#84

15 2 0
                                    

Kedengaran suatu bunyi mula bergema di dalam wad kecemasan tersebut. Itu menandakan bahawa terdapat doktor atau jururawat mahupun pelawat akan memasuki bilik tersebut untuk menziarahi para pesakit.

Ternyata, itu merupakan ibu bapa kepada Tengku Rayyan, iaitu Tengku Zulkarnain Shah dan Tengku Sofea Amira. Kedua-dua insan penyayang itu segera bergerak untuk menuju ke arah katil tempat anak mereka terbaring.

"Ya Allah. Rayyan, macam mana boleh jadi macam ni? Tengok tangan tu, tebal sangat balutannya," cemas sahaja kata-kata daripada Tengku Sofea.

"Tak ada apa-apa lah, Mama. Don't worry too much on my condition. Luka dekat tangan Rayyan bukannya teruk sangat pun. Cuma tadi tangan Rayyan kena 7 jahitan. Sakit sikit la bila kena jahit tadi. Tapi, sekarang dah tak ada rasa apa-apa," jelas Tengku Rayyan dengan tenang.

Kedua-dua belah mata Tengku Sofea terbeliak tatkala mendapat tahu bahawa Tengku Rayyan telah menerima sebanyak tujuh jahitan pada tangan kanannya. Tengku Shah pula hanya terkedu setelah mendengar kata-kata daripada anaknya tersebut.

"Allahuakbar, Rayyan. Apa yang jadi dekat tangan Rayyan sampai tangan tu kena jahit pula tu. Rayyan kata memang tak teruk, tapi 7 jahitan tu dah kira teruk tau. Tell me how did this happen to you," tutur Tengku Sofea lalu menghenyakkan pinggulnya di atas kerusi plastik bersebelahan katil tempat Tengku Rayyan terbaring.

Jururawat yang sedang bertugas di dalam Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan berasa terkejut ketika mendengar suara Tengku Sofea yang menganggu ketenteraman pesakit di bilik itu. Jururawat tersebut lantas menyatakan seseuatu kepada wanita berkenaan.

"Puan, tolong perlahankan sikit nada suara Puan. Ini hospital tau, bukannya rumah Puan. Puan dah ganggu ketenteraman pesakit-pesakit dalam wad ni. Tolong faham etika hospital ni," ujar jururawat dengan tegas kepada Tengku Sofea.

"Tadi, masa dekat R&R, Rayyan pergi toilet. Rania kata dia nak tunggu dalam kereta. So, Rayyan pergi saja lah ke toilet seorang. Lepastu, bila Rayyan dah keluar daripada toilet, Rayyan pergilah ke kereta...." belum sempat Tengku Rayyan menghabiskan kata-katanya, Tengku Sofea terus mencelah sewaktu jejaka itu sedang bercerita.

"Lepas pergi dekat kereta, Rayyan nampak apa? Cerita lah lagi, Rayyan," tanya Tengku Sofea kepada Tengku Rayyan.

Tengku Shah menggelengkan kepalanya ke arah kanan dan kiri secara berulang kali tatkala melihat perbuatan Tengku Sofea yang mencelah penceritaan Tengku Rayyan. Lelaki berumur itu lantas menyatakan sesuatu.

"Mama, dari dulu sampai sekarang, sama saja. Bila orang nak bercerita, mesti dia menyampuk. Mesti menyampuk," bicara Tengku Shah.

Setelah mendengar kata-kata Tengku Shah, Tengku Sofea lantas melayangkan sebuah tepukan manja pada bahu suaminya itu. Wanita bertudung tersebut terus menyatakan sesuatu kepada suami dan anak lelakinya.

Disebabkan mengetahui etika berbicara dalam Unit Rawatan Rapi sesebuah hospital, Tengku Shah, Tengku Sofea dan Tengku Rayyan hanya ketawa kecil sahaja. Jejaka itu mula menyambung penceritaannya yang telah terhenti sebentar tadi.

"Rayyan sambung cerita balik. Lepas Rayyan keluar daripada toilet, Rayyan pun pergi lah ke kereta sebab nak start bertolak dah. Bila Rayyan dah sampai dekat kereta, ada satu kereta Camry yang dah parking dekat dengan kereta Rayyan. Masa tu hanya ada kereta Rayyan dengan kereta Camry tu saja," tutur Tengku Rayyan.

"Rayyan tengok kereta Camry tu, macam bergoyang. Waktu tu, Rayyan dah mula rasa lain macam, rasa cemas and tak sedap hati. I was scared if that has anything to do with Rania, I was scared if anything bad were to happen to her. Rayyan pun terus berlari ke kereta Rayyan. Tengok-tengok, Rania tak ada dalam kereta," tambah Tengku Rayyan lagi.

Tengku Sofea dan Tengku Shah hanya berdiam diri untuk mendengar cerita yang sedang disampaikan oleh anak lelaki dan anak tunggal mereka, iaitu Tengku Rayyan. Pemuda kacak berkenaan terus menyambung penceritaannya.

