#99

13 0 0
                                    

"Ara, bangun sekarang! Bangun Mama kata!" jerit Tengku Fadwah Adni sebaik sahaja berada di dalam bilik tidur milik Tengku Farah Laila.

Tengku Farah seolah-olah tidak menyedari jeritan Tengku Adni terhadap dirinya. Sebaliknya, dia lantas memeluk sebuah bantal peluk berwarna merah jambu.

Tengku Adni berasa tidak puas hati melihat Tengku Farah tidak menghiraukan jeritannya sebentar tadi. Wanita itu terus menggoyangkan badan anak gadisnya secara berulang kali. Akhirnya, gadis tersebut bangun daripada tidurnya.

"Apa nak jadi ni, Ara? Mama dah cakap semalam, jangan buat benda macam-macam walau apa pun jadi. Tapi, Ara degil. Nak juga pergi clubbing. Mama nak tunjuk something dekat Ara," bebel Tengku Adni seraya menghulurkan telefon pintar berjenama iPhone 11 Pro miliknya kepada Tengku Farah.

Tengku Farah menerima penghuluran telefon pintar milik ibunya. Gadis itu segera meneliti apa yang terkandung pada skrin telefon bimbit tersebut.

"Baca lah tu. 'Penyanyi popular, Tengku Farah mengunjungi Zouk Club pada lewat pagi'. Tengok tu, apa Ara nak buat sekarang. Sikit lagi, trofi yang ada dekat atas meja tu mesti kena tarik dengan pihak TVMas. Tak cukup dengan tu, gosip pasal Ara ni pun dah heboh satu Malaysia," tutur Tengku Adni pada anak gadisnya.

"Ara, cakap dengan Mama, Ara ambil apa semalam sampai berani cakap macam tu dekat Mama?" soal Tengku Adni pada Tengku Farah.

"Ara tak tau Ara ambil apa semalam. Masa Ara masuk dalam club tu, tiba-tiba ada seorang aunty ni bagi Ara a packet of white powder. Dia kata boleh hilangkan stress. So, Ara ambil that powder and masuk dalam air Coca Cola. Ara terus minum air tu," Tengku Farah berterus-terang dengan Tengku Adni.

"Tu mesti ecstasy. Apa nak jadi lah dengan Ara ni! Kalau Ara berani lagi ambil benda tu, Ara tolong keluar daripada rumah ni. Keturunan Mama tak pernah lagi sentuh benda tu. Tapi, pagi tadi Ara sanggup ambil benda tu untuk kononnya hilangkan stress. Tengok sekarang apa dah jadi? Ara baca lah that entry. Semuanya sebab Ara degil nak dengar cakap Mama ni," tengking Tengku Adni pada anaknya.

Tengku Farah hanya menundukkan wajahnya ke arah bawah tatkala ditengking oleh Tengku Adni. Sungguh, pada ketika itu dia merasakan bahawa dia ibarat telah mencemari nama baik ibunya.

Terkebil-kebil mata Tengku Farah ketika meneliti bait-bait kata yang terkandung dalam suatu entry yang telah dimuat naik ke dalam laman sosial, Facebook. Tengku Adni mula meleteri anak gadisnya itu.

"Rania dah dapat masuk dalam Rancangan Perpetual Melody. Then, dia dapat pula Anugerah Vokal Terbaik masa dekat rancangan Classic Songs hari tu. Ara memang suka tengok dia melebihi Ara?" omel Tengku Adni lagi.

"Mama tak tau nak cakap apa lagi dengan Ara ni. Bila Mama nak buat sesuatu untuk kebaikan Ara, Ara tak suka. Pandai-pandai lah kalau Ara nak selesaikan semua ni," ujar Tengku Adni pada Tengku Farah lalu beredar daripada bilik tidur anaknya.

Tengku Farah yang berada di atas katilnya segera berlari untuk mendapatkan Tengku Adni. Gadis itu lantas ttersungkur di atas lantai kayu namun segera memegang erat peha milik ibunya supaya ibunya tidak bergerak keluar daripada bilik tidurnya itu. Dia terus menyatakan sesuatu kepada ibunya.

"I'm sorry, Mama. Ara tak berniat nak buat macam tu dekat Mama. Ara tak ada niat langsung nak malukan Mama. Tak sangka pula bila Ara pergi masuk Zouk Club, ada gosip yang timbul. Ara betul-betul tak sangka yang serbuk tu ecstasy. Ara janji Ara tak kan masuk club lagi. Ara janji Mama. I love you so much, Mama," Tengku Farah memohon sejuta kemaafan daripada Tengku Adni.

