lalu mereka berdua bersalaman. Gadis itu segera beredar daripada premis itu.

Rania Qaisara menyeluk beg tangan miliknya yang berjenama CHANEL berwarna hitam untuk mengambil beg dompetnya. Sekeping duit not bernilai RM50 diambil lalu menyerahkannya pada petugas yang berada di kaunter pembayaran.

Petugas premis yang berada di kaunter pembayaran itu menolak pemberian wang daripada Rania Qaisara. Petugas itu segera menyatakan sesuatu.

"Tak apa lah. Tak payah bayar, saya bagi percuma saja. Tapi, saya ada satu permintaan juga. Boleh tak sign cd 'Bila Larut Malam ni'. I minat you ," tutur petugas premis yang berjantina lelaki itu.

Petugas premis tersebut segera mencapai satu cakera padat yang tersusun rapi di rak cakera padat untuk 'Hot New Arrivals'. Kemudian, pemuda itu berjalan pantas untuk mendekati Rania Qaisara yang berada di kaunter pembayaran tersebut.

Jejaka yang mengenakan pakaian rasmi premis tersebut segera mengambil sebatang pen bermuncung tirus yang berada di dalam sebuah kotak. Rania lantas mengambil pen berkenaan lalu membuat autograf pada bekas cakera padat itu.

Latifah dan Atikah yang masih berada berdekatan dengan rak cakera padat yang mengandungi single Rania Qaisara hanya memerhatikan rakannya itu dari jauh. Atikah lantas menyatakan sesuatu kepada Latifah.

"Untung Rania kan Fafa? Nia tak berlatih lama pun, tapi dah dapat single. Kita berdua ni, bila lah boleh jadi penyanyi. Penat lah jadi trainee dekat Fantasy Entertainment tu," bicara Atikah sambil mendengus nafas perlahan.

"Betul apa yang you cakap tu Fafa. Rania tak tunggu lama pun untuk jadi penyanyi syarikat. Entah lah, I rasa macam dah tak ada harapan nak jadi penyanyi dalam syarikat. I rasa macam yang kita berdua ni dah tak ada rezeki untuk jadi penyanyi. Tapi, tak apa lah kalau tak jadi penyanyi pun. Asalkan kita sekarang ni berkawan dengan penyanyi syarikat yang popular," jelas Latifah pada rakannya.

"Betul tu. At least kita boleh lah jadi manager dia or uruskan dia dekat rumah. Rania, dalam kedai cd pun ada orang nak minta autograph dia. Betul-betul Nia ni dah makin popular sekarang," tambah Atikah lagi.

Atikah dan Latifah ketawa kecil bersama-sama.Mereka terus memerhatikan gelagat Rania Qaisara dari jauh.

Rania Qaisara melemparkan senyuman terhadap peminatnya itu. Gadis itu tidak sangka kehadirannya mampu dikesan walaupun sebenarnya dia hanya berada di dalam sebuah premis yang menjual pelbagai jenis cakera padat. Lelaki itu memasukkan cakera padat itu lalu memasukkannya kepada sehelai plastik berwarna biru.

"Congrats Rania sebab dapat Best Vocal Award masa dalam rancangan Classic Songs hari tu. Saya doakan Rania dapat lagi banyak anugerah and dapat banyak job untuk buat performance dekat mana-mana. And lagi satu, pastikan Rania kalahkan Rania. Good luck!" pemuda itu memberikan ucapan tahniah kepada Rania Qaisara.

"Sebelum tu, thanks sebab bagi cd ni free. Terima kasih juga sebab cakap congrats dekat I tadi. In Shaa Allah, kalau ada rezeki, I nak juga buat performance dekat mana-mana. Okay, I nak balik ke rumah my Mom. Thanks again sebab bagi cd ni dekat I. I pergi dulu ya," ujar Rania Qaisara lalu melemparkan senyuaman terhadap petugas premis itu.

Rania Qaisara memberi isyarat pada Latifah Dan Atikah supaya mereka akan meneruskan perjalanan untuk bergerak pulang ke rumah Dato' Alia. Namun, tiba-tiba, petugas di kaunter pembayaran memanggil nama penyanyi popular tersebut.

"Can we take a selfie, please?" bicara jejaka berkenaan lalu mengeluarkan telefon pintarnya yang berjenama Samsung S20.

Rania Qaisara menganggukkan kepalanya secara berulang kali menandakan dia bersetuju dengan cadangan pemuda berkenaan. Gadis itu lantas memanggil Atikah dan Latifah untuk mengambil gambar mereka berdua.

Atikah berjalan pantas untuk mendekati Rania Qaisara. Telefon pintar yang sedang dipegang oleh pemuda itu diambil olehnya. Atikah segera mengambil gambar Rania dan petugas premis tersebut yang sedang memegang cakera padat bagi lagu berjudul 'Bila Larut Malam'.

Atikah meyerahkan semula telefon pintar kepada jejaka tersebut. Lelaki itu berterima kasih buat sekali lagi kepada Rania Qaisara, Atikah dan Latifah. Ketiga-tiga orang gadis itu lantas beredar daripada premis tersebut.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now