#115

17 1 0
                                    


Rania Qaisara memasuki bilik rawatan Tengku Rayyan yang terletak di Damai Service Hospital. Gadis tersebut terus mengeluarkan sebuah buku kecil yang mengandungi surah Yassin daripada beg tangannya yang berjenama GUCCI.

Kerusi yang disediakan di sebelah katil pesakit diduduki oleh Rania Qaisara. Surah Yassin mula dibaca oleh gadis itu untuk memohon kesembuhan daripada Allah S.W.T kepada Tengku Rayyan sedang berada dalam keadaan koma.

Tengku Sofea tidak berpeluang untuk melawat Tengku Rayyan pada hari ini kerana demam panas. Wanita itu terlalu bimbang dengan kesihatan anak lelakinya. Tengku Shah pula tidak mahu membiarkan isterinya bersendirian di rumah. Lelaki itu mahu menjaga isterinya yang tercinta sehingga dia sihat seperti sediakala.

Tengku Shah dan Tengku Sofea telah mengamanahkan Rania Qaisara bagi menziarahi Tengku Rayyan di Damai Service Hospital. Gadis itu hanya menerima amanah yang diberikan kepadanya tanpa sebarang alasan.

Latifah dan Atikah pula tidak dapat untuk menemani Rania Qaisara bagi menziarahi Tengku Rayyan kerana mereka perlu meneruskan latihan mereka sebagai pelatih di Syarikat Fantasy Entertainment. Presiden Rafiq menyatakan bahawa mereka akan berkolaborasi dengan Rania untuk sebuah lagu dalam beberapa bulan lagi.

Setelah Rania Qaisara selesai membaca surah Yassin, dia mengerling jam dinding yang disangkut kemas pada paku dinding bilik rawatan berkenaan. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sehingga masuk solat fardhu Zuhur.

"Rayyan, semalam Rafiq melamar I dekat rumah dia lepas majlis doa selamat untuk you. Tapi, I tolak lamaran dia sebab I tak sukakan dia. I pun dah suka kan orang lain and orang tu bukan dia," Rania Qaisara memulakan penceritaannya.

"Rayyan, actually I dah mula sukakan you. Sebenarnya, perasaan ni dah lama, tapi baru hari ni I ada semangat untuk luahkan dekat you. I tak pasti sama ada cinta ni akan terbalas. But, I really hope that you love me too. Kalau you tak terima, I tak kisah sangat sebab I bukannya perempuan yang baik," tambah Rania Qaisara lagi pada Tengku Rayyan.

"Rayyan, I harap you boleh sedar dengan secapat yang mungkin. Tengku Sofea rasa sedih sangat sebab you tak sedarkan diri. Sekarang ni, dia tengah demam panas sebab risau dengan keadaan you. Rayyan, you cepat sedar ya? Everyone are missing for you. Sekarang dah masuk fardhu Zuhur ni, I nak pergi ke surau hospital ni dulu. Nanti I ziarah you lagi. Bye, Rayyan. Assalamualaikum," tutur Rania Qaisara lalu bingkas bangun daripada kerusi yang diduduki olehnya sebebntar tadi.

Semasa sedang berdiri untuk meninggalkan bilik rawatan Tengku Rayyan, tangan sebelah kirinya dipegang oleh seseorang secara tiba-tiba. Gadis itu lantas melihat insan yang sedang memegang tangannya itu.

Rania Qaisara berasa terkejut tatkala menyedari bahawa tangan sebelah kirinya telah dipegang oleh jejaka yang dicintainya, iaitu Tengku Rayyan. Kedua-dua belah mata pemuda itu juga telah terbuka sedikit demi sedikit.

"Khadijah, kenapa I ada dekat sini? I buat apa dekat sini sebenarnya?" soal Tengku Rayyan pada Rania Qaisara.

Rania Qaisara berasa hairan kerana Tengku Rayyan memanggilnya dengan nama Khadijah dan bukannya dengan nama Rania. Gadis anggun tersebut lantas memegang tangan pemuda itu dengan penuh kelembutan.

"Rayyan, ini I, Rania Qaisara. I bukannya Khadijah. Nama I, Rania," ujar Rania Qaisara pada Tengku Rayyan.

"Kalau you bukan Khadijah, dekat mana Ijah sekarang. You bagi tahu I sekarang dia dekat mana? Dia cedera parah ke? Sebab I tolak dia ke tepi jalan untuk selamatkan dia," bicara Tengku Rayyan pada Rania Qaisara.

"Rayyan, kenapa dengan you ni? Ni I, Rania and bukannya Khsdijah. Mana ada you selamatkan sesiapa masa tu. Cuma ada you seorang saja yang accident tadi. Please Rayyan, jangan macam ni," jelas Rania Qaisara pada jejaka tersebut.

