#29

30 2 0
                                    

Rania Qaisara bergerak keluar daripada perut kereta Mercedes-Benz E300 AMG Line milik Tengku Rayyan yang diparkir di tempat parkir kereta berbayar berdekatan dengan bangunan syarikat rakaman. Dia mula memperbetul pakaian blouse tidak berlengan yang agak ketat berwarna merah berkilat paras atas lutut yang dipakai olehnya.

Sebenarnya, dia memang tidak selesa mengenakan baju yang ketat dan tidak sopan sehingga menampakkan sedikit lurah pada bahagian dadanya. Maklumlah, dia sudah lama meninggalkan baju-baju dan skirt paras peha dan semua pakaian yang tidak sopan. Dia mula bimbang dengan pakaian yang dikenakan pada badannya.

Rania Qaisara menarik blouse ke arah bawah secara berulang-ulang kali kerana risau penonton bakal melihat paha berwarna putih nanti. Tali yang menghubungkan bahunya dan bajunya juga ditarik ke atas bagi mengelakkan para penonton melihat lurah pada bahagaian buah dadanya.

"Aduh, macam mana ni. Seksi sangat lah baju yang aku pakai ni. Rayyan ni pun masalah juga. Ada ke patut, dia paksa aku pakai baju sendat-mendat macam ni. Aku tak suka lah!" jerit Rania Qaisara di dalam hati.

"Rania, yang kau tarik-tarik blouse tu ke bawah-bawah kenapa? Rungsing aku tengok kau buat macam tu setiap masa. Buatnya terkoyak masa kau tarik-tarik tu. Sia-sia saja kau punya usaha nak jadi talented singer dalam Fantasy Entertainment dan Malaysia. Relaks lah, bukannya seksi sangat pun. You haven't look the way westerners dressing up in London," tutur Tengku Rayyan yang pelik dengan keadaan gadis tersebut.

"I feel extremely uncomfortable right now. Aku kan dah lama tinggalkan untuk pakai baju-baju tak cukup kain macam ni lagi. Kau cakap tu orang London, dia orang bukannya ada adab pemakaian pun. And dia orang bukannya beragama Islam pun. Tapi aku ni, orang Islam, bukannya Kristian. Geli lah pakai baju ni, berkilat semacam," bebel Rania Qaisara.

"Aku tak suka lah. Aku tak suka. Rayyan, boleh tak kita pergi butik mana-mana. Then, kita beli baju baru untuk aku. Seksi sangat la baju ni," ujar Rania Qaisara sambil menarik-narik semula blouse nya ke arah bawah semula.

"Eh kau. Sekarang dah pukul 9 pagi. Peserta kena tunggu dalam bilik peserta pukul 10 pagi untuk tunggu giliran dan cabut nombor giliran. Dah lambat sangat, Rania. Kita kena cari butik pula, cari baju yang sesuai la. Perempuan kan cari baju memang lambat sangat," sinis sahaja kata-kata Tengku Rayyan.

Rania Qaisara yang mendengar kata-kata Tengku Rayyan itu pantas memukul bahagian belakang tubuh jejaka itu. Jejaka itu mula menunjukkan riak kesakitan pada wajahnya yang mula berminyak akibat cuaca yang agak panas.

"Padan muka kau, mengejek perempuan lagi. Kan dah kena pukul dengan aku," Rania Qaisara bermonolog dalam hati seraya tersenyum sinis.

"Sakit lah, Rania. Suka hati saja pukul aku. Tapi, sebenarnya kita memang tak akan sempat nak cari baju baru untuk kau. It will take time to search for the boutiques and finding the right dress for you. KL ni bukannya kecil, susah lah kalau nak cari butik bagai tu," bicara Tengku Rayyan pada Rania Qaisara.

"Tapi, baju tu sesuai la dengan kau. Sebab, baju tu dah tunjukkan imej sebagai seorang penyanyi lagu pada zaman 60-an," tambah Tengku Rayyan lagi.

"Kalau macam tu yang kau nak, Rayyan. Aku ikut sajalah. Aku terpaksa pakai baju ni walaupun aku sebenarnya tak suka pakai baju yang sendat-mendat ni. Tapi, kau kena ingat! Aku pakai baju ni sekali sahaja sampai bila-bila. I won't wear it again after this," jelas Rania Qaisara sambil menghentak-hentakkan kakinya di lantai bumi.

