#92

22 2 0
                                    

"Abang, what happened? Sikit lagi abang dah kena latih Rania untuk rancangan Perpetual Melody nanti," ujar Presiden Rafiq yang sedang bergerak masuk ke dalam bilik rawatan Tengku Rayyan.

Presiden Rafiq yang berada di depan pintu bilik rawatan tersebut bergegas masuk ke dalam bilik itu dengan menjinjing bakul yang dipenuhi dengan buah-buaha. Jejaka yang berpakaian formal berkenaan segera menduduki kerusi yang terletak bersebelahan katil pesakit.

"Ya Allah, Abang. Apa yang Abang buat sampai tangan tu kena jahit?" soal Presiden Rafiq sambil memerhatikan tangan kanan milik Tengku Rayyan.

Presiden Rafiq seolah-olah tidak menyedari kehadiran Rania Qaisara yang sedang berdiri di sebelah. Sungguh, jejaka itu sangat sayang akan abang tunggalnya. Tengku Rayyan lantas menjawab soalan daripada adiknya.

"Nothing to be worried about, Rafiq. Tangan Abang ni baik-baik saja, tak teruk sangat pun. Hari tu Rania nak balik ke Ipoh. Kita orang singgah dekat R&R sekejap. Someone was trying to rape Rania. Abang ketuk pintu kereta tapi jantan tak guna tu tak nak buka pintu tu. Abang pun tumbuk cermin kereta tu sebab risau dengan Rania. Kuat kan Abang," bicara Tengku Rayyan seraya mengukirkan senyuman pada bibirnya.

"Astaghfirullahalazim. Kuat apanya Abang. Sampai sanggup cederakan diri sendiri. Abang boleh lagi guna cara lain. Bukan ke abang ada simpan kayu besbol dalam kereta Abang. Ish Abang ni. Perangai Abang tak berubah dari dulu lagi. Tak boleh bertindak dengan waras kalau apa-apa jadi depan mata," bebel Presiden Rafiq.

"Rania, macam mana lah you ni. Sampai hampir nak kena rogol. Lepas ni, hati-hati lah kalau pergi dekat tempat orang. Jadi, macam ni, siapa yang susah. Lastly, Rayyan yang selamatkan you, Nasib lah Abang I dapat jumpa you cepat. Kalau Abang I tak jumpa you, who knows what would happen next," jelas Presiden Rafiq pada Rania Qaisara.

"Kalau lah Abang I tak ada dekat tempat tu, entah hidup atau mati you sekarang ni. Zaman sekarang ni, dah lain. Lepas merogol orang, orang tu kena bunuh sebab takut mangsa buat laporan polis. You ni betul-betul menyusahkan orang lah, Rania. Kalau lah you tak mengada-ngada nak balik ke Ipoh, tak akan jadi benda macam ni. Rayyan wont have to lay on this hospital bed," sinis sahaja kata-kata daripada Presiden Rafiq.

Rania Qaisara terkedu dan membisu ketika mendengar segala kata-kata yang berbaur sinis daripada Presiden Rafiq. Gadis itu tidak menyangka sama seskali bahawa Presiden Syarikat Fantasy Entertainment boleh mengucapkan kenyataan sebegitu rupa. Dia lantas berlari keluar daripada bilik rawatan Tengku Rayyan.

"Tengok sekarang! How could you say that to her? She's a woman, they tend to be soft-hearted, fragile and sensitive. Kenapa Fiq cakap dengan Nia macam tu. Bukan salah Nia, abang jadi macam ni. Ini semua takdir Allah. Allah dah gerakkan hati Abang untuk tolong Rania, Abang mesti kena buat. So, Fiq nak salahkan takdir Allah? Fiq lagi rela tengok Nia kena rogol? Macam tu apa yang Fiq rasa?" bertalu-talu persoalan keluar daripada mulut Tengku Rayyan.

Presdien Rafiq berfikir sejenak setelah mendegar kata-kata daripada Tengku Rayyan. Jejaka itu mengerti bahawa dia turut bersalah dalam hal ini. Dia juga tidak sepatutnya berkata sedemikian pada Rania Qaisara.

"Sorry, Abang. Bukan macam tu apa yang Fiq rasa. Abang jangan salah faham. Fiq tak pernah nak salahkan takdir Allah. Tapi, Abang tu abang kandung Fiq. Abang pun sendiri tahu kan? Yang Fiq ni sanggup korbankan diri Fiq untuk Abang. Abang tahu kan, how much do I care towards you? Abang ingat tak masa kita sekolah rendah dulu? I was the one who saved your life before?" tanya Presiden Rafiq pada Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan termangu untuk seketika. Pemuda itu mengimbau kembli peristiwa yang berlaku pada berbelas-belas tahun yang lalu. Peristiwa yang menunjukkan kasih sayang yang hakiki seorang adik terhadap abang kandungnya.

"Masa tu, kita nak balik rumah lepas sekolah. Papa and Mama tak boleh nak jemput kita dekat sekolah sebab dia orang ada urusan yang tak boleh nak dielakkan. Dia orang suruh kita tunggu dekat sekolah sekejap tapi, kita degil. Rumah kita kan dekat dengan sekolah rendah so, kita balik rumah dengan jalan kaki," Presiden Rafiq memulakan penceritaannya.

"Masa kita nak balik rumah tu, jalan dekat itu sunyi saja. So, Abang pun mengada-ngada nak jalan dekat tengah jalan. I told you to not do so but you were so stubborn," tambah Presiden Rafiq lagi.

"Abang still nak jalan dekat tengah jalan tu. Lepas tu tiba-tiba, ada kereta memecut dekat tengah jalan tu. Rafiq takut apa-apa jadi dekat Abang. Rafiq pun berlari dekat Abang and peluk Abang. Kita sama-sama terguling dekat bahu jalan. Siku Fiq kena jahit sebab dawai besi tercucuk dekat siku. Kepala Fiq juga berdarah sebab terhantuk kuat dekat tiang elektrik," Presiden Rafiq menceritakan satu per satu kronologi peristiwa berkenaan.

"Abang pula hanya calar sikit saja dekat badan. Nampak tak Abang? How much do I care about you? Dari dulu lagi, Fiq ni betul-betul sayangkan Abang. Tengok ni, kesan jahitan and seretan dekat siku Fiq ni. Parut ni pun belum betul-betul pulih even peristiwa ni dah lama.. Abang tak ingat ke semua ni? Don't you remember this accident?" soal Presiden Rafiq seraya menyingsingkan baju lengan panjangnya.

Tengku Rayyan melihat parut yang masih ada pada siku sebelah kiri milik Presiden Rafiq. Pemuda itu memejamkan kedua-dua belah matanya buat seketika. Dia dapat merasakan nilai kasih sayang tinggi yang diberikan daripada Presiden Rafiq terhadap dirinya. Tengku Rayyan lantas menyatakan sesuatu.

"I'm sorry, Rafiq. Abang tahu yang Fiq memang sayangkan Abang. Tapi, satunya Abang nak pesan. Bayangkan Rania tu isteri Rafiq, tak kan lah semata-mata Abang, Fiq sanggup nak tinggikan suara pada Nia? Abang minta satu saja pada Fiq. If you do care about me, please apologize to Rania," jelas Tengku Rayyan.

Presiden Rafiq mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Tengku Rayyan. Sebelum beredar daripada bilik rawatan di Damai Service Hospital, jejaka tersebut masih sempat untuk memeluk tubuh abangnya.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now