Air mata Rania Qaisara mula membasahi tangan milik Tengku Rayyan. Gadis itu berasa sedih kerana kehadirannya ibarat tidak memberi makna kepada pemuda berkenaan. Jejaka itu lantas menyatakan sesuatu kepada gadis tersebut.

"I don't care who you are, Rania ke apa ke. Aku tanya sekarang ni, Khadijah dekat mana? Dia cedera parah tak? Jawab lah soalan aku ni," soal Tengku Rayyan seraya menggoyangkan tubuh Rania Qaisara.

Pada ketika itu, Tengku Rayyan tidak lagi menggunakan frasa 'I' dengan 'you' untuk berbicara dengan Rania Qaisara. Hal tersebut telah menjadikan gadis tersebut berasa tersentak dengan kata-kata yang keluar daripada pengurusnya.

Rania Qaisara melepaskan cengkaman Tengku Rayyan terhadap tangannya sebentar tadi. Gadis itu segera berlari untuk bergerak keluar daripada bilik rawatan berkenaan. Dia lantas menjerit untuk memanggil nama doktor yang bertugas pada waktu tersebut.

Doktor Amin yang bertugas untuk menjaga tahap kesihatan Tengku Rayyan bergegas ke bilik rawatan pesakitnya setelah mendengar jeritan daripada Rania Qaisara. Beberapa orang jururawat turut bergegas bersama-sama dengan doktor itu.

"Suntikkan ubat penenang pada lengan Tengku Rayyan. Sekarang juga," arah Doktor Amin pada jururawat yang bertugas.

Doktor Amin memegang lengan Tengku Rayyan dengan lebih kuat lalu jururawat tersebut menyuntikkan ubat penenang pada lengan jejeaka berkenaan. Akhirnya, Tengku Rayyan menjadi lebih lemah dan menutup kedua-dua belah matanya.

"Doktor, tadi masa saya nak keluar untuk solat Zuhur, tiba-tiba Rayyan sedar daripada koma. Tapi apa yang saya pelik, dia anggap saya ni Khadijah. Bila saya cakap dengan dia yang sebenarnya saya ni bukan Khadijah, dia jadi tak tentu arah tiba-tiba. Dia cengkam tangan saya macam dia betul-betul tengah marah," Rania Qaisara bercerita pada Doktor Amin.

"Saya nak bagi tahu sesuatu pasal Tengku Rayyan. Sebenarnya Tengku Rayyan menghidap satu penyakit. Saya tak boleh nak cakap dengan lebih lanjut pasal penyakit ni. Sebabnya, Tengku Shah suruh saya sembunyikan hal ni. Kalau cik nak tahu dengan lebih lanjut, boleh lah tanya pada Tengku Shah sendiri," tutur Doktor Amin.

Doktor Amin memeriksa keadaan Tengku Rayyan di dalam bilik rawatan tersebut. Rania Qaisara mengesat air matanya menggunakan tisu yang dikeluarkan daripada beg tangannya yang berjenama GUCCI. Kemudian, dia lantas bergerak ke surau hospital untuk menunaikan solat Zuhur dengan perasaan hiba.

**********

Selesai menunaikan solat fardhu Zuhur, Rania Qaisara berjalan perlahan untuk memasuki bilik rawatan Tengku Rayyan. Gadis itu tidak berhenti memikirkan mengenai gadis yang dimaksudkan oleh jejaka tersebut, iaitu Khodijah.

"Siapa sebenarnya Khadijah tu? Rayyan cakap tadi yang dia accident disebabkan dia nak selamatkan dia daripada kena langgar. Maksudnya, Rayyan tak sukakan aku. Rayyan sukakan perempuan tu," Rania Qaisara dirundung perasaan duka.

"But the thing is, Tengku Shah tak ada pun kata yang Rayyan kena langgar disebabkan dia cuba selamatkan Khadijah tu. This is confusing. Atau pun, Khadijah tu sebenarnya bekas girlfriend Rayyan. Boleh jadi juga pendapat aku ni," bebel Rania Qaisara bersendirian.

"Aku tak kisah lah kalau Rayyan tak suka aku. Yang penting, aku tak nak paksa dia untuk dia sukakan aku. Aku nak dia nampak effort aku yang betul-betul sukakan dia. Aku tak boleh mengalah dengan Khadijah tu. Aku kena kuatkan semangat, aku kena cuba pikat hati Rayyan walaupun dia tak suka aku," desis suara kecil Rania Qaisara.

Pintu bilik rawatan Tengku Rayyan ditolak oleh Rania Qaisara. Kelihatan Tengku Shah sedang menduduki kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil pesakit. Gadis itu menyapa lelaki tersebut dengan ucapan salam.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now