#55

26 2 0
                                    

Rania Qaisara menyeluk beg tangan berjenama CHANEL berwarna hitam miliknya lalu mengeluarkan telefon bimbit jenis iPhone 11Pro. Gadis anggun berkenaan memasukkan kata laluan seraya mengetik aplikasi Whatsapp lalu menaip mesej untuk dihantar kepada ibunya, Dato' Alia.

"Assalamualaikum, Mama, Nia dapat tawaran untuk masuk dalam program Perpetual Melody. 15 orang penyanyi dipilih dalam program ni," Rania Qaisara menaip lalu menghantar mesej tersebut.

"Perpetual Melody ni macam satu pertandingan menyanyi. Lagu-lagu yang finalist nyanyi berunsur lagu-lagu lama. Macam lagu tradisional, lagu-lagu asli, lagu-lagu irama 60-an and macam-macam lagi. Mama doakan Nia tau supaya Nia stay in this competition and sampai final nanti. In Shaa Allah. Nia harap sangat Mama doakan Nia. Bye, Mama, Assalamualaikum," tambah Rania Qaisara lagi.

"Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku rezeki yang luas dalam bidang seni suara ini. Ya Allah, Ya Tuhanku, terima kasih kerana memudahkan perjalanan aku sebagai seorang penyanyi sehingga ke hari ini. Aku bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan ini," Rania Qaisara berdoa di dalam hati.

Rania Qaisara memasukkan semula telefon pintar miliknya ke dalam beg tangan. Gadis anggun itu menadah tangan untuk bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. Gadis itu berasa sangat bersyukur kerana Allah telah membuka pintu rezeki yang cukup luas untuk dia menceburi bidang nyanyian dengan lebih luas.

"Congratulations, Rania. I dah agak mesti you akan cepat popular. Tengok sekarang ni. You dah dapat tawaran dalam Program Perpetual Melody tu. Bukan senang tau nak masuk. Bukan calang-calang orang boleh masuk. I harap you boleh stay dalam program ni. In Shaa Allah boleh dapat first place dalam program tu nanti. I will be glad if you win in the show," ujar Tengku Rayyan kepada Rania Qaisara.

"Thanks to you juga sebab you tolong I pasal music arrangement of the song. I beruntung sangat sebab you jadi manager I. Dah la handsome, pandai jadi vocal coach I and tau pasal muzik semua lagi," jelas Rania Qaisara pula.

"I handsome? Memang I handsome pun. Baru sekarang ke you nak mengaku yang I ni handsome. Dah ramai yang cakap macam tu dekat I. The most important thing is you bukan orang pertama yang cakap macam tu dekat I. Thanks lah sebab puji I," tutur Tengku Rayyan yang berbangga dengan kekacakannya.

"Rania, Rania. Aku nak cakap kau ni cantik. Kalau boleh aku nak luahkan perasaan aku dekat dia cepat-cepat. Nanti lambat, tak pasal-pasal Rafiq tu rampas Rania dari aku, bak kata Khadijah hari tu," omel Tengku Rayyan sambil termenung melihat wajah Rania Qaisara.

Tengku Rayyan merenung tajam wajah Rania Qaisara lalu menepuk kuat meja kayu restoran itu secara tiba-tiba. Jejaka kacak tersebut terpinga-pinga tatkala mendengar tepukan kuat daripada gadis yang berada di depannya itu.

"You gila ke apa tengok muka I sampai termenung macam tu. Tau lah I ni memang cantik, tapi jangan lah you sampai tengok I macam nak makan orang. Lagi satu, kita ada dekat restoran. Banyak yang tengah tengok kita dekat sini. Nanti tak pasal-pasal ada article on entertainment website yang you buat I macam tu. Nanti kita berdua yang malu," ujar Rania Qaisara dengan menggunakan nada perlahan.

Tiba-tiba, datang beberapa orang remaja yang berusia lingkungan 20 tahun menghampiri meja makan Tengku Rayyan dan Rania Qaisara. Sekumpulan remaja tersebut ingin mendapatkan sesuatu daripada Rania.

