#63

17 2 0
                                    

"Assalamualaikum, Kaka, Fafa. I dah balik ni," Rania Qaisara memberi salam kepada rakannya iaitu, Latifah dan Atikah yang berada di dalam rumah teres tersebut.

Kedengaran suara seorang gadis yang menjawab salam yang diberikan oleh Rania Qaisara. Latifah membuka pintu rumah teres tersebut untuk melihat siapakah gerangan insan yang telah memberikan salam kepadanya.

Alangkah terkejutnya Latifah tatkala melihat kehadiran Rania Qaisara yang sedang berdiri berhampiran pagar rumah teres berkenaan. Gadis itu mengerutkan dahinya ketika melihat dua orang wanita yang berada di belakang rakannya itu.

"Waalaikumussalam Rania. Cepat nya you check-out daripada hospital tu. I dan Kaka baru nak bersiap nak melawat you dekat hospital. Tak sangka pula you dah balik dulu," tutur Latifah seraya membuka pagar rumah itu.

"Siapa dua orang makcik yang ada dekat belakang you tu? Muka dia macam familiar saja. Macam muka Dato' Alia, pengasas produk Namasc dan Femyeo tu," bisik Latifah pada telinga Rania Qaisara.

"Oh, patut lah muka you berkerut semacam tadi. I ingat apalah tadi, rupanya nak tahu siapa dua orang yang dekat belakang I tu. Yang pakai baju warna hitam tu memang Dato'Alia and she is my Mom. Yang pakai baju warna biru tu pula is my aunty, Aunty Julia," ujar Rania Qaisara pada rakannya, iaitu Latifah.

"Seriously, Dato' Alia tu your Mom? Awesome gila. Aku nak salam dia boleh?" tanya Latifah pada Rania Qaisara.

Rania Qaisara menganggukkan kepalanya ke arah atas dan bawah secara berulang kali. Gadis itu tersenyum melihat gelagat rakannya, iaitu Latifah.

Latifah membiarkan Rania Qaisara berseorang. Gadis itu lantas bersalaman dengan Dato' Alia dan Shazana Julia. Rania Qaisara terus membuka seliparnya lalu memasuki rumah teres yang telah disewakan oleh Tengku Rayyan.

"Assalamualaikum, Dato' Alia, Aunty Ju. Nama saya Latifah, orang panggil saya Fafa saja. Saya ni housemate Rania. Mari masuk ke rumah kami, Dato' Alia dan Aunty Ju," Latifah memberi keizinan kepada dua orang wanita tersebut untuk memasuki rumahnya.

Dato' Alia dan Shazana Julia melemparkan senyuman kepada gadis yang bernama Latifah. Kedua-dua wanita tersebut berjalan untuk memasuki rumah teres itu.

"Jemput duduk Dato' Alia dan Aunty Ju. Saya nak sediakan makanan dengan air minuman. Tunggu sekejap ya," jelas Latifah sambil bergerak masuk ke bahagian dapur rumah teres berkenaan.

Atikah berjalan keluar daripada bilik tidurnya. Gadis tersebut terkesima tatkala melihat dua orang wanita yang tidak dikenali sedang menduduki meja makan bersama-sama rakannya, iaitu Rania Qaisara. Dia terus bergerak ke arah meja makan untuk bersalaman dengan para tetamu yang sedang berada di dalam rumahnya.

"Assalamualaikum, aunty. Nama saya Atikah, boleh panggil saya Kaka saja," tutur Atikah sambil bersalaman dengan Dato' Alia dan Shazana Julia yang sedang menduduki kerusi di meja makan tersebut.

"Waalaikumussalam. Mari duduk dekat sini. Berborak dengan aunty," ujar Dato' Alia seraya melemparkan senyuman manis pada Atikah.

"Tak apa lah aunty. Saya nak tolong-tolong apa yang patut dekat dapur tu dulu. Lepas dah siap sediakan makanan, baru kita borak sama-sama, ya aunt," bicara Atikah yang menolak pelawaan Dato' Alia dengan sopan.

Atikah melemparkan senyuman manis terhadap Dato' Alia dan Shazana Julia. Gadis tersebut terus bergerak ke arah bahagian dapur rumah.

"Rania tak nak pindah ke rumah lain? Maksud Mama, rumah yang lebih besar daripada rumah ni. Rumah ni macam kecil saja untuk Nia. Mama takut Nia tak selamat tinggal dalam rumah ni. Maklumlah, Nia kan dah jadi penyanyi sekarang. Your safety is my priority," bicara Dato' Alia pada Rania Qaisara.

Shazana Julia menganggukkan kepalanya ke arah kanan dan kiri secara berulang kali tanda bersetuju dengan pernyataan Dato' Alia. Wanita itu lantas memegang tangan Rania Qaisara yang terletak di atas meja.

"Betul juga tu Rania. Aunty Ju dan Mama tak nak nyawa Nia dalam keadaan bahaya. Sebelum apa-apa yang teruk jadi dekat Nia, baik Nia buat tindakan cepat. Aunty Ju takut kalau apa-apa jadi dekat Nia," tutur Shazana Julia pada Rania Qaisara.

"Nia kan dah pernah cakap dengan Mama yang Tengku Adni sanggup buat macam-macam demi anak dia, Tengku Farah. Mama takut kalau dia buat sesuatu dekat Nia. Lagipun, sekarang Nia dah lebih popular daripada Tengku Farah. Tak mustahil kalau Tengku Adni nak hapuskan Nia daripada Fantasy Entertainment tu. Nia kena ingat apa yang Mama cakap ni," ujar Dato' Alia yang risau dengan keselamatan Rania Qaisara.

"Nia juga pernah cakap dengan Mama yang Pengarah Hafiz rapat dengan Tengku Adni. Takkan lah Nia dah lupa semua ni? Mama tak nak apa-apa jadi dekat sayang Mama ni," tambah Dato' Alia lagi.

"Mama dengan Aunty Ju yang Nia sayang ni. Nia tak pernah lupa dan takkan lupa perangai sebenar Tengku Adni dan Pengarah Hafiz. Boleh tak Mama dengan Aunty jangan risau sangat pasal Nia? Nia boleh jaga diri Nia sendiri. In Shaa Allah Nia akan jaga diri Nia elok-elok. Kalau Nia ada masalah besar, barulah Nia akan inform Mama," bicara Rania Qaisara pada Dato' Alia dan Shazana sambil memegang tangan dua wanita tersebut.

"Nia kena janji dengan Mama dengan Aunty Ju pasal hal ni. Nia kena inform kami berdua kalau ada masalah. Tolong jangan sorokkan masalah Nia daripada Mama. I don't want anything bad to happen on you, please remember that, Nia. Mama sayang dengan Nia sangat-sangat," kelopak mata milik Dato' Alia mula berkaca.

"Mama, kenapa menangis pula ni. Jangan lah menangis. Mama buat Nia rasa serba-salah pula dekat Mama," jelas Rania Qaisara pada Dato' Alia.

Rania Qaisara menepuk lembut bahagian belakang tubuh Dato' Alia secara berulang kali. Sungguh, gadis tersebut sangat menyayangi ibunya.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now