#28

27 2 0
                                    

"Tengku Adni, saya dah aturkan ujibakat tu dengan elok dan rapi. Pasti Tengku Farah akan lulus ujibakat itu minggu depan," bicara Pengarah Hafiz sambil menyerahkan kertas berkepil kepada wanita berkenaan.

"Ujibakat itu akan diadili oleh tiga orang juri. Ketua juri ialah Presiden Rafiq, juri kedua ialah saya dan juri ketiga ialah Fahmi, orang baru dalam jawatankuasa syarikat ini. Dua orang juri akan berpihak pada Puan Pengarah. Sudah pasti Tengku Farah akan menang dalam ujibakat ini," jelas Pengarah Hafiz lagi sambil menunjukkan tentatif ujibakat Syarikat Fantasy Entertainment yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Macam mana you boleh pastikan anak I boleh menang dalam ujibakat? Seorang lagi juri tu belum tentu dia akan betul-betul berpihak pada saya. Apa cadangan you?" soal Tengku Fadwah yang merupakan seorang yang sangat licik.

"Sudah tentu lah Tengku Farah akan menang ujibakat ni dengan senang. Saya memang akan berpihak pada Tengku walau apa pun yang berlaku. Lagi seorang itu ialah kawan rapat saya waktu di MRSM Felda dahulu," jelas Pengarah Hafiz untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh Tengku Adni.

"Ada skil yang mantap atau tidak Tengku Farah dalam nyanyian, mesti dia akan memenangi ujibakat tersebut. Then, she will sign a singing contract with the company. Puan Pengarah hanya serah sahaja hal ini dekat saya. Tentu semua akan berjalan dengan sangat lancar tanpa halangan. Yang pasti, Tengku Farah akan lulus dalam ujibakat nanti," tambah Pengarah Hafiz lagi.

Pengarah Adni dan Pengarah Hafiz merupakan dua orang pengarah yang sangat licik dalam Fantasy Entertainment. Mereka sentiasa bersekongkol untuk memastikan orang yang mereka benci dipecat atau sebagainya.

**********

Tengku Rayyan membuka mangga pada gril kondominium miliknya. Pemuda berkenaan juga membuka pintu rumahnya tersebut dengan menggunakan kunci. Rania Qaisara berasa kaget setelah melihat keadaan rumah kondominium milik Tengku Rayyan yang tersergam indah itu. Walaupun kecil, kepadatan rumah itu dengan perabot kayu jati telah menjadikan rumah tersebut lebih eksklusif dengan aksesori yang cantik.

"Tak apa ke kita duduk berdua-duaan dalam kondo kau ni?" soal Rania Qaisara sambil menggaru-garukan kepala yang tidak gatal itu.

"Tak apa lah. Kita bukan buat apa-apa pun. Aku tak ada perasaan dekat kau. Kau juga tak ada perasaan dekat aku. Tak tahulah pulak kalau kau suka aku pulak sekarang. So, mustahil lah kalau kita nak buat something yang... Kau tahu kan maksud aku?" tutur Tengku Rayyan sambil menutup pintu kondo miliknya.

"Kau ni memang miang la, lelaki. Ingat aku teringin sangat ke suka kau. Ingat kau handsome ke? Ingat kau comel ke? Tak ingin aku," jerit Rania Qaisara apabila Tengku Rayyan menganggap dirinya mencintai jejaka itu.

Rania Qaisara mula berasa tidak senang duduk tatkala bersama-sama seorang pemuda yang sentiasa menganggap dirinya sungguh kacak dan sempurna di dunia ini. Dia langsung tidak ada perasaan suka dan cinta terhadap pemuda itu.

"Tak sangka orang berkulit putih macam dia ni jenis riak dengan nikmat yang dia ada," omel Rania Qaisara sendirian.

"Rania, sekarang kau kena mula berlatih menyanyi. Bukan kena sebenarnya, wajib! Kita dah lambat sangat tahu? Next week will be the audition day. Aku kena latih kau pasal teknik lontaran suara, pengawalan suara, cara menjiwai setiap," jelas Tengku Rayyan sambil meninggikan suaranya kerana risau dengan persembahan Rania kelak.

"Menjiwai lagu, pengawalan suara dan semualah tu, macam susah saja bunyinya," Rania Qaisara mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Tak susahlah Rania. Kalau kau ikut cakap aku, berlatih elok-elok dengan aku, dengar cakap aku, ikut cara aku. Aku yakin kau boleh dan confirm lulus ujibakat Fantasy Entertainment tu. Aku tahu kau memang ada bakat terpendam yang tak semua orang ada," tutur Tengku Rayyan sambil merenung wajah Rania Qaisara.

Tengku Rayyan sangat berharap agar Rania Qaisara, iaitu gadis yang direnungnya itu mampu mengubah hidupnya. Jejaka tersebut mahu agar gadis tersebut mendengar kata-katanya dan mempraktikkan segala teknik vokal yang bakal diajarkan olehnya kepada gadis anggun berkenaan tanpa gagal.

"Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Permudahkan urusan hamba-Mu ini," bisik Rania Qaisara di dalam hati.

Rania mengangguk ketika mendengar segala permintaan yang dikemukakan oleh Tengku Rayyan sebentar tadi. Dia juga berharap agar dirinya akan mematuhi segala arahan dan perintah daripada jejaka kacak tersebut.

Sifat fizikal Rania Qaisara telah menjadi semakin kasar sejak akhir-akhir ini. Gadis anggun berkenaan sememangnya tidak tahu bagaimana sifat itu mampu hadir secara tiba-tiba dalam dirinya. Mungkin, sifat itu merupakan kesan daripada transformasinya yang dilakukan secara drastik dan cepat.

"Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do. Do, Ti, La, So, Fa, Mi, Re, Do," Tengku Rayyan memulakan sesi pengajaran.

Sesi pengajaran itu telah dimulakan dengan perkara kebiasaan untuk menyanyi, iaitu senaman vokal. Tengku Rayyan mengajar teknik tersebut dengan tenang.

Rania Qaisara mula mengikut satu per satu senaman vokal yang perlu dipraktikkan yang diajar oleh Tengku Rayyan. Walaupun agak sukar pada permulaan, dia berjaya mengatasinya dengan perasaan yang tenang dan tidak terburu-buru.

Tengku Rayyan terus mengajar Rania Qaisara mengenai teknik lontaran vokal dan teknik pengawalan vokal. Jejaka berpenampilan menarik itu tersenyum tatkala gadis itu mampu mengikut segala ilmu yang diberikan olehnya.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah," bisik jejaka itu sendirian.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now