#67

21 2 0
                                    

            "Kita kena buat sesuatu untuk naikkan semula popularity Rania. Kalau tak, mungkin cd single Rania that will be distributed across the country tak laku . Fantasy Entertainment will suffer a huge loss if theis really happens. Kita kena fikirkan sesuatu so we won't suffer the worse," tutur Tengku Zulkarnain Shah sambil berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumah banglo berkenaan.

"Betul tu Papa. Rayyan risau kalau semua kontroversi tu akan buat prestasi Rania dalam bidang seni suara ni terganggu. Not that all, it may give bad reputation towards our company. Kita kena buat sesuatu. Kita kena rancang strategi supaya Rania boleh dapat popularity dia semula," ujar Tengku Rayyan pula.

"Ini cuma cadangan Rafiq saja. Mungkin, Rania kena boleh buat persembahan secara percuma dekat mana-mana pusat warga emas. Macam yang Abang and Papa, Rania memang minat dengan lagu-lagu lama dan dia juga boleh nyanyi lagu-lagu macam tu. Mesti warga emas nanti suka dengan persembahan dia. Itu cuma cadangan Fiq saja. Rania, you setuju dengan cadangan I ni?" soal Presiden Rafiq di penghujung kata-katanya.

"Saya setuju dengan cadangan Tuan Presiden tu. Saya sebenarnya hanya ikut saja arahan daripada Board of Directors. Mungkin saya kena buat persembahan dekat mana-mana pusat warga emas nanti. Tapi, kita kena juga buat satu strategi lagi selain daripada buat persembahan dekat situ," bicara Rania Qaisara.

"Kita boleh juga buat persembahan amal dekat dalam dewan syarikat. Untung daripada jualan tiket akan diserahkan pada mana-mana Pusat Penjagaan Anak Yatim dekat Kuala Lumpur ni," jelas Tengku Rayyan yang memberikan idea bernas.

"Kalau kita nak buat persembahan amal, kita kena jemput mana-mana artis dekat Malaysia ni untuk buat persembahan dekat dewan syarikat nanti. Ada apa-apa cadangan kita nak jemput siapa untuk persembahan amal ni?" soal Tengku Shah.

"Saya setuju kalau nak buat persembahan amal dekat dewan syarikat nanti. Tapi ada satu yang saya tak setuju. Pada pendapat saya, it's better if we don't invite any local singers to the charity concert. Pertama, mana ada artis yang nak buat persembahan tanpa dibayar dengan wang," tutur Rania Qaisara yang memberikan pendapatnya.

"Kedua, artis-artis dekat Malaysia ni too demand untuk buat persembahan tanpa berbayar. Tak mustahil, kalau mereka buat persembahan acah tak acah. Maksud saya, mereka berkemungkinan besar akan membuat persembahan dengan bermalas-malasan dengan alasan mereka tidak dibayar," tambah Rania Qaisara lagi.

"Ketiga, kalau kita nak mengundang mereka untuk membuat persembahan amal di dewan syarikat nanti, we have t undergoes a lot of process and this will take a lot of our time," ujar Rania Qaisara untuk memperkukuh pendapatnya.

Tengku Rayyan, Presiden Rafiq dan Tengku Shah menepukkan tangan mereka secara berulang kali kerana bersetuju dengan pendapat Rania Qaisara. Mereka bertiga seolah-olah berbangga dengan pendapat daripada gadis tersebut.

Tengku Rayyan mahu memberikan komentar pada pendapat Rania Qaisara sebentar tadi. Namun, Presiden Rafiq memberikan komentarnya terlebih dahulu secara tiba-tiba sebelum sempat abangnya itu memberikan komentar.

"Sebagai presiden syarikat, saya sangat setuju dengan pendapat you, Rania. Tak sangka pula, yang you ni petah berbicara. Maksud saya, mempunyai pengetahuan yang luas mengenai apa yang berlaku dalam industri seni suara pada hari ini. Mungkin you ni sebenarnya bekas pembahas sekolah?" tanya Presiden Rafiq pada penghujung kata-katanya.

"Rafiq ni memang nak kena belasah dengan aku ke apa? Aku nak cakap, dia pula yang sibuk nak cakap. Mengalah lah sikit dengan abang dia ni. Or he is starting to fell in love with Rania?" omel Tengku Rayyan sendirian.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now