"Rayyan terus berjalan pantas ke kereta Camry tu. Sampai saja dekat Camry tu, Rayyan dengar macam bunyi samar-samar, bunyi orang yang tengah menjerit. Rayyan pasti yang dalam kerta itu ialah Rania dan Rania yang menjerit dalam tu. Rayyan tak tahu nak buat apa masa tu," ujar Tengku Rayyan yang sedang berterus-terang.

"Rayyan nak tengok siapa yang ada dalam tu. Tapi, cermin kereta tu gelap sangat. Rayyan terus tarik neck tie dekat leher Rayyan. Rayyan balut neck tie tu dekat tangan Rayyan and tumbuk cermin kereta tu," jelas Tengku Rayyan lagi.

Tengku Sofea menutup mulutnya yang ternganga setelah mendengar cerita daripada anaknya. Wanita itu dan Tengku Shah berpandangan antara satu sama lain. Mereka benar-benar tidak sangka bahawa Tengku Rayyan sanggup bertindak sedemikian.

"Masa tu jangan cakap lah. Tangan Rayyan memang berdarah, meleleh-leleh dekat atas jalan tar tu. Rayyan tengok dalam kereta tu. Rayyan nampak Rania tengah terbaring dekat tempat duduk penumpang bahagian belakang. Then, I noticed a guy was zipping her pants back. Baju Rania pun dah koyak-rabak and her face looked so pale," sambung Tengku Rayyan.

"Rayyan tengking lelaki tu and suruh dia buka pintu kereta tu. Lelaki tu buka pintu kereta tu. He was trying to run away from me but I managed to throw a punch in his face. Dia terus terjatuh dekat atas jalan tar tu. Rayyan memang rasa betul-betul geram waktu tu. Rayyan pun tendang perut dia kuat-kuat. Rayyan tak tahu lah kenapa Rayyan rasa geram sangat dengan lelaki tu," tambah Tengku Rayyan lagi.

Tengku Sofea terkedu tatkala mendapat tahu bahawa Rania telah hampir menjadi mangsa nafsu serakah untuk kepuasan nafsu seorang lelaki yang bertopengkan syaitan. Tengku Shah hanya mengucap panjang setelah mendengar penceritaan Tengku Rayyan.

"Berdarah mulut lelaki tu tadi. Perut lelaki tu pun Rayyan tendang banyak kali sampai dia terbatuk-batuk keluar darah. I don't expect that Ican be that violent," tutur Tengku Rayyan kepada kedua-dua ibu bapanya.

Tengku Shah tersenyum sinis pada Tengku Rayyan. Lelaki berusi lantas menyatakan sesuatu kepada anaknya.

"Rayyan dah mula suka dia lah tu. That's the reason why you tried your best to save her," ujar Tengku Shah dengan menggunakan nada sinis.

Tengku Rayyan terbatuk dengan kuat secara tiba-tiba ketika mendengar kata-kata daripada bapanya, iaitu Tengku Shah. Tengku Sofea segera menuangkan air yang berada di dalam termos ke dalam gelas kaca di atas meja berdekatan katil pesakit.

Tengku Sofea segera menghulurkan gelas kaca berisi air kepada Tengku Shah. Jejaka itu meneguk sedikit air yang suam yang telah diberikan kepadanya. Wanita berkenaan lantas menepuk manja bahagian belakang suaminya.

"You ni kan. Kesian Rayyan tu terbatuk-batuk sebab you cakap macam tu," bicara Tengku Sofea pada Tengku Shah.

"Ya lah. Sorry Rayyan. Tapi, betul apa yang Papa cakap kan tu. Betul tak Rayyan? Rayyan tak payah lah nak tipu Papa. Kalau dah sampai sanggup tumbuk cermin kereta tu semata-mata sebab risau dengan keadaan Rania, tak mungkin lah ada sebab lain melainkan cinta," jelas Tengku Shah lagi.

"Papa ni. Kenapa cakap macam tu. Dah lah Mama ada sekali dekat sini. Malu lah Rayyan macam ni. Aduh, tak suka lah macam ni," merah padam wajah Tengku Rayyan setelah mendengar bait-bait kata daripada Tengku Shah.

"Rayyan, Mama izinkan kalau Rayyan nak berkahwin dengan Rania. Kalau betul lah jodoh Rayyan dah ditetapkan untuk bersama-sama dengan Rania, walau apa pun halangan yang datang, mesti hubungan Rayyan dan Rania akan kekal sampai bila-bila," tutur Tengku Sofa seraya memegang erat tangan Tengku Rayya.

"Betul ke Mama? Betul ke Papa? Betul ke Mama and Papa approve if I get married to Rania?" soal Tengku Rayyan kepada kedua-dua ibu bapanya, iaitu Tengku Shah dan Tengku Sofea.

Tengku Shah dan Tengku Sofea menganggukkan kepala mereka ke arah atas dan bawah secara berulang kali. Mereka berdua sangat bersetuju sekiranya Tengku Rayyan dijodohkan dengan Rania Qaisara.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now