#111

11 1 0
                                    


"Kau nak apa call aku ni? Kan aku dah cakap dengan kau, jangan sesekali call aku. Aku tak suka kau. So please, jangan ganggu hidup aku ni. Kau ni tak faham ke apa yang aku cakap sebelum ni?" tengking Rania Qaisara pada Presiden Rafiq.

Presiden Rafiq terkedu tatkala menerima tengkingan daripada penyanyi popular Syarikat Fantasy Entertainment, iaitu Rania Qaisara. Jejaka tampan tersebut lantas meneruskan perbualannya dengan gadis itu.

"Rania, dengar dulu apa yang I cakap ni. Ni pasal abang I, your manager and your vocal coach, Tengku Rayyan. Dia dalam keadaan koma sekarang. Dia baru accident pagi tadi, I cuma nak inform you tu saja," tutur Presiden Rafiq dengan lembut.

"Apa? Rayyan koma? You jangan nak main-main dengan I. Kita orang baru je whatsapp pagi tadi," ujar Rania Qaisara yang tidak percaya dengan kata-kata Presiden Rafiq.

"Betul Rania, I tak tipu. Why should I lie about my brother's health condtion?" Presiden Rafiq memberikan persoalan pada penghujung kata-katanya.

Rania Qaisara menamatkan panggilan antara dirinya dengan Presiden Rafiq. Gadis itu lantas bersalaman dengan ibunya, iaitu Dato' Shazana Alia.

"Eh, kenapa tiba-tiba salam dengan Mama ni? Tak kan Rania nak balik KL dah? Baru saja sehari bermalam dekat sini. Tinggal lah dekat sini dua, tiga hari lagi. Tak puas Mama nak lepaskan rindu dengan Nia," bicara Dato' Alia pada Rania Qaisara.

"I'm sorry, Mama. Memang tak boleh nak bermalam lagi dekat sini. Rayyan baru accident pagi tadi and sekarang ni dia tengah koma. Izinkan Nia pergi melawat Rayyan, boleh tak Mama?" soal Rania Qiasara kepada ibunya.

"Pergi lah Rania. Tu kan manager Nia. Mama izinkan Nia untuk pergi ke sana," jawab Dato' Alia tanpa menghalang keinginan anak perempuannya untuk melawat keadaan Tengku Rayyan yang sedang berada dalam keadaan koma.

Latifah dan Atikah yang sedang berbual-bual antara satu sama lain sebentar tadi berasa tersentak secara tiba-tiba. Mereka berdua seolah-olah tidak percaya dengan pernyataan daripada Rania Qaisara yang menyatakan bahawa Tengku Rayyan berada dalam keadaan koma akibat terlibat dalam suatu kemalangan.

Mujur sahaja segala baju yang dibeli di butik terkemuka di Ipoh masih tidak dikeluarkan daripada perut kereta Perodua Myvi milik Latifah. Namun, gadis itu dan Atikah tetap bergerak ke aras dua untuk mengemas baju-baju kotor yang telah dipakai pada hari semalam.

Dengan pantas, mereka mengemas baju-baju mereka dalam masa lebih kurang 2 minit sahaja. Mereka berdua bergegas untuk menuruni tangga yang menghubungkan antara aras pertama dan aras kedua bagi rumah banglo itu.

"Elok-elok pergi ke KL nanti, awak semua. Fafa and Kaka, jaga nak aunty elok-elok," jelas Dato' Alia pada Latifah dan Atikah.

"Kalau Mama rindu Nia, Mama ajak lah Aunty Ju pergi ke rumah kita orang. Rumah tu always terbuka untuk Mama. Nia pergi dulu ya, Mama? Assalamualaikum," tutur Rania Qaisara seraya bersalaman dengan Dato' Alia.

Atikah dan Latifah turut bersalaman dengan Dato' Alia. Kemudian, mereka segera mempercepat langkah mereka untuk beredar daripada rumah banglo berkenaan.

Semua baju-baju kotor yang telah disusun sebentar tadi diletakkan hanya di dalam perut kereta jenis Perodua Myvi milik Latifah. Gadis itu lantas menduduki tempat pemandu lalu menghidupkan enjin keretanya untuk meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

**********

Rania Qaisara segera bergerak keluar daripada perut kereta Perodua Myvi sebaik sahaja kereta berkenaan diparkir di tempat parkir kenderaan, Hospital Kuala Lumpur. Gadis itu berjalan pantas untuk memasuki hospital tersebut.

"Rania, tunggu lah kita orang. Sabar kejap, Rayyan tu bukannya lari ke mana pun," ujar Atikah yang bersuara dengan lantang.

Langkah Rania Qaisara dihentikan secara tiba-tiba setelah gadis itu mendengar kata-kata daripada rakan baiknya, iaitu Atikah. Latifah mematikan enjin kereta miliknya lalu bergerak keluar daripada perut keretanya.

Rania Qaisara, Latifah dan Atikah bergerak pantas untuk menuju ke arah bahagian dalam hospital besar berkenaan. Mereka lantas berjalan untuk pergi ke kaunter pendaftaran hospital untuk menanyakan bilik yang Tengku Rayyan berada.

