#80

24 1 0
                                    

"Baiklah, saya sudah dapat keputusan daripada juri-juri tetap. Saya mulakan dahulu dengan, memberitahu markah undian SMS daripada para penonton rancangan ini," jelas pengacara rancangan tersebut kepada para penonton.

"Dengan peratusan sebanyak 37% untuk undian SMS, Tengku Farah menjuarainya. Rania Qaisara pula hanya menerima sebanyak 13% sahaja untuk undian SMS," tambah hos rancangan itu lagi.

Peminat-peminat Tengku Farah menjerit kegembiraan tatkala Tengku Farah mengalahkan Rania Qaisara daripada aspek pengundian SMS. Mereka lantas bersorak sambil memanggil nama penyanyi tersebut secara berulang kali.

"Untuk bahagian kedua ialah markah daripada juri-juri tetap. Saya akan maklumkannya sekarang juga. Dengan markah sebanyak 31%, Rania Qaisara mendahului. Tengku Farah pula menerima markah sebanyak 19%," pengacara rancangan Classic Songs mengumumkan keputusan untuk markah daripada juri tetap rancangan.

" Baiklah, saya akan umumkan keputusan muktamad sekarang. Penyanyi yang akan mara ke pusingan kedua ialah Tengku Farah dengan mengumpulkan markah keseluruhan sebanyak 56%. Tahniah saya ucapkan kepada Tengku Farah. Diminta Rania Qaisara untuk kembali ke bahagian belakang pentas," ujar hos rancangan popular berkenaan.

Bunyi teriakan dan pekikan persis guruh yang sedang berdentum dengan kuat memenuhi dewan besar Syarikat Penyiaran TVMas tersebut. Para peminat Tengku Farah berasa gembira ketika penyanyi berbakat itu diumumkan untuk mara ke pusingan kedua dalam rancangan yang diberi nama, Classic Songs itu.

Pengarah Adni menghela nafas lega tatkala Tengku Farah mampu mengalahkan Rania Qaisara dengan bantuan Pengarah Hafiz. Wanita tersebut menguntumkan senyuman sinis terhadap Pengarah Hafiz.

Presiden Rafiq mendengus nafas kasar tatkala mendapat tahu bahawa Tengku Farah akan mara ke pusingan kedua bagi rancangan Classic Songs tersebut. Pemuda itu seolah-olah tidak percaya dengan keputusan muktamad yang telah diumumkan.

"Macam lain macam saja peratusan undian SMS untuk Rania. Mustahil sikit sangat sampai berbelas saja. Macam ada yang tak kena saja dengan sistem undian rancangan ni," desis suara kecil Presiden Rafiq.

**********

"I minta maaf Rayyan sebab I tak boleh penuhi impian I sendiri untuk kalahkan Farah dalam first round survival tu. I rasa srba salah dengan you. I am sorry, Rayyan," bicara Rania Qaisara pada Tengku Rayyan.

"Rania, I kan dah cakap dengan you tadi. I tak kisah pun kalau you tak menang lawan menyanyi dengan Farah tu. Bagi I, persembahan you tadi sangat bagus lagi-lagi you ni baru beginner dalam bidang seni suara ni. Lagi pun, you dengar kan hos tu kata tadi? You dapat 31% untuk persembahan tu tadi. Farah yang dah lama menyanyi pun hanya dapat 19% saja," jelas Tengku Rayyan yang ingin menenangkan perasaan Rania Qaisara.

"You tahu tak betapa bermaknanya markah juri tu untuk I? Nampak sangat yang you ni lagi talented than Farah. Jauh beza markah juri you dengan markah Farah. Farah pun actually menang disebabkan undian SMS dia, bukannya bakat yang ada pada dia. Macam yang I bagi tahu dekat you tadi lah. You don't have to apologize to me, you did the best to sing earlier. I'm proud of you, Rania," tambah Tengku Rayyan lagi.

Kelihatan Rania Qaisara sedang menundukkan wajahnya untuk melihat lantai tanpa berjubin di bahagian belakang pentas dewan berkenaan. Tengku Rayyan mengerutkan dahinya tatkala melihat gadis it berada dalam keadaan demikian.

"Rania, kenapa ni? You macam tengah sedih saja. Are you crying?" soal Tengku Rayyan pada Rania Qaisara.

Rania Qaisara tidak menjawab pertanyaan daripada Tengku Rayyan. Pemuda itu lantas mendongakkan wajah gadis itu supaya dapat melihat diri jejaka tersebut.