"You ni Rania kan? Yang menyanyi lagu Bila Larut Malam dekat audition Syarikat Fantasy Entertainment hari tu? Seriously, suara you memang sedap and buat bulu roma I meremang. Kami semua ni peminat Rania. Kami nak minta autograf boleh tak?" soal seorang gadis berkulit hitam manis.

Rania Qaisara melemparkan senyuman manis kepada sekumpulan remaja yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Rania menerima penghuluran buku berkulit tebal yang dihulurkan oleh seorang remaja lelaki.

"Macam mana nak buat autograf ni? I mana pernah buat benda-benda macam ni. I kan baru saja jadi penyanyi. Macam mana nak buat ni? I pening lah, Rayyan," bisik Rania Qaisara pada telinga Tengku Rayyan.

"You tulis I love you dekat kertas tu. Then, tulis nama you dekat kertas tu," bisik Tengku Rayyan pada telinga Rania Qaisara pula.

Rania Qaisara mematuhi arahan yang diperkatakan oleh Tengku Rayyan. Gadis itu membuat autograf pada buku berkulit keras yang diberikan oleh sekumpulan remaja itu kepada dirinya. Kemudian, dia menyerahkan semula buku tersebut kepada mereka semula.

"Rania, lelaki handsome ni you punya manager or ada something special dengan dia?" soal seorang lelaki lembut pada Rania Qaisara.

"Kami berdua tak ada apa-apa lah. Lelaki depan I ni Cuma manager I saja. Kami tak ada hubungan macam yang you expect tu. Nama manager I ni Tengku Rayyan," jelas Rania Qaisara kepada lelaki lembut tersebut.

"Oh. Handsomenya Tengku Rayyan ni," tutur lelaki lembut tersebut seraya menggigit lembut jari telunjuknya.

Tengku Rayyan tersipu malu mendengar pujian daripada lelaki lembut. Jejaka itu hanya ketawa mendengar pujian terhadapnya pada masa yang sama. Pemuda itu terus menundukkan kepalanya ke arah bawah.

"Rania, boleh tak nak tangkap gambar dengan you? Seriously, I ni you punya ultimate fan," jelas seorang gadis kepada Rania Qasiara.

Rania Qaisara menganggukkan kepalanya berulang-ulang kali menandakan dia bersetuju dengan cadangan peminatnya itu. Peminat Rania itu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Tengku Rayyan. Jejaka itu menyusun kedudukan para peminat Rania seraya mengambil gambar mereka bersama-sama Rania.

Sekumpulan remaja tersebut berterima kasih kepada Rania Qaisara dengan sikapnya yang amat disenangi dan melayan mereka dengan baik. Para peminat Rania itu lantas bergerak keluar daripada restoran tersebut.

"Untung lah Rania. Baru berapa bulan saja ada penyanyi, dah ada fans yang minta autograph dekat you . Sampai ambil gambar dengan fans lagi. I yang handsome ni pun tak ada yang nak bergambar. I berbangga dengan populariti you ," jelas Tengku Rayyan kepada Rania Qaisara seraya ketawa kecil.

"I pun pelik. Baru saja jadi penyanyi, dah ada peminat yang minta autograf bagai. Bangga I, mesti you jealous kan? Tapi, macam rasa tak selamat pula bila ramai yang perhatikan I," tutur Rania Qaisara pada Tengku Rayyan.

"I tak jealous pun. Sebab walaupun ramai you punya fans yang nak bergambar dengan you, ada juga yang kata I ni handsome. Seriously I yakin, confirm banyak fans you ang akan bergambar dengan I juga nanti. Kan best macam ni even though I ni just your manager," balas Tengku Rayyan sinis.

Rania Qaisara dan Tengku Rayyan ketawa terbahak-bahak secara serentak. Walaupun kini gadis tersebut dikenali sebagai seorang penyanyi, dia lebih gemar untuk berada di mana-mana sahaja yang dia sukai.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now