"Ya lah, Rania Qaisara Binti Dato' Syed Suffian. I promise yang aku tak akan paksa kau pakai baju ketat-ketat lagi. Kau pegang janji aku ni. Rania, cepat lah masuk dalam bangunan tu. Ujibakat nak mula sekejap lagi. Jom cepat," Tengku Rayyan sengaja memanggil nama Rania Qaisara dengan menggunakan nama penuh gadis itu.

Rania Qaisara dan Tengku Rayyan memasuki bagunan syarikat rakaman terkemuka tanah air tersebut. Mereka juga menggunakan perkhidmatan lif bagi mengurangkan masa untuk mereka sampai ke bilik menunggu giliran peserta.

Alangkah terkejutnya Rania Qaisara dan Tengku Rayyan tatkala melihat Tengku Rafiq berdua-duaan dengan Tengku Farah. Tengku Farah merenung tajam badan Rania Qaisara sambil mengukir senyuman pada bibirnya ibarat orang yang baru sahaja ketawa. Dia mahu sahaja tergelak tatkala melihat Rania mengenakan pakaian sebegitu.

"You akan nyanyi lagu-lagu lama, 60-an, 70-an," soal Tengku Farah sambil bersalaman dengan gadis yang baru dijumpainya.

"Ya. Saya akan nyanyi lagu lama semasa ujibakat nanti," pendek sahaja jawapan daripada Rania Qaisara.

Rania Qaisara sebenarnya berasa sangat takut, risau, bimbang dan semua perasaan yang negatif muncul pada dirinya ketika itu. Gadis tersebut sememangnya tidak pernah menghadiri sebarang ujibakat untuk program seperti Akademi Fantasia dan Mentor. Bakat nyanyian yang dia punyai hanya diketahui oleh ibu dan pembantu rumahnya sahaja.

"Belum lagi mula ujibakat tapi, but you're scared? Macam ni ke you train dia Tengku Rayyan? Apa lah you ni. Baru ujibakat, sudah takut dan cuak. Cakap pun sudah tergagap-gagap padahal belum mula ujibakat lagi. Goodluck for the audition," tutur Tengku Farah sambil seolah-olah memperkecil kebolehan Rania dalam bidang nyanyian.

Tiba-tiba, Tengku Rafiq menekan satu butang supaya lif itu berhenti bergerak pada aras yang ditekan olehnya tadi. Dia juga menekan butang yang bertujuan untuk membiarkan pintu lif terbuka buat seketika.

"Tengku Rayyan, sesiapa saja tak dibenarkan pergi ke bilik peserta melainkan juri dan peserta itu sendiri. So, abang hanya boleh duduk di kawasan penonton sahaja dan tak boleh pergi ke bilik peserta. So, you may go bro," jelas Tengku Rafiq sambil memandang wajah Rania Qaisara yang sedang bimbang itu.

Wajah Rania Qaisara mula pucat kerana dia risau ketiadaan Tengku Rayyan bersama-samanya di bilik menunggu giliran kelak. Gadis tersebut memegang tangan Tengku Rayyan seerat-eratnya supaya jejaka kacak itu tidak keluar daripada perut lif.

"Aku kena keluar juga, Rania. Presiden sudah kata, sesiapa sahaja tidak dibenarkan pergi ke bilik peserta kecuali juri dan peserta itu sendiri. Buat yang terbaik tau! Biar Mama kau happy bila tengok kau lulus ujibakat ni nanti. Goodluck! Don't be scared, don't be worry," ujar Tengku Rayyan sambil melepaskan genggaman Rania Qaisara tersebut.

Rania Qaisara menganggukkan kepalanya ke atas dan ke bawah berulang kali. Ini menunjukkan dia sudah bersedia untuk meninggalkan Tengku Rayyan untuk sementara waktu. Walaupun sedemikian, Rania tetap menunjukkan riak muka yang bimbang.

"Aduh, kenapa Rayyan kena pergi dari sini. Gugup lah aku nanti. Rania, jangan gugup. Nia, you're gping to be okay," Rania Qaisara bermonolog.

Tengku Rayyan segera keluar daripada lif sebaik sahaja genggaman Rania Qaisara terhadap tangannya dilepaskan. Jejaka tersebut bergerak keluar daripada perut lif itu tanpa melihat kembali wajah Rania.

Tengku Rayyan berasa sungguh bimbang sekiranya gadis itu tidak bersedia untuk menunggu di bilik peserta seorang diri tanpa ditemani orang yang rapat dengannya. Jejaka itu lantas berfikiran positif.

"Aku tahu yang Rania boleh buat. And aku yakin yang dia boleh overcome rasa gugup dia tu," omel Tengku Rayyan sendirian.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now