Bunyi tangisan yang teresak-esak mula didengari oleh Tengku Rayyan. Tampak jelas air mata yang mula mengalir pada pipi putih mulus milik gadis anggun berkenaan. Rania Qaisara tidak mampu menahan perasaan sedihnya lagi lalu menyandarkan wajahnya pada tubuh pemuda kacak tersebut.

"I nak jumpa dengan my Mom. Dah lama I tak jumpa dengan dia and Aunty Ju. I rindu dengan dia orang sangat-sangat. Can I meet my Mom right now, Rayyan?" tanya Rania Qaisara pada Tengku Rayyan

Tengku Rayyan dan Rania Qaisara didatangi oleh Tengku Farah secara tiba-tiba di bahagian belakang pentas tersebut. Tengku Farah bersembunyi disebalik sebuah tembok besaryang terletak di belakang pentas berkenaan. Gadis itu berasa iri hati ketika melihat adegan mesra antara jejaka itu bersama-sama musuhnya.

Tengku Farah sengaja untuk bersembunyi di sebalik tembok besar tersebut dengan lebih lama lagi. Gadis yang mengenakan kain paras atas lutut berwarna biru gelap tersebut tiba-tiba terbatuk secara berulang kali.

Tengku Rayyan dan Rania Qaisara tersentak ketika mendengar seseorang terbatuk di kawasan itu secara tiba-tiba. Jejaka berkulit putih tersebut lantas menyatakan sesuatu menggunakan nada sinis.

"Farah, tak payah lah nak menyorok dekat belakang tembok tu. I kenal macam mana cara batuk you tu. Keluar lah cepat dari situ. Best pula dapat peluk Rania kuat-kuat macam ni. Tengok lah sini," tutur Tengku Rayyan sambil meninggikan suaranya.

Rania Qaisara masih menundukkan wajahnya ke arah lantai yang tidak bersimen tersebut. Gadis anggun itu tidak mahu menerima renungan tajam lagi daripada penyanyi senior syarikat, iaitu Tengku Farah.

Tengku Rayyan sengaja untuk memeluk tubuh Rania Qaisara dengan lebih erat. Tengku Farah lantas tidak mahu bersembunyi di sebalik tembok itu lalu bergerak menuju ke arah mereka berdua. Gadis tersebut kelihatan cemburu dengan pelukan erat berkenaan. Dia segera menyatakan sesuatu kepada Tengku Rayyan.

"You ingat I jealous ke bila you peluk-peluk dengan Rania tu? I tak kisah lah, Rayyan. I menyorok dekat belakang tembok tu pun sebab I nak ambil ubat I yang terjatuh dekat situ," ujar Tengku Farah dengan tergagap-gagap.

"Mana ada orang yang nak mengaku bila dia dah kena tegur. Cakap pun tergagap-gagap. I tahu lah yang actually you nak jumpa dengan I. Tak payah lah nak berbohong dengan I. Don't disturb us. You pergi lah berlatih untuk menyanyi untuk second round nanti," bicara Tengku Rayyan pada Tengku Farah.

Tengku Farah segera beredar daripada bahagian belakang penta dewan besar syarikat itu. Namun, Tengku Rayyan menjeritkan sesuatu kepada gadis tersebut. Langkah gadis itu segera terhenti untuk mendengar kata-kata pmuda berkenaan.

"Untuk second round nanti, tak payah lah nak suruh your Mom berkomplot dengan syarikat ni. Maksud I, tak payah lah nak suruh pekerja syarikat ni untuk tinggikan markah jumlah undian SMS you. Macam murah sangat maruah tu. Bagi duit untuk buatkan you menang and kalahkan Rania tadi," jerit Tengku Rayyan dengan sinis.

Tengku Farah lantas bergerak keluar daripada bahagian belakang pentas dewan itu. Gadis ayu tersebut berasa terkesan dengan fitnah yang dilemparkan oleh Tengku Rayyan terhadap dirinya dan Pengarah Adni sebentar tadi

"You ni jahat lah. Dah lah you buat dia jealous dengan I tadi. You tambah lagi dengan menfitnah dia. Kesian pula I tengok Farah tu. Mesti dia malu dengan you nanti," bebel Rania Qaisara pada Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan ketawa terbahak-bahak ketika mendengar omelan daripada Rania Qaisara. Mereka berdua lantas beredar daripada kawasan tersebut.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now