#19

41 2 0
                                    

Tingkap berbentuk segi empat itu dikuak sehingga cahaya matahari menyelinap ke dalam bilik. Langsir ditarik sehingga ke penamat langsir. Cahaya matahari yang panas masuk ke dalam bilik menunjukkan hari telah menjelang tengah hari.

Tengku Sofea Amira merenung keadaan Rania Qaisara yang sedang terbaring di atas katil empuk itu. Wanita tersebut menggelengkan kepalanya secara berulang kali.

"She looks really tired," monolog wanita itu dengan ringkas dalam hatinya.

Kemudian, Tengku Sofea mengambil kedudukannya di sebelah Rania Qaisara. Wanita itu lantas menyatakan sesuatu.

"Cantik betul budak ini, beruntung lah siapa yang dapat budak ni," desis suara kecil Tengku Sofea lagi.

Tengku Sofea sememangnya terkejut tatkala Tengku Rayyan mendukung gadis itu ke dalam bilik. Wanita berkenaan menyangka anaknya itu mahu mengapa-apakan gadis itu. Rupa-rupanya, anaknya itu hanya mahu membantu Rania Qaisara.

Tengku Sofea menggelengkan kepalanya sewaktu mengenangkan peristiwa pada tengah malam semalam. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa bersyukurnya dirinya kerana mempunyai anak yang berhati mulia.

Tengku Sofea berasa sangat kasihan setelah melihat keadaan Rania Qaisara yang kelihatan sangat penat. Wanita tersebut pun beredar daripada bilik itu untuk memberikan masa kepada gadis itu berehat.

"Biarlah dia berehat dulu, nanti aku kejutkan dia. Mesti dia lapar lepas dia bangun nanti. Baik aku masuk dulu untuk makan tengah hari. Dah lama tak ada tetamu yang datang dekat rumah ni. Kali ni, biar lah aku masak khas untuk budak ni dulu," desis suara hati Tengku Sofea sambil tersenyum kecil.

**********

Rania Qaisara membuka kedua-dua belah matanya secara perlahan setelah gadis itu berehat untuk beberapa jam. Kelihatan sebuah bilik mewah yang dilengkapi dengan sistem pendingin hawa. Kakinya terus meninggalkan katil itu. Kemudian, dia keluar daripada bilik itu untuk mendapatkan kepastian.

"Where am I? Siapa punya rumah yang aku tidur ni? Macam mana aku boleh ada dekat sini," tutur Rania Qaisara.

"Hah! Rania dah bangun pun kamu. Macam mana tidur semalam? Nyenyak tak? Aunt harap kamu nyenyak tidur semalam," sapa Tengku Sofea yang menyedari bahawa Rania Qaisara telah bangun daripada tidurnya.

Senyuman dilirik pada bibir wanita berumur 42 tahun itu. Rania Qaisara melemparkan senyuman manis terhadap Tengku Sofea.

"Manis sungguh senyuman aunt ni. Agak lah siapa lah dia ni," Rania Qaisara bermonolog dalam hatinya.

"Saya tidur nyenyak semalam dekat bilik tu. Terima kasih sebab berikan saya tempat tinggal untuk tidur. Puan, puan ni siapa? Macam mana saya boleh berada di sini?" soal Rania Qaisara dengan penuh kelembutan dan kesopanan seperti gadis melayu terakhir.

Rania Qaisara masih keliru dengan keberadaan dirinya sekarang. Tengku Sofea lantas menjawab persoalan gadis berkenaan.

"Nama aunt Tengku Sofea Amira. Isteri kepada Tengku Zulkarnain Shah. Ibu kepada Tengku Rayyan Mikhail. Ingat Tengku Rayyan?" balas Tengku Sofea yang menjawab persoalan yang terbuku di hati Rania Qaisara.

"Oh, Ibu Tengku Rayyan. Saya masih ingat lagi dia Puan. Tengku Rayyan sangat baik orangnya. Mukanya sama macam Puan. Sangat kacak. Kalau saya berjalan dengan dia, semua perempuan perhatikan dia," tutur Rania Qaisara.

"Rania, tak usah panggil saya Puan. Panggil saja Aunt Sofea. That's more comfortable for me. Rania, jom makan tengah hari dekat bawah. Kami sekeluarga mahu bincang sesuatu dengan kamu. Jom sayang," bicara Tengku Sofea pada Rania Qaisara.

"Apa! Makan tengah hari? Dah tengah hari ke? Allahuakbar," mengucap panjang Rania Qaisara tatkala diberitahu telah masuk waktu tengah hari.

"Aku kena cepat, aku kena melawat Mama dekat hospital sekarang," desis suara kecil gadis itu sambil mengerling jam tangan berjenama Tissot itu.

"Ya, Rania. Dah masuk pukul 1. tengah hari. Marilah ikut Aunt ke bawah untuk makan tengah hari," jelas Tengku Sofea.

"Tapi, Puan. Eh, Aunt Sofea. Nia nak mandi dulu sekarang ni, lepas tu Nia nak melawat my mom dekat hospital tu," bicara Rania Qaisara yang masih kurang selesa dengan panggilan Aunt Sofea.

"Baiklah. Nia boleh ambil tuala yang telah tersidai di pintu bilik tetamu. Nia boleh mandi di bilik air dalam bilik tu. Segala barangan toiletries, Aunt dah sediakan dalam bilik mandi. Nia mandi dulu ya? Nanti tunggu Aunty dekat meja makan di bawah," tutur Tengku Sofea sambil memegang bahu Rania Qaisara

Rania Qaisara mendengar arahan wanita itu lalu terus meninggalkannya. Kemudian, gadis berkenaan memasuki bilik tetamu dan masuk ke bilik mandi. Kelihatan cermin yang berbingkai warna emas. Dia seraya melihat pantulan wajah berdosanya di cermin itu. Rambut disisir dengan menggunakan tangannya ke arah belakang.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berasa sungguh hina untuk memohon keampunan dari-Mu, Ya Allah. Aku sentiasa dikerumuni dengan pelbagai jenis masalah. Masalah demi masalah aku hadapi hampir saban hari dalam hidupku ini. Aku berasa sangat berdosa terhadap Engkau, Ya Allah," Rania Qaisara merintih.

"Rasa bersalah menghantui diriku tatkala menemukan semula bekas rakan-rakanku dan juga ibuku yang tercinta, Ya Allah," bicara Rania Qaisara dengan kesedihan sambil air mata berjurai-jurai melalui pipi putih mulus itu.

Rania Qaisara menekan alat mandian jenama Panasonic yang berwarna hitam tersebut untuk menggunakan air panas. Air panas mula keluar daripada pemegang mandian itu. Sejurus selepas itu, dia mula membasahkan badannya.

Selepas membersihkan badannya, Rania Qaisara memakai semula pakaian yang telah dipakainya semalam. Bedak di meja solek itu dikenakan secara nipis pada seluruh wajah ayunya itu. Gadis tersebut lebih gemar untuk mengenakan solekan yang ringan pada wajahnya. Dia lebih suka kecantikan dirinya yang asli.

Wangian berjenama Victoria's Secret diambil daripada perut beg berjenama Coach miliknya lalu disemburkan pada baju berwarna biru muda itu. Gadis tersebut lantas menhembuskan nafas yang lembut.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now