"Assalamualaikum, nurse. Mana bilik rawatan Tengku Rayyan Bin Tengku Zulkarnain Shah?" soal Rania Qaisara pada petugas yang berada di kaunter pendaftaran tersebut.

"Waalaikumussalam, sebentar ya. Saya nak cari maklumat untuk Tengku Rayyan," jawab petugas itu lalu mencari data mengenai Tengku Rayyan di dalam komputer.

"Maaf Cik. Tengku Rayyan baru saja check-out daripada hospital ni dalam sejam yang lepas," bicara petugas tersebut.

"Oh, kalau macam tu, tak apa lah. Terima kasih sebab bagi maklumat dekat saya. Assalamualaikum," jelas Rania Qiasara lalu bergerak keluar daripada hospital besar berkenaan bersama-sama dengan Atikah dan Latifah.

Rania Qaisara lantas menyatakan sesuatu kepada rakan-rakannya. Gadis itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Rafiq. Tampak wajah Rania yang sedang marah terhadap tindakan majikannya tersebut.

"Aduh, Rafiq. Kenapa dia tak bagi tahu yang Rayyan dah tukar hospital. Benci betul lah," Rania Qaisara berasa tidak puas hati dengan Presiden Rafiq.

"Rania, kan nurse tu kata yang baru sejam Tengku Rayyan tukar hospital. Mestilah Presiden Rafiq tengah uruskan abang dia tu. Sikit lagi dia call la tu, untuk inform dekat you," tutur Atikah untuk menenangkan Rania Qaisara.

Telefon pintar berjenama iPhone 11 Pro milik Rania Qaisara berdering secara tiba-tiba. Gadis itu lantas menyeluk perut beg tangannya yang berjenama Sachs. Dia segera mengangkat panggilan daripada Presiden Rafiq.

"Rania, I'm sorry. Rayyan baru saja ditukarkan dekat Damai Service Hospital. Sorry sangat sebab tak dapat nak inform you dengan cepat. I kena uruskan Rayyan tadi. I'm sorry, Rania," Presiden Rafiq memulakan panggilan.

"Okay, fine. Aku nak pergi ke sana sekarang juga. Bye, Assalamualaikum," ujar Rania Qaisara lalu mematikan panggilan antara dirinya dengan Presiden Rafiq.

Rania Qaisara menghembus nafas lega setelah mengetahui bahawa Tengku Rayyan telah didaftarkan ke dalam hospital swasta, iaitu Damai Service Hospital. Atikah lantas menyatakan sesuatu kepada rakan baiknya itu.

"Rafiq yang call. Dia kata yang Rayyan sekarang dah ada dekat Damai Service Hospital," bicara Rania Qaisara pada rakan-rakannya.

"Kan I dah kata Rania. Presiden Rafiq mesti tengah uruskan Tengku Rayyan. Sebab tu dia lambat. Tak baik lah Nia, you berprasangka buruk dekat dia macam tu. Kesian dia," jelas Atikah pada Rania Qaisara.

"Rania, I nak tanya something dekat you. Kenapa you tak boleh nak maafkan Presiden Rafiq lagi? You tak kesian ke dekat dia tu? Dia kan majikan you, tak seronok lah kalau you brgaduh dengan dia," tutur Latifah.

"Rania, Tengku Rayyan tu, Abang kepada Presiden Rafiq. Dah semestinya lah, yang Rafiq sayangkan Abang dia. Masa hari yang tangan Rayyan berjahit tu, mesti lah Rafiq rasa marah. Siapa yang boleh tahan marah kalau ada orang yang buat orang yang dia sayang terluka?" tambah Latifah lagi.

"Macam you juga Rania. Apa yang you akan buat kalau someone tertolak your mom and dia jatuh? Definitely, you akan marah juga. Same goes to Presiden Rafiq too. Nia, dalam hal ni, I tak berpihak pada sesiapa tau. I cuma nak you and Rafiq berbaik-baik macam dulu, bergurau sama-sama. Tak nak lah macam sekarang ni, dingin saja," ujar Latifah sambil mengusap tangan Rania Qaisara.

"Betul apa yang Fafa kata tu. Dalam hal ni, I pun tak memihak kepada sesiapa. You maafkan saja lah Presiden Rafiq tu. Tak dapat apa pun Nia kalau you gaduh dengan dia. In Shaa Allah, hati you mesti tenang lepas you maafkan dia. Believe in us, Nia," bicara Atikah pada Rania Qaisara.

"In Shaa Allah, I akan maafkan dia. Apa-apa pun, jom kita pergi ke Damai Service Hospital sekarang," jelas Rania Qaisara.

Rania Qaisara dan dua orang rakan baiknya, iaitu Atikah dan Latifah memasuki perut kereta berjenama Perodua Myvi milik Latifah. Mereka segera beredar daripada kawasan parkir kereta bagi Hospital Kuala Lumpur untuk menuju ke Damai Service Hospital.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now