Air mata Tengku Farah mula menitis pada lantai kayu di dalam kamar tidur gadis itu. Pelukannya pada lutut Tengku Adni masih tidak dilepaskan walaupun telah selesai memohon maaf terhadap ibunya.

"Dah lah tu, Ara. Mama tak sanggup nak tengok Ara nangis macam ni. Ara pun tahu kan perangai Mama macam mana? Dari dulu sampai sekarang sama saja. Mama memang jenis yang lepas cakap. Tapi, sebenarnya hati Mama tak rela dengan apa yang Mama cakapkan tadi," tutur Tengku Adni pada Tengku Farah.

Air mata Tengku Adni mulu mengalir pada kedua-dua belah pipinya. Wanita itu lantas membongkokkan tubuhnya lalu meminta Tengku Farah untuk berdiri daripada terbiar dalam posisi terduduk sebentar tadi. Wanita tersebut lantas mengajak anaknya untuk menduduki katil besar di dalam bilik berkenaan.

"Mama nak Ara tahu. Mama buat Ara macam ni. Mama suruh Pengarah Hafiz tinggikan markah undian penonton untuk Ara, because you deserve to win. Mama tak nak orang yang tak berbakat, orang yang tak tahu baca music sheet macam Rania tu, melebihi apa yang ada dekat Ara ni. Mama terpaksa buat macam tu. Mama tak nak Ara malu kalau Ara kalah masa dalam rancangan Classic Songs hari tu," ujar Tengku Adni.

"Mama memang tahu yang Ara tak suka Mama buat macam ni. Tapi, hakikatnya Mama tak nak orang lain melebihi anak Mama yang seorang ni, yang Mama sayang sangat. Masa first round hari tu, Ara boleh saja menang lawan menyanyi dengan Rania. Tapi, sebab Ara ada masalah dengan tekak Nia. Maybe because you were worrying too much about her, that you didn't deliver the song well. Sebab tu lah Mama terpaksa buat macam tu," tambah Tengku Adni lagi.

"Mama, hold on. Mama cakap yang Rania tak pandai baca music sheet. Seriously ke Mama? Lawak lah Rania tu. Semua trainee dekat Fantasy Entertainment pun boleh baca music sheet. Tapi dia?" Tengku Farah ketawa kecil.

Tengku Adni mengangukkan kepalanya ke arah atas dan bawah secara berulang kali. Wanita itu secara tiba-tiba menuju ke arah pintu bilik Tengku Farah lalu menguncinya. Kemudian, dia segera kembali menduduki katil bersebelahan dengan anaknya.

"Mak Mah, Mak Nah. Jangan curi-curi dengar ya apa yang saya dengan Ara tengah bersembang ni. Pergi panggang daging lamb chop yang Mak Mah dah perap semalam. Jangan lupa buat black pepper sauce and coleslaw. Pergi buat sekarang juga. Buat sedap-sedap ya Mak Mah, Mak Nah," jerit Tengku Adni yang mengesyali bahawa kedua-dua pembantu rumahnya sedang mendengar apa yang dibualkan oleh dirinya dan anaknya.

"Baiklah, Tengku. Tapi, cendawan dah lama habis dekat dalam peti ais tu. Siapa pula nak pergi beli cendawan tu dekat TESCO?" tanya Mak Mah pada Tengku Adni di sebalik pintu bilik tidur Tengku Farah.

"Kan saya dah kata, mesti Mak Mah dan Mak Nah curi dengar apa yang kami cakapkan ni. Pergi lah call budak delivery tu, Aiman belikan cendawan atau apa-apa barang yang tak cukup. Duit macam biasa, lepas dah beli barang, baru saya bagi duit. Dah tu, pergi masak sekarang," pinta Tengku Adni pada pembantu rumahnya.

"Memang lah kami dengar Tengku. Bilik tidur kami kan dekat sebelah bilik Tengku Ara. Lagipun, bilik kami dekat tingkat atas sekarang. Dulu dekat bawah, kecil saja biliknya. Sekarang dah upgrade, kami berdua duduk dekat bilik tingkat atas ni. Ada apa lagi nak suruh kami masak, Tengku?" soal Mak Nah pula pada Tengku Adni.

"Ya lah, Mak Mah, Mak Nah. Jangan lupa masak lagi satu makanan favourite Ara. Mushroom soup, buat sedap-sedap dan biar pekat sikit. Dah tu, pergi masak sekarang," jawab engku Adni pada pembantu rumahnya.

"Baik lah Tengku, kami pergi masak dulu ya. Assalamualaikum," bicara Mak Mah seraya bergerak ke aras bawah rumah banglo mewah berkenaan.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now