#94

15 2 0
                                    

"Apa? Rania, you jangan main-main dengan kita orang. You ni suka sangat bergurau," ujar Latifah lalu ketawa kecil bersama-sama dengan Atikah.

"Nampak muka I main-main dengan korang? Tak ada kan? I serious sekarang ni. Dah, masuk kereta. Jom balik Ipoh sekarang. I dah tak sabar nak jumpa dengan my Mom," bicara Rania Qaisara pada Latifah dan Atikah.

Latifah menarik pintu kereta lalu menduduki bahagian pemandu dalam kereta Perodua Myvi berkenaan. Atikah dan Rania Qaisara pula menduduki tempat bahagian penumpang dalam perut kereta tersebut.

"Tapi, kita kena balik rumah juga. Nak packing baju lagi. Kita orang mana ada duit nak beli baju baru dekat Ipoh tu nanti," jelas Atikah.

"Tak payah nak balik rumah, nak packing baju. Sampai Ipoh nanti, kita beli baju dekat butik. Kos baju semua tu, biar I tanggung. Yang penting, kita bertolak ke Ipoh sekarang juga," tutur Rania Qaisara selamba.

"Biar betul Rania. Baiknya you sampai sanggup beli baju baru untuk kita orang," ujar Fafa seraya menghidupkan enjin kereta Perodua Myvi miliknya.

"Betul lah. I tak suka lah bergura-gurau macam tu. Ya, sampai sana I belikan korang baju dekat butik. Ambil lah seberapa banyak baju yang you alls nak. I tak kisah langsung," bicara Rania Qaisara pada Atikah dan Latifah.

"I nak beli tudung Naelofar Hijab boleh tak, Nia. Seumur hidup I, tak pernah lagi beli tudung AJ," jelas Atikah sambil memegang tangan Rania Qaisara.

"Suka hati you lah Kaka. Nak beli 10 helai pun I tak kisah. Eh, korang berdua ni. Kereta pun belum bergerak, macam-macam pula korang nak. Dah tu, drive sekarang, Fafa," bebel Rania Qaisara pada rakan-rakannya.

Atikah dan Latifah menghamburkan ketawa kegembiraan setelah mendengar bebelan daripada Rania Qaisara. Rania hanya tersenyum melihat gelagat dua orang rakannya. Sungguh, dia tidak sabar untuk menemui Dato' Alia dan ibu saudaranya.

"Rania, I nak minum dekat Starbucks boleh tak. Teringin nak rasa air dekat situ. Boleh acah-acah hipster sikit dekat situ. Lepas tu, I nak makan kek dekat Secret Recipe, makan dekat Pizza Hut," pinta Latifah pula.

Rania Qaisara hanya ketawa ketika mendengar segala permintaan daripada rakan karibnya, iaitu Atikah dan Latifah. Latifah segera memandu kereta Perodua Myvi miliknya untuk beredar daripada kawasan parkir kereta di Damai Service Hospital.

**********

Presiden Rafiq menghidupkan telefon bimbitnya yang berjenama iPhone 11 Pro. Nama Rania Qaisara dicari oleh dirinya di dalam senarai kenalan pada telefon pintar berkenaan. Nama gadis itu ditekan untuk menghubunginya.

"Assalamualaikum, Rania. I minta maaf sebab cakap dengan you macam tadi. You dekat mana sekarang? I nak jumpa you sekarang juga. I rasa serba-salah sangat dekat you," tutur Presiden Rafiq yang memulakan perbualan.

"Waalaikumussalam. Ada apa Tuan call saya ni? Presiden nak buat tindakan disiplin dekat saya? Sila kan, Tuan. Saya tak kisah pun. Apa? Nak tamatkan kontrak nyanyian dengan syarikat? Lagi saya suka, I don't have to sing again. Tak payah nak menyusahkan Tengku Rayyan lagi. Saya kan memang jenis menyusahkan orang. Betul tak, Tuan Presiden?" sinis sahaja kata-kata Rania Qaisara.

"Apa ni Rania? Kenapa you cakap macam tu? Kenapa you bahasakan diri you, saya bukannya I? Kenapa panggil I ni, Tuan Presiden? Kenapa tiba-tiba you jadi macam tu," bertalu-talu persoalan yang keluar daripada mulut Presiden Rafiq.

"Hubungan I dengan you just antara pekerja dan majikan. We don't have any relationship as friends. So, jangan expect yang saya akan panggil Tuan Presiden ni, you. Ada apa-apa lagi Tuan nak cakap? Saya ada banyak lagi benda nak kena buat," ujar Rania Qaisara.

"You dekat mana ni Rania? I nak jumpa you juga hari ni. Please Nia, bagi tahu I," bicara Presiden Rafiq pada Rania Qaisara.

"Presiden Rafiq, saya dah kata kan tadi. Jangan panggil saya, you. Kita ni cuma majikan dengan pekerja. Tak payah kot nak bahasakan diri macam tu. You don't have any right to ask me," jelas Rania Qaisara.

"Tuan Presiden tak payah lah nak cari I dekat mana-mana. Buat masa sekarang ni, saya cuma nak tenangkan fikiran saya. Saya tak nak hidup saya kena ganggu dengan Tuan. I really hope that you understand. Okay, bye. Assalamualaikum," Rania Qaisara menamatkan panggilan antara dirinya dengan Presiden Rafiq.

Presiden Rafiq merasakan ibarat hatinya retak tatkala mendengar kata-kata daripada Rania Qaisara. Jejaka itu tidak menyangka sama sekali bahawa gadis berkenaan akan melayannya seperti itu.

"Kenapa lah Rania layan aku macam tu. Teruk sangat ke apa yang aku cakap dekat dia tadi. Aku ni pun masalah juga. Mulut tak ada insurans kalau tengah marah. What should I do," omel Presiden Rafiq sendirian.

**********

"Kenapa you layan dia macam tu, Rania? Kesian lah dia tu. Mesti dia rasa serba-salah dekat you," tutur Atikah pada Rania Qaisara.

"Lantak dia lah nak marah I atau tak. I tak kisah pun. Buat masa sekarang ni, I malas nak layan dia. Bukannya apa, alang-alang dah balik Ipoh, baik I happy sikit. Nanti kalau my Mom tengok I sedih, mesti dia pun risau juga. Korang berdua tak payah nak kisah sangat pasal Rafiq tu," ujar Rania Qaisara pada rakan-rakannya.

Latifah hanya mendengarkan sahaja apa yang dibualkan antara Atikah dan Rania Qaisara. Gadis itu mahu fokus pada pemanduan keretanya. Dia risau sekiranya sesuatu yang tidak diingini akan berlaku pada mereka bertiga.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now