#2

140 4 0
                                    

Selepas memandu dalam masa 20 minit, mereka tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Lelaki itu segera memarkir keretanya di kawasan parkir kecemasan. Pemuda itu berasa panik kerana terlihat kepala Rania yang sudah mula membengkak. Lelaki itu memanggil beberapa jururawat yang bertugas pada masa itu. Dia segera mendukung gadis itu keluar dari keretanya.

Matron Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, iaitu Jururawat Haliza tercengang ketika melihat kehadiran seorang lelaki yang mendukung seorang perempuan. Jururawat tersebut segera menyorong katil beroda berdekatan dengan bilik rawatan yang terletak berhadapan kawasan parkir kecemasan hospital tersebut. Pemuda berkenaan lantas meletakkan Rania Qaisara di atas katil beroda tersebut.

"Zarul, kenapa ni? Siapa permpuan ni?,"ujar Matron Haliza.

"I jumpa perempuan ni dekat semak Jalan Kemboja tu. I tengok badan dia lebam-lebam dan kepala berdarah. I risau la. That's why I bawa dia ke sini," balas Doktor Zaharul, iaitu jejaka yang membantu Rania Qaisara.

Lelaki yang menyelamatkan Rania itu bernama Doktor Zaharul Akashah Bin Haji Hafizuddin. Beliau merupakan seorang doktor dalam Unit Kecemasan di Hopital Raja Permaisuri Bainun.

Matron Haliza mengerahkan beberapa petugas jururawat supaya menyorong katil beroda itu ke bilik rawatan kecemasan dengan pantas bagi menstabilkan keadaannya. Doktor Shah pula meluru untuk pergi ke bilik rawatan kecemasan untuk merawat kecederaan Rania Qaisara. Keadaan gadis itu yang agak parah pada bahagian kepala menyebabkan pegawai perubatan bekenaan bimbang dan mahu merawat kecederaannya dengan segera.

Doktor Zaharul memulakan pemeriksaan dan rawatan ke atas Rania Qaisara. Jejaka berkenaan terlebih dahulu memeriksa keadaan kepala gadis berkenaan yang kehilangan banyak darah. Dia mengarahkan beberapa orang jururawat untuk menyediakan iodin, kapas, air dan bandage.

Jururawat segera mencuci bahagian kepala Rania Qaisara yang tercedera. Mujur sahaja kecederaannya tidak begitu serius dan tidak memerlukan sebarang jahitan. Setelah 10 minit, kepala gadis itu telah disapu dengan iodin dan kepalanya dibalut dengan bandage supaya dapat mengelakkan pesakit kehilangan lebih banyak darah.

"Nurse, keadaan patient dah stabil. So, awak boleh keluar sekarang. Thank you sebab buat tindakan segera dekat patient ni. Lagi satu, saya nak awak ambil kertas catatan sebab saya nak buat laporan untuk pesakit ni," tutur Doktor Zaharul kepada jururawat.

"Okay, saya akan ambil sekarang," jawab jururawat tersebut.

Jururawat tersebut terus meninggalkan bilik rawatan kecemasan sejurus selepas Doktor Zaharul memberikan arahan. Setelah jururawat meninggalkan bilik rawatan, doktor berkenaan lantas menghubungi rakan sekerjanya, iaitu Matron Haliza untuk memeriksa barangan peribadi Rania Qaisara di dalam beg tangan gadis tersebut.

"Assalamualaikum, Liza," Doktor Zaharul memulakan panggilan.

"Waalaikumussalam, Zarul. Nak I tolong apa-apa ke?," balas Matron Haliza.

" You tolong datang dekat unit kecemasan ni. I nak minta tolong you check handbag perempuan tu. You tolong I cari phone dia kat handbag dia. I takut nak check nanti jumpa macam-macam," pinta Doktor Zaharul pada Jururawat Liza.

"Okay, okay, I faham. 10 minit lagi I datang. I tengah buat check out nama patients dekat kaunter pendaftaran," jawab Matron Haliza.

"Cepat sikit tau! I nak balik rumah sebab Ummi I nak discuss something dengan I," Doktor Zaharul mematikan panggilan.

Doktor Zaharul mengambil kedudukannya di kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil Rania. Jejaka berkenaan lantas membuang pandangannya ke arah Rania Qaisara. Dia terkedu melihat kecantikan gadis itu yang terserlah keayuan pada wajahnya. Muka gadis itu persis pelakon heroin Twilight, Kristen Stewart. Wajahnya berwarna putih kemerah-merahan. Gadis itu juga memakai jam tangan berjenama Tissot.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now