#56

19 2 0
                                    

"Rayyan, tak apa kan kalau I ni lebih suka keluar rumah or bangunan syarikat freely? Bukannya apa, I tak suka lah bila I ni macam terkongkong dekat satu-satu tempat. Tak suka lah macam tu. Anyway, I tak nak jadi macam Tengku Farah. Hidup dia macam dikongkong dengan Tengku Adni tu," jelas Rania yang berterus-terang.

"Seriously, I menyampah pula dengan kongkongan Tengku Adni tu. Kalau I dekat tempat dia, mesti I dah tak sanggup nak jadi penyanyi lagi. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Memang rimas lah kalau I dapat mak macam tu. Nasib lah Mama I bukan jenis yang suka mengongkong I," tambah Rania lagi.

"Tapi, Rania. Semakin banyak peminat you, semakin banyak yang akan dengki dengan kejayaan dan populariti you. So, as your mamger, I nak you berhati-hati dengan semua orang di sekeliling you," tutur Tengku Rayyan dengan nada serius.

"You tak boleh baik sangat dengan orang. Jangan menilai orang dari luaran saja, nanti you mesti tak akan percaya dengan sikap dia orang. Lagi satu, kalau baik sangat dengan orang, tak mustahil dia orang akan pijak kepala you nanti," ujar Tengku Rayyan yang memberi nasihat kepada Rania Qaisara.

Rania Qaisara mendengar nasihat yang diberikan oleh Tengku Rayyan satu per satu tanpa memingkas kata-katanya. Gadis anggun tersebut sedar bahawa segala nasihat yang diberikan kepadanya merupakan kebaikan untuk dirinya juga.

Rania Qaisara yakin bahawa semua nasihat yang dilontarkan oleh Tengku Rayyan itu akan membimbingnya dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang penyanyi. Sungguh, dia mahu berdiri dengan sangat lama dalam bidang seni suara negara dengan menggunakan segala bakat yang ada dalam dirinya.

"Dalam industri seni suara dekat Malaysia ni, you must always be careful on everything that you do. Bukan apa, kadang-kadang orang yang kita expect they are our good friends. Perangai yang macam pijak semut pun tak mati, they are going to be happy when you fall," tambah Tengku Rayyan lagi.

"You jangan masuk telinga kanan, masuk telinga kiri bila dengar semua nasihat yang I dah cakap dekat you ni. As a manager, I sayang dengan you. I tak nak you tiba-tiba berhenti daripada jadi penyanyi and I tak nak you give up untuk jadi penyanyi walaupun there will be chances of you falling down," jelas Tengku Rayyan lagi.

"Okay, Rayyan. I akan ingat semua nasihat yang you bagi dekat I ni. I janji yang I tak akan lupa semua nasihat yang you dah cakap ni. Thanks for advising me, that helps me a lot," tutur Rania Qaisara sambil mengukirkan senyuman pada bibirnya.

"Semakin banyak peminat yang you ada, makin jealous lah I tengok you bergambar dengan dia orang. Dengan I, you tak pernah pun nak bergambar. Sedih I tau," ujar Tengku Rayyan dengan menggunakan nada yang perlahan seraya berdiri berhampiran dengan meja makan restoran yang mereka duduki itu.

"Apa? You jealous dengan peminat-peminat I ? Tak kan dengan fans I pun nak jealous," jelas Rania Qaisara yang kehairanan.

Tengku Rayyan bergerak keluar daripada restoran mewah tersebut. Rania Qaisara mengekori jejaka tampan itu daripada arah belakang. Kemudian, mereka memasuki perut kereta Mercedes-Benz E300 AMG Line milik pemuda itu.

**********

"Kenapa you nak jealous bila I bergambar dengan fans I. Dia orang cuma peminat saja, bukannya ada hubungan dengan I pun. Bukannya I suka dia orang pun. Anyway, kenapa you jelous when my fans nak bergambar dengan I ? You suka dengan I eh?" soal Rania Qaisara kepada Tengku Rayyan secara tiba-tiba.

"Eh you ni. Ke situ pula you cakap. Apa lah yang you merepek ni. I ni jenis yang professional, tak ada masa nak jealous dengan sesiapa saja termasuk you," tutur Tengku Rayyan seraya ketawa kecil.

"You salah dengar kot I cakap tadi. Tadi I cakap benda lain, bukan pasal yang you cakap tu. Atau pun, you yang suka dengan I ? Sebab tu you reka cerita yang I ni suka dekat you," soal Tengku Rayyan kepada Rania Qaisara.

"Eh, perasan nya dia. Suka hati dia saja cakap yang I ni suka dengan dia. Sepak you nanti, baru you nampak yang langit tu tinggi atau rendah. Nak rasa sikit sepakan I ni?" tanya Rania Qaisara yang sedang bergurau dengan Tengku Rayyan.

"Try la sepak I. Nanti I lepaskan stereng kereta ni. Biar kereta ni langgar mana-mana pokok yang besar. Nanti keluar lah berita. Seorang penyanyi baru terkenal bersama-sama pengurusnya meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Seronok juga macam tu, you nak?" Tengku Rayyan bergurau dengan Rania Qaisara.

"Alahai, you ni. I bergurau saja. I tak nak mati dengan you. Apa barang, tak ada class. I lagi rela mati dengan Lee Jong Suk. He's so cute and handsome," ujar Rania Qaisara yang sedang berangan.

"Ada juga yang kena ketuk kepala dengan hammer nanti. Tak pasal-pasal pula hilang ingatan nanti," jelas Tengku Rayyan sambil ketawa kecil.

Gurauan mereka berdua menyebabkan Tengku Rayyan hilang fokus pada pemanduan kereta. Jejaka itu melepaskan pegangannya pada stereng kereta kerana terlalu gembira dengan gurauan Rania Qaisara dan juga dirinya.

"Ya Allah, pokok besar!" jerit Rania Qaisara tatkala kereta Mercedes-Benz E300 AMG Line tersebut hampir terbabas ke pokok besar itu.

Tengku Rayyan tidak mampu menstabilkan kembali pemanduan keretanya. Pemuda itu terlalu lambat untuk menyedari bahawa mereka akan terbabas. Malang tidak berbau, kereta milik jejaka tampan tersebut telah melanggar sebuah pokok besar yang terletak berhampiran dengan lampu isyarat.

Orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut memberhentikan kenderaan mereka untuk menjenguk keadaan Tengku Rayyan dan Rania Qaisara.

"Perempuan ni Rania, penyanyi baru popular tu. Cepat call ambulance!" jerit seorang wanita berumur lingkungan 40 tahun.

Beberapa minit kemudian, muncul sebuah ambulans di kawasan kemalangan tersebut. Para petugas mengangkat masuk Tengku Rayyan dan Rania Qaisara dengan menggunakan alat-alat yang sepatutnya.

Wanita tersebut mencapai beg tangan, telefon bimbit dan beberapa barangan milik Tengku Rayyan dan Rania Qaisara. Kemudian, dia memberikan barangan-barangan tersebut kepada para petugas hospital yang datang ke kawasan kemalangan itu.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now