#110

14 1 0
                                    


Katil pesakit beroda tersebut ditolak dengan cepat oleh para jururawat yang sedang bertugas di hospital itu. Mereka segera menuju ke arah wad kecemasan.

"Tuan dan Puan tak boleh masuk ke dalam wad kecemasan. Kami akan cuba yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit. Maaf Puan, Tuan. Sila bersabar dan duduk di kerusi yang disediakan," tutur jururawat lantas menutup pintu wad kecemasan itu.

"Sayang, anak kita Abang. Anak kita, Rayyan. I tak nak dia tinggalkan kita Abang," ujar Tengku Sofea dengan menangis teresak.

"Sayang, apa lah cakap macam tu. In Shaa Allah, anak kita akan selamat. Ajal maut, semua rahsia Allah. Kita tak boleh lawan qada' dan qadar Allah. Kita kena terima dengan seadanya. Bawa bertenang ya, sayang. Kita kena banyakkan doa dan berzikir. Mudah-mudahan anak kita boleh diselamatkan," bicara Tengku Shah sambil mengusap badan milik Tengku Sofea..

Jam tangan berjenama Tissot dikerling oleh Tengku Shah yang terletak pada pergelangan tangan kanannya. Jam menunjukkan jam 1.30 petang menandakan masa untuk fardhu Zuhur. Kemudian, lelaki itu menyatakan sesuatu kepada Tengku Sofea.

"Sayang, mari kita solat. Zuhur dah masuk ni. In Shaa Allah, berkat doa kita Rayyan boleh diselamatkan," jelas Tengku Shah.

"Tapi Abang, Rayyan dekat dalam wad tu. I takut kalau doktor tiba-tiba keluar untuk maklumkan keadaan Rayyan. Nanti kalau kita solat, macam mana doktor nak jumpa kita?" tanya Tengku Sofea pada Tengku Shah.

"Sayang, In Shaa Allah dengan berkat doa kita masa solat nanti, Rayyan boleh diselamatkan. Lagipun, tak baik kita melengah-lengahkan solat. Jom lah kita pergi solat, kita berserah saja pada Allah," jawab Tengku Shah.

Tengku Shah memegang kedua-dua belah tangan milik isterinya yang tercinta, iaitu Tengku Sofea lalu mengusap tangannya tersebut. Akhirnya, Tengku Sofea berdiri bersama-sama dengan suaminya untuk menuju ke arah surau hospital berkenaan.

**********

Seusai bersolat, Tengku Shah mula bersila di atas sejadah yang dibentang olehnya di surau lelaki tersebut. Lelaki itu terus menadah tangan untuk berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Tuhanku Yang Maha Esa, Yang Mentadbir segala makhluk di atas bumi ini. Hambamu yang kudus ini ingin memohon kemaafan dari-Mu Ya Allah. Jika benar itu merupakan kifarah terhadap dosa-dosa yang pernah aku buat dahulu, aku terima Ya Allah. Tapi, Ya Allah, kau permudahkan segala urusan dalam rawatan kecemasan yang sedang dihadapi oleh anakku Tengku Rayyan," doa Tengku Shah.

Air mata mula membasahi pipi milik Tengku Shah. Sementara itu, Tengku Sofea turut mendoakan agar Tengku Rayyan dapat menjalani pembedahan dengan baik.

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan pembedahan yang sedang dijalani oleh anak sulungku, iaitu Tengku Rayyan. Jangan lah Engkau ambil nyawanya daripada kami. Sesungguhnya, aku tak sanggup lagi untuk menerima kehilangannya daripada hidupku ini. Ya Allah, kau terimalah doa daripada hamba-Mu yang kudus lagi hina ini. Amin Ya Rabbal Alamin," doa Tengku Sofea seraya mengusapkan tangannya pada wajahnya.

Tengku Sofea melipat sejadah lalu menyusunkannya pada sebuah rak sejadah. Telekung yang digunakan olehnya sebentar tadi digantung pada penyangkut baju lalu digantung semula ke dalam sebuah almari. Tudung yang berwarna hijau dipakai kemas oleh wanita itu tanpa membiarkan rambutnya menjadi tatapan buat lelaki ajnabi.

Setelah memakai tudung dengan kemas, Tengku Sofea mempercepat langkahnya untuk bergerak menuju ke arah bahagian luar surau perempuan. Ternyata, Tengku Shah sedang menunggu kehadirannya untuk selesai bersolat.

"Abang, jom kita pergi ke wad kecemasan tu sekarang," tutur Tengku Sofea pada suaminya.

Tengku Shah dan Tengku Sofea segera berjalan pantas untuk menuju ke arah bahagian luar wad kecemasan. Mereka berharap agar Tengku Rayyan dapat diselamatkan dan berada dalam keadaan yang baik. Mujur sahaja surau hospital terletak pada aras yang sama dengan wad kecemasan tempat anak mereka dirawat.

Dari jauh, kelihatan seorang doktor sedang berada di bahagian luar wad kecemasan seolah-oleh sedang menunggu kehadiran waris terdekat bagi pesakit bernama Tengku Rayyan. Tengku Sofea dan Tengku Shah berjalan pantas untuk mendekatinya.

"Tuan dan Puas, waris terdekat Tengku Rayyan Bin Tengku Zulkarnain Shah?" tanya doktor tersebut sambil meneliti borang pesakit yang berada pada tangannya.

"Ya, kami berdua ialah ibu dan bapa kepada Tengku Rayyan. Macam mana keadaan anak saya Doktor?" jawab Tengku Shah.

"Macam mana keadaan anak saya Doktor? Anak saya dalam keadaan yang baik-baik saja kan?" soal Tengku Sofea pada doktor berkenaan.

"Syukur Alhamdulillah, Tengku Rayyan mampu diselamatkan oleh kami," jawab doktor itu lalu melemparkan senyuman terhadap Tengku Shah dan isterinya.

"Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Boleh tak kami lawat Rayyan sekarang?" tanya Tengku Shah pada doktor berkenaan.

"Boleh tu, memang boleh. Tapi, Tengku Rayyan berada dalam keadaan koma. Kami tak pasti berapa lama tempoh yang diambil untuk Rayyan sedar kembali. Mungkin sebulan, 6 bulan atau setahun. Maafkan kami. In Shaa Allah, berkat doa Tengku, Rayyan boleh cepat sedar daripada koma. Bersabar ya dan sentiasa beristiqamah untuk berdoa," tutur doktor tersebut lalu beredar daripada kawasan itu.

"Allahuakbar, Rayyan koma, Abang. Apa yang kita kena buat sekarang ni Abang? Ya Allah, aku tak sanggup," Tengku Sofea menghenyakkan pinggulnya pada kerusi yang terletak di bahagian luar wad kecemasan.

"Sayang, ini semua qada' dan qadar Allah. Kita tak boleh nak lawan takdir Allah. Kita masih kena bersyukur sebab Rayyan tak tinggalkan kita. Dia masih ada dalam koma. In Shaa Allah, Rayyan akan sedar, sayang. Kita kena sabar, ini semua dugaan untuk hamba-Nya. Allah tak akan uji hamba-Nya melainkan mereka tidak kuat untuk menjalani dugaan-Nya," ujar Tengku Shah pada isterinya

"Apa yang kita kena buat sekarang ialah berdoa. Dengan doa, semua keajaiban boleh berlaku dengan keizinan Allah S.W.T. In Shaa Allah, macam I cakap tadi, Rayyan mesti sedar daripada koma. Dia kan kuat dalam apa-apa masalah yang dia dapat. Dari kecil lagi, kalau ada masalah, mesti dia boleh selesaikan," bicara Tengku